Friday, December 21, 2012

Study week - semester 3 BSBI


internet dan intranet... mengong sungguh kalu tak dapat internet,  laptop depan mata rasa macm benci nak tengk. ni memang penangan hebat kalu tak der internet. memang payah nak hidup. ! kenapa orang dulu boleh jer hidup tanpa internet? ye la sekarang kan dunia it, mana tak mengong nye. ok la we go to the straight point. minggu ni study week, aku tak nak post macm mana "hows to study" and so on. dah boring. so aku nak story study week aku macm mana. alkisah study week aku ni special sikit tak mcm orang lain. awal awal lagi aku dah siap prepare benda benda yang nak kne buat dalam tempoh study week tu ( seminggu ). so aku akan list down nota mana yang nak masuk dalam exam final nanti, lekat kat notis board tu,  lepas tu, biar dia dekat situ- nanti hari hari aku tengok, so aku akan teringat pasal study. ok balik kepada benda benda yang aku nak kene buat tadi, aku kumpul banyak movie dan running man, seluruh kaum kerabat cerita melayu, cina, siam, hindustand dan Korean..  pasal benda ni semua berguna time aku bosan nak haram  kalu takder internet.. bab nota, study semua tu  aku buat time aku ada mood, bukan ker sebelum ni aku ader kater, kalu nak study kena tunggu mood. (aku la). ya memang mcm tu lah aku. ada mood baru buleh study!. ( sejak azali lagi macm tu . nk buat macm mana kan). ok .. mood aku ni selalu nya datang tanpa di duga, kadangkadang tengah malam, kadangkadang, pagi dan kadangkadang tengahari.. apakah? so bila dah ada mood baru boleh study. memandangkan sem ni aku hanya ada 5 paper yang tough2 belaka, so aku harap mood aku ni mai awal la sikit. kalau teringin sangat nak hidup sekejap, ha tunggu la dekat exam baru study. ok.

 so tips aku hari ni. 

 1) study ni tak buleh paksa, nanti tak masuk kepala, tak hinggat dan tak paham - itu bukan study dah namanya. 
2) tetap kan matlamat, study ikut mana senang dulu, so bila dah study yang senang, outomatik akan ada mood u study subjek yang susah pulak
3) bekalkan susu atau minuman lain bersama snek yang berkhasiat , jaga kesihatan(jogging la petang2), memandang kan kelas pun dah habis. bila dah sihat senang nak study
4) jaga makan- jangan la makan melampau lampau, kang bila dah kenyang stadok pulak ( stadok- study sambil tdo)
5) jauhkan facebook semasa study- dekatkan google or note book ( google u bantu anda translate word yang anda tak paham)
6) solat cukup sempurna 5 waktu_ lagi bagus masa bangun study tengah2 malam tu, buat la solat sunat sekali. kalu buleh amalkan selalu jangan tunggu study week sajer..
7) banyak kan senyum, kurang kan marah - marah buleh stress
8) call emak atau sedara lebih kerap, so kiter boleh bual2 kalu ader problem n sharing somting
9) offline kan yahoo mesengger or skype dan online chating sebagainya.. - buang masa 
10) kalau dah bosan baru tengok movie yang anda kumpul _atau keluar la dari bilik anda..


ok selamat maju jaya,

Saturday, December 8, 2012

Miri Day Trip




Dear, I m so So Sory... mAaf la ya tak datang melawat beberpa minggu ni, BusY lo tambah tambah lagi dah nak hujung hujung sem ni, banyak benda nak kena submit. dan yang paling BENci nya, INTERNET ni sekarang dah start menaikan tekanan darah aku... Jangan harap nak online kalu mung tak bangun awal pagi.. so nak tak nak kena bangun awal .. ok malas nak merungut lagi 

semalam, BSBI students sem3 . ad g trip ke MIRI, memang best la, walaupun tak singgh BIntang Plaza ( salah satu de femous mall kat Miri)  kami still boleh terima.. ( pada hal dalam hati menyumpah, haha) Tapi tak pa, tujuan ke sana adalah untuk melawat ladang ternakan seperti ayam, lembu, kambing dan yang terexcited ladang BAbi pun pegi jugak.. dah nama pun student BSBI memang  biasa la kalu belajar bab bab macm ni, so sepanjang trip, ok jak tak dak yang pengsan atau yang menangis nak balik. trip kami bermula awal pagi, memandang kan Miri jauh nya kira kira 2 ke 3 jam dari Bintulu, so kami gerak awal, sampai sana terus ke ladang ternakan ayam. ( Borneo Farm) memang besar  sangat2,  sampai buleh eksport ke Sabah sana, huish BESAR..kalu tak salah dengar ada 6 plot. 1 plot ada 5 reban dan 1 reban ada 10,000 ayam.. ha.. memang besar la kan.banyak info yang kami dapat dari ladang ni, sistem yang diguna pun automatik. sangat efficient.. . lepas penat bertanya itu ini kat manager ayam tu, kami p ladang Babi yang juga terletak  di jalan yang sama, mungkin alamat sama tapi berlainan nombor kut.  memang xcited memandang kan kami ni memang jakun sebb tak penah pergi pun ladang mcm tu, n ada jugak yang tak penah tengak Babi pun.dekat ladang tu, kami kena jaga tingkah laku, jangan pegang pape, cuma bio kasut jer menjejak tanah..kang tak pasai2 kena samak.. so bila dah nampak Babi.. masing2 diam tak kata pa? ok fine.  di ladang tu, kami tak dapat banyak maklumat, aku sempat tulis nama ladang ngn  wape ekor Babi jer, dan ladang babi ni merupakan ladang yang terbesar di Miri.. yang selebihnya tak sempat aku  nak tanya sbb aku dah cabut keluar dari kandang tu. pengusaha dia of coz Chinese, so costmate aku yang sebahasa dengan nya boleh la borak2 sbb diorang cakap guna bahasa ibunda.. ladang memang bersih, bagus la. tapi yang orang sedia tau ladang babi ni kan selalu diorang buat jauh dari kampung n perumahan. yer la, ladang babi ni x mcm ternakan lain. bau dia memang x boleh tahan. (tu sebab aku cabut awal), Tapi sempat la jugak tengok piglets yang wona pink dengan hitam cokolat.. saw  ( babi betina besar) x dan nak tengok pun.dengar costmate aku cakap ada babi besar kat belakang kandang piglets yang dah cerai susu .. tak lama kami di situ,  matahari dah start tinggi, selesai kat ladang tu, kami terus ke destinasi lain, g ke laut untuk berjemur ( Miri sun bathing) pada jam 1 pm. (kalu tak salah).. haha.. selepas bersih kan diri n makan tengahari, kami bertolak ke destinasi ke 3 iaitu ladang lembu integrasi.. fuhh memang jauh. lebih kurang pukul 4 baru sampai.. tambah2 hujan pulak masa tu, sangat mencabar, lepas dengar penerangan dari pihak ladang, kami g tengok feedlot di tengah ladang k/sawit. tapi masa tu dah nak gelap. kalu tak salah pukul 5.45 macm tu ( sarawak kan awal gelap).. sampai sana lagi xcited dapat jumpa lembu yang besar dan kambing yang comel. comel sangat, bersih.. bau pun kurang.. aku sempat dukung anak kambing kat situ.. Comelll..tapi yang tak puas hatinya bukti tak der, gambar tak der, kesian kat aku. betol aku dukung anak kambing tu..=(.   lepas bubye kepada kambing dan lembu kami pun bertolak balik ke Bintulu lepas maghrib..  dan alhamdulillah sampai UPM dalam pukul 9 lebih.. hihi.. sangat seronok, tapi tak berapa nak puas hati sebb rasa macm sekejap sangat trip tu.. hu.. harap sem sem depan pergi lagi ok ! 
rombongan Dr Humrawali 
  Ladang Babi, aku rasa tak yah post la kan, x comel .. hihi 


Sunday, December 2, 2012

Font saize

TOCIE done oready, so we start speaking Malay Back ! haish

Kenapa aku guna font besar setiap kali pos?  pertama sekali, aku terus terang kat sini bahawa, aku ni bukan jenis mata  laser, font kecik ni aku tak minat sangat, tak nampak, payah nak baca, duk terhendap2 kat lappy mcm Jembom.. lepas tu, font kecik ni kurang daya tarikan, sebb bila jumlah perkataan yang di post pulak banyak, dengan font yang kecik, terus malas nak baca, except kalu orang tu hobi dia membaca, dia akan baca . !
pastu kalu kamu perasan, font kecik hanya digunakan untuk memaki dan menulis perkataan seperti mengutuk seseorang atau sebagainya. 
TAPI, ada jugak blog2 yang mengepost cerita dengan menggunakan font kecil, mungkin dia selesa kut.. tapi kalu aku memang terus kena tekan Ctrl + untuk besar kan font.. 
dalam erti kata lain,tulisan kecik ni memang susah nak baco.... biar beso beso jelas, tak pe, tok wan pun buleh baca kan... hihi..

Thursday, November 29, 2012

TOCIE



there are some speaking rules you need to know -(TOCIE groups take note yeah)

  1. Don't study grammar to much- if you want to pass examination, then study grammar, however, if you want to become fluent in English, then you should try to learn English without study the grammar. 
  2. Learn and study Phrases. - don't translate
  3. Reading and listening are not enough- practices speaking what you hear.
  4. Submerge Yourself- start speak English from now,  u will advanced in English when your surrounding is fully English. so start using English everywhere, or what ever u want to say..
  5. Study correct materials. - please search the internet, there lots of material that u can use to learn English especially speaking
 ok that all from me,  GOOD LUCK for those who take TOCIE dis weekend. 

Thursday, November 15, 2012

tolong! saya nak rumah baru

pagi yang rajin...... ham ham

rajin after malas.. ya, dah minggu lepas, aku malas, sekarang aku rajin la pulak.. ye. ape yang aku rajin ? hari ni aku rajin update blog, siap touch up blog siket.. blog aku ni, supe buruk beno, tak menarik langsung.. pasal nyer aku ni bukan latahu menahu bab make up ni semua.. masih budak2 yang tak sedar diri... haha...tapi kena ingat  (jangan pandang sesebuah buku berdasakan kulit jer, yang penting ec tu) ..
ok.. actually tadi aku ader g jumpe rakan2 blogger yang lain. fuhh, tengok rumah diorang cantik2 belaka, ada kondo, villa, banglo, parlimen.haishh. aku ni segan nak masuk, tapi tak per la dah pintu umah deorang bukak, so aku masuk la kejap.. memang cun la. cantik.. aku ader terpikir gak, umah aku ngn umah dorang berbeza sangat.! memang banyak , berganda ganda.. rumah aku, pakai plywood jer,tunggu masa nak roboh, tapi still kukuh lagi la, sebb ada tuan dia yang cun.. syukur.. 
so untuk sedapkan hati, aku rasa rumah kalau lawa sangat tapi ec tak best memang x bagus jugak kan.. so . aku memang kena  budget bagus ke dua dua la. umah bagus, ec bagus, tuan bagus.. eh jadi 3 plok 

so pasal renovate rumah, aku dah pikir, mungkin aku kena kumpul kudrat n klue dulu nak buat cam mana,  kalau ader disigner yang super hebat terbaca blog aku ni, nak mintak tulung la sat yer, NAK RENOVATE RUMAH...


p/s     Rumah = blog ku 
        
      

Monday, November 12, 2012

Jum CAbut Ubi

pagi yang malas... zzzzzzz 

Ya hujan pagi pagi lagi dah turun, best nyer tidur.. kalu kat umah lagi best, semua orang ader, hak tak pegi keje, tak g sekolah.. haha.. best giloo... lagi lagi kalau ada makanan yang teradisional.. ouh.. best.. ( masakan mak , sememang nya kat umah mak masak kalau aku malas).. 

kat kolej, Kalau hujan macm ni, x elok buat xsiment.. kenapa?? sebb nanti rugi, detik2 best time hujan ni sesuai untuk berangan jer. betul.. kalau nak berangan memang dah kene dah tu
cakap pasal mak aku tadi, selalunya kalau kat umah, musim hujan, semua duduk dalam umah (x kan nak duk lua kan ).. lepas tu mak mula selongkar dapur. keletang2 keletuk2 pastu siap, panggil aku buat air dan hidang apa yang mak masak, selalu mak buat bubur kacang, paling kureng pun mak buat cokodok.. sedap mkn panas2.. nikmat dia sampai menitis air liur aku duk menaip ni.. hmm.. 
makanan lain, kalau rase nak makan ubi kayu,  aku ler kena g cabut kat belakang umah sane, time2 hujan, kena redah g cabut ubi, dah lapo kan nak tak nak p la, Bapak aku pun bukan boleh main hujan sangat nanti sejuk.. ubi ni, kalau cabut time hujan senang, tapi kalau musim panas jenuh sondol memang payah. selalu kalau nak cabut ubi pakai cangkul dulu, bersihkan rumput sekeliling dier, pastu korek sikit, jangan sampai kene ubi. goyang2 kan pokok ubi, ( macm goyang kan gigi yang nak patah tu ) pastu baru cabut dengan kiraan 1 2 3.. cabut..! 

dan dapat lah ubi serupa bewok, sebesar peha adik kiter, semacam pocong pun ader, macm2 bentuk, dan tak lupa yang kurus2 dan panjang2

lepas cabut ubi, asingkan ubi dengan tanah2, pastu kene bersihkan,buang kulit... potong sederhana then REBUS sampai lembut.. lepas tu mesin nyok (parut nyok). nyok tu letak garam sikit ha, dah boleh cicah dengn ubi.. sedapp sampai boleh habis seperiuk. selepas tuh.. hahaha.. lawan sapu minyak angin.
so sape nak makan ubi tu pade2 la yer, ubi kayu ni angin boleh sebb kan kembung.. so.. selamat mencuba. hujan pun dah berenti... 



Saturday, November 10, 2012

Ayam & aku

- entry hari ini berbunyi agak seriyus
 " wahai kawan2 ku sekalian, ingat lah apa tujuan anda hidup di dunia ini"

Manusia lemah kerana :

  1. Wang
  2. Perempuan (bagi lelaki)
  3. Lelaki (bagi perempuan)

Ayam lemah kerana :
  1. Pisau 

Aku lemah kerana  ( Aku tu bukan manusia ker ?)
  1. Makanan
  2. Wang
  3. Lelaki ( mungkin, dah hensem sangat kan )
  4. Tidur
  5. JYJ - jaeejong     
Yer, hari ni aku nak cakap pasal perkataan LEMAH.. LEMAH ni, maksud dia lebih kurang LEMBIK la kut.. LEMBIK pulak Sinonim kepada lelaki yang menyerupai pompuan, tapi bagaimana pula ayam?  - susah nak jawab 
Hakiki nya, manusia boleh lemah kepada satu perkara iaitu NAFSU, daripada nafsu ni la yang membuatkan seseorang lemah. kerana nafsu badan binasa, ( buleh tera tu).. kalau ikut NAFSU semua benda dalam dunia ni kita nak kan. lelaki nak pompuan ( dan sebaliknya),   begitu juga dengan Wang, sape tak nak wang. aku pun. oleh sebab dunia sekarang ni tak lei hidup tanpa wang, semua orang kejar2 nak cari wang.. solat entah ke mane sbb cari wang.. ni la yang dikata kan LEMAH.. 
kalau pikir pikir balik, kalau tak der wang, hidup boleh jadi mcm ayam, kais pagi makan pagi, kais malam makan malam.  tapi ayam tak kisah kalau ada duet, janji dia dapat makan. 

kenapa aku asyik bandingkan ayam dengan manusia. wahai kawan sekali, ayam pun macm kau jugak,, nak makn, nak tido. tapi beza nya kau lemah kepada wang, tapi dia lemah kepada pisau. kau kalau x makan ayam memang tak sah, TAPI ayam ader ker nak makan kau..?

semua manusia dalam dunia ni ada kelemahan masing2, jangan duk ingat kita ni kuat sentiasa, oleh sebab kelemahan ni, kita saling memerlukan .. so aku harap yang Lemah tu boleh baiki diri sendiri, dan yang Kuat basa Hebat tu, buleh la tulung yang lemah. 

ok, ak akhiri post kali ni dengan ucapan selamat meraikan mid sem break!!  ( no class but still got xsiment- LOL)


p/s  - amali ladang aku hari ni adalah bertemakan AYAM. reban ayam, hatchery ayam, pusat pemprosesan ayam.