Tuesday, January 19, 2016

tip kurus

Hariini kerja nak kongsi macm macm tips. entah kenapa rajin sangat tu tak tahu la : 

okay disebabkan zaman sekarang makan tu melebihi dari keperluan, jadi masaalah kegemukan tu adalah perkara biasa bagi rakyat Malaysia. kalau di Syria kita tengok  kebanyakkan kurus kering sebabkan kurang makan, tapi kita disini GEMUK lebih makan.. hmmp ... 


1- Setkan minda untuk kurus 
    elakkan untuk menangguh diet.. contohnya hari ni kau makan banyak dan niat nak kurang makan untuk esok, dan esok plak tetiba kau melantak tak hinggat  kau niat pulak lusa.. tu namanya sampai bila pun tak kuruih .. cecuba kau kurangkan nafsu gelojoh tu ... 


2- Belajar kira Kalori 
    Sebelum kau nak makan, pastikan kau tau berapa kalori yang ada dlm makanan tersebut. ambik makanan yang punyai julat kalori sekitar 1000- 1300kcl... kalau kurang dari 1000kcl tu kau dah tahap kebulur n boleh pensan anytime. okay .. 

3-  makan dalam kuantiti yang kecil
     Maksud kat sini adalah pengambilan makanan adalah pada kadar yang sedikit tetapi kerap.
    kalau boleh time kerja tu bekalkan biskut high fiber dalam beg.. so boleh ler kudap kudap sambil buat kerja.. bila dah kenyang tade la kau makan banyak 

4-  Elakkan makan waktu malam 
     ini masaalah orang zaman sekarang. tak reti nak jaga timing waktu diner. ini tidak kau makan pukul 10 lepas tu tdo pukul 11.. hello.. for your information, our food need 4 hours to digest .. hah .. so .. start from now, makan awal, sebolehnya sebelum atau sesudah solat magrib.. so boleh tido dlam pukul 10 lebih .. tade la kau gemok.. huhu 


5- makan banyak buah buahan 
 makan banyak buah yang tinggi kandungan serat , kalau bosan makan epal dengan anggur cuba la pulak makan pisang dak pun honeydew.. kat Malaysia ni macm macm buah . so amalkan selalu... 

6- minum air putih 
minum air putih paling kurang 8 gelas per day .. jangan malu nak bawak botol air besar ke pejabat .. nak pulak sekarang musim panas, evendo kau duduk dalam aircond pon but still u need plain water nak remove toxin dalam badan .. 

7 - elakan makan dan minuman manis 
kalau boleh jangan minum air kordial or soda yang kandungan gula dia tak terkira .. sebab nya kerap minum air gula boleh sebabkan diabetes.. nanti kaki kau kena potong mana mau cari ganti ??

8 - banyakan senaman/ berjalan / berjoging 
lapangkan 30 minit setiap hari untuk buat regangan. kalau dalam ofis tu banyakkan jalan. dan jangan duduk saje... nanti bontot beso .. haha .. 


okay itu saje setakat ini.. walaupun aku ni dah sedia kurus, tapi akan datang aku pun tak tau size aku ni besar mana.. nak plk kalau dah bahagia nanti .. mana tau size tetiba berubah .. tip ni aku share disini bagi elakkan kita same same obesss.. okay . goodluck .. simple step but hard to do.. ya ka ?? 

No comments: