Ahem ahem…. Hehe, dah lama tak bercerita nak on laptope malas, tu lah sampai ader cerita yang tertangguh. Herm, so today nak story balik apa yang tertinggai. Semalam Cik gie g beli barang kat Tesco, habis banyak ringgit jugak la, actually tak banyak yang beli, tapi hermm setiap barang yang dibeli tu agak mahal la jugak, nak buat gena kan harga barang sekarang ni bukan macm dulu lagi dah, setakat bawak 50 hinggit apa sangat yang buleh dibeli, betoi dak ? haha..
Hermm minggu lepas, hari jumaat Cik Gie g “picnic” kat Pedu Lake, bukan dekat resort tu, dekat dalam hutan tapi stay kat lake yang sama , sebabkan mak bapak Cik Gie suka sangat memancing disana, so Cik Gie ambik kesempatan “follow” deme, hari tu, untung adik Cik Gie tak keja so, kami plan g tido sana, esok nya tu balik,. Antara yang pergi Cik Gie, adik, Abang, mak dan bapak, pastu anak menakan dan abang ipaq cik Gie, dan last sekali pak njang dan mak njang Cik Gie, kami p semua 3 bijik kereta, ha puas, muat semua barang2 keperluan memang cukup2 la, perjalanan dari umah Cik Gie ngn Pedu Lake tu, herm nak kata jauh tak la jugak, em kira2 sejam camtu sampai la, Cik Gie tak kira la pulak wapa Km, hehe.. pemandangan kat sana memang cun lak, cantik, ( malang nya cik gie tak bawak kamera hari tu, sebab kelang kabut sangat, so tak dak gambaq nak tunjuk =( sad ) tapi tak per r nak try story tengok keindahan kat sana, cuaca sekarang ni memang panaih, so kat sana tu panaih la jugak tapi berangin,. Ala ala angin bayu gutu, ( sesuai sangat nak berangan ) hehe,. Kat situ buleh tengok keindahan bukit bukau yang bersambung depan tasek, dan semestinya air tasek memukau sesapa yang memandang.,,awas. Haha.. selepas mencari port yang sesuai ( tak lama mencari sebab minggu lepas mak bapak cik Gie baru saja turun sini, buleh dikatakan seminggu sekali ) kami mendirikan khemah, semua 3 buah khemah kami buat, agak selesa la jugak, buat unggun api, cari kayu api bebanyak. Lepas siap semua, abang2, adik, bapak dan paknjang g memukat di port yang sesuai, tasek tu luas ooooo…. Tatau nak story cam na, tapi memang luas la, selain memukat, kami tahan kail. Kut2 tersangkut haruan besaq2 ka, buleh “berlauk “ sakan malam ni. Hehe.. kire2 dekat nak petang lagu tu, depa g tengok sekali lagi pukat dank ail tu, kut2 ada umpan yang mengena, ya memang kena, untung kail bapak cik Gie mengena seekor haruan besar beb, besar la macm mana nak tunjuk ha. ( ha ni besaq botol air mineral yang besar 1 liter tu ). Ha besar la kan. So malam tu , itulah juadah kami sekuarga. Dah nak malam lagu tu, ada lagi rombongan keluarga lain yang datang memancing kat situ, ramai la jugak, kire2 dalam 4 ke 5 buah keluarga la, bapak kata memang every week ada saja yang datang picnic sambei memancing kat situ, sampai kan ada yang bawak anak kecik. Huh semangat… malam tu kami duduk kat unggun api, tapi duk lam khemah la, sebab SEJOKKKK gilerr… huhuhuhu… dugaan plak datang bila cuaca cam nak hujan, hah harap2 hujan tak jadi turun sebab khemah kami tak sempurna mana pun, ya la khemah bentang tikar rentang ja buat bumbung, khemah cam tu bapak kata senang sikit nak simpan bebarang, nak tido pun senang.. oh ya, malam tu kami terpaksa memasang kelambu, ya la kan dalam hutan memang la Cik Nyamuk ada, haha.. meriah la malam tu, selepas “candle light dinner” sebab makan bertemankan cahaya api pelita karbaid dan bulan pulak tak tunjuk diri ,kelam, kami pun tido, tapi yang lelaki ni semua pakat tak tdow, deme g tengok pukat ngn kail. Yang tinggei nyer perempuan bertiga , mak, Cik Gie, dan mak njang, untung malam tu “jiran” kami ramai so tak la takut sangat…. Bubuh kayu api bagi banyak biar api menyala kuat, so nyamuk pun kurang dan persekitaran sedikit cerah. Alhamdulillah malam itu banyak tangkapan yang dapat, besok subuhnya, sekali lagi angin sejok menyapa, sampaikan berjug kopi yang kami buat habis gitu saja, ya la yang g memukat nya tu tak tahan sejuk, haha.. sejuk sungguh, lepas brekfirst ala kadar cam tu, semua berkemas nak balik, pukat di naikkan, kail diangkat, barng dikemas, api di padam, dan Cik Gie serta mereka yang ada menjadi badak berendam sekejap, ( petang semalam tak mandi pun ) peiuw sana peiuw sini, around 10 cam tu lepas satle semua, kami pun say goodbye la dekat tasek tu, sampei kan dalam hati ada ayat “ kami datang lagi minggu depan” muahahaha…. Insyallah… kami sampai di rumah dalam kui 11 lebih.
Dan Alhamdulillah tak ada apa yang berlaku pada kami semasa kami bermalam di sana, dan untuk pengetahuan anda semua yang ingin berpicnic disana, pastikan semangat anda kuat, dan jangan cuba bercakap besar ataupun bermegah2 sangat, sebab tu kawasan hutan yang masih banyak lagi “ makhluk “ selain manusia yang masih bermastautin di sana. Ok semoga perjalanan hidup kita sentiasa dirahmati dan bebaik sahja. Ok ni saja cik Gi dapat post untuk minggu ini… wassalam….