Friday, October 22, 2010

Diploma Of Agriculture, UPM - Bintulu campus

Program Diploma Pertanian menyediakan calon dalam kerjaya separa profesional bagi meyumbang kepada pembangunan negara selaras dengan keperluan semasa dan akan datang. Kurikulumnya meliputi aspek sains asas dan pendidikan am yang melakukan asas kemahiran berkomunikasi dan pengurusan, serta kemanusiaan untuk memupuk nilai dan tanggungjawab etika moral. kompenan kursus meliputi teori dan amali dengan kandunganya memuatkan aspek perkembangan terkini dalam bidang pertanian. pelajar didedahkan kepada situasi sebenar dalam industri pertanian melalui internship selama satu semester.

* copy from some artical - dip pertanian
antara kursus menarik dan mencabar yang perlu diambil oleh students diploma pertanian adalah seperti berikut
  1. Sains Tanaman Asas ( AGR 1602)
  2. Tanaman Industri ( AGR 2602)
  3. Tanaman Makanan ( AGR 2603)
  4. Amalan Pengurusan Perosak Tanaman
  5. Amali Perladangan
  6. Keusahawanan Agroteknologi
  7. Pengenalan Ekonomi Pertanian, Pengenalan Pemasaran Ladang, 
  8. Pengurusan Ladang
  9. Tanaman Hiasan dan Hortikulture Landskap 
  10. Pengenalan perosak tanaman
  11. Teknologi Akuakultur
  12. Asas Pengeluaran Ternakan
  13. Sains Tanah Pengenalan, Pengurusan Tanah
  14. Teknologi Dalam Pertanian
  15. Prinsip Komunikasi Dalam Pertanian
  16. Pengembangan Pertanian
  17. Kejenteraan dan Automasi Dalam Pertanian
serta subjek kursus universiti. - BBI ( english )-TITAS ( tamadun Islam & Tamadun Asia)-Hubungan Etnik dsb
Subjek sekolah pun ada gak - Biologi, Matematik, Kimia Am, fizik

jumlah kredit adalah 98 tak termasuk subjek kokurikulum untuk 6 semester

ni jer yang dapat zira bagitau, bagi sesiapa, adik2 yang bakal menerajui diploma pertanian  tahun tahun hadapan, serba sedikit maklumat awal. dan ketahui lah diploma Pertanian ni banyak cabangnya, nak sambung degree, boleh sambung mana mana yang kamu semua minnat....

* Diploma Pertanian HANYA di UPM Kampus Bintulu sahaja.. x der di Kampus Induk  (>_____<)


 Antara salah satu amali biasa di Ladang Kelapa Sawit UPMKB


Amali luar  ( lokasi -  Nursery tanaman hiasan Miri, sarawak)

No comments: