Seseorang manusia itu Allah telah kurniakan satu keistimewaan dan satu kekurangan padanya.. di sebalik kekurangan yang ada, ditemukan pula akan kelebihan atau keiistimewaanya.. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini.. Ya memang pasti, seseorang itu tidak diberikan hanya satu dari pada kedua itu.. cuba anda perhati sekeliling, lihat la kawan2 mu, sahabat2 mu.. apa yang ada pada mereka, temukan keduanya ( kelebihan dan kekurangan ).. sesungguhnya bila dikenalpasti, rupa rupanya Allah jadikan kita untuk bergantung antara satu sama lain. ( bukan bermakna x buleh bedikari ), Tapi cuba lihat, jika anda mempunyai kekurangan dalam sesuatu pekara, akan ada orang lain yang berkelebihan dalam pekara itu, maknanya anda memerlukan orang itu untuk memperoleh @ mempelajari kelebihan itu.. na .. tengok la bukti yang zira tunjukkan disini..manusia saling memerlukan.. Cuba bagitau ada ker orang yang sanggup hidup sendirian, (kalau yang ada pun mungkin boleh kerana si dia teringin untuk mencari kehidupan sendiri,) soalnya mampu kah hidupnya diteruskan tanpa orang sekeliling, begitu juga setiap manusia dicipta lelaki dan perempuan. perempuan diciptakan kepada lelaki dari sebelah rusuk kiri, betapa dekat nya perempuan dalam kehidupan lelaki, masing2 saling memerlukan..
No comments:
Post a Comment