Friday, October 29, 2010

swimming ~

Semenjak dah boleh / pandei berenang ni ( sikit2 la, sekadar nak menyelamatkan diri) memang keja nak p berenang ja.. huhu.. asai ada masa lapang or tension day, memang zira akan g pool .. Kat Bintulu ni, mana lagi kan.. tu la, Kolam Renang BDA kat Dewan Suarah Bintulu.. huhu.. masa belajar renang pun kat situ la.. cikgu2 pun yang memang duk mengajar di situ.. ingat lagi dulu.. ambik renang awal januari hari tu.. memang kami ni buta renang la.. nak g masuk air lam tempat dalam paras pinggang pun dah kecut perut.. huhu..( actually Dip Pertanian ni x der la kena ambik renang).. subjek renang ni dia elektif ja, subjek tambahan .. masa januari ( sem lepas )hari tu, kebetulan kredit subjek sem tu pun sikit.. so tambah la 1 kredit subjek renang, sekali ngn budak2 Bachelor .. huhu.. .. semua pakat tak pandai berenang lagi masa tu.. so apa lagi, main terjah la.. punya la exited nak berenang tepakso membakar kulit dan membakar duet dekat 200 untuk beli swimming suit yang mahal gilak kat sini.. hummm … macm2.. bila dah start kelas mula2 sekali, memang sikit teruk sebab masing2 semua dah la tak reti berenang, pastu nak kena pantau sedia ( takuit lemas ) huhu.. so cikgu2 ni bahagi la kami ni ( entah berapa orang mengikut kumpulan ).. senang sikit.. masa ni belaja kat tempat cetek dulu la, ( cetek pun paras dada bagi cik G ) cik G punya tinggi 153 cm.. huhu..
Masa mula belajar tu pun, hmmm macm nak tak nak ja, sebab masing2 perlu ada keberanian, cikgu dok kata kita jangan takut air.. huhu.. tak takut gena dalang ( dalam ) cek oii.. huhuhu..haha… masa mula2 dulu, payah gak la, tapi semua berubah atas usaha dan keberanian sendiri.. huhu.. happy ku dengan pencapaian ku, daripada tempat cetek ke tempat dalam.. hmmm.. gaya renang yang kami belaja yang basic ja mcm Free style, kuak dada, menyelam dan last berenag + menyelam dan ambik objek kat dasar.. fuhh.. Alhamdulillah masa belajar renang ni, banyak cikgu yang tunjuk ajar, terima kaseh cikgu.. dan terima kaseh gak sebb menyelamat kan diriku masa hampir lemas ( time mula belaja), padahal cetek jer.. hapus pala oo … hmmm.. x tau la.. bukan pa, lemas ni terjadi kalau kita duk ghalit, pastu duk jadi panic tak tahwang, ha gitu la… hak tak pane renang memang la automatik akan lemas, tapi hak dok belajaq ni, perlu gak pane control semua tu, pernafasam penting, dan daya untuk terapung kena ada.. satu g yang ku nak kongsi kat sini.. cikgu ku kata la.. orang yang berbadan besar la yang senang timbul, berbanding dengan yang berbadang saiz m or s .. hmmm .. pasai nya.. maybe hampa pun dapat pikio kut no… pelampung banyak tu.. huhu…hak bagei ku ni, mula2 belajar renang ei memang koi nak tenggelam. Tapi bila dah buleh sikit, keja terapung ja la buat gena pun.. huhu.. emmm masa kami belaja tu rasanya dalam tempoh 3 bulan, seminggu sekali kelas renang bersamaan 3 jam dalam air.. (>_____<).. mula mula dulu kelas, kamu nak tau pukui wapa? Haha.. start kul 10 habis kul 1 tengahri… kami ni memang tak napok rupa, dengan kesan gogle nya, muka hitam licin bekilat.. haha.. bukan tak pakai sunblock, tapi tak thu la.. rasa hak paling sesuai la sunblock yang kami pakai tu.. duk hitam gutu gak.. g kelas asyik duk kena peril, nak pakai tudung hak warna cerah pun risau ngabih.. huhu.. lepas seketika waktu. Cikgu renang tukar time p ke waktu malam lak, nasib lal kami,, huhu.. tp hak hitam tu, uhh payah nak hilang oh. Sapei ku balik cuti sem kat umah pun dok da lagi.. ish22.. malam plk, dari kui 8 sampai kul 10 jer.. hermmm sejuk ni tatau nak kata la.. sek bek ayaq kolam tu suam2… huhu.. kami test final pun malam gak.. memang best la berenang malam.. rasa macm tenang ja.. huhu….( padahal x elok renang malm2 ni ).. ~
Selepas beberapa bulan,kami semua dah diajar dengan semua jenis renang, ada la plak trial, masa tu memang kejam gak la, ku masih tak mampu untuk berenang free style, walau sejauh 5 meter pun ku dah hop hap.. haha, cungap la tu … memang masa trial tu ku tak leh lepas la free style tu, kesian kat ku, ada jugak member lain yang tak lepas.. hmmm pastu ku kata kat diriku, cik G kamu kena usaha lebih, jangan putus asa huhu.. lepas ja trial ku datang buat kelas sendiri time awam … kui 4 petang lepas asar tu ku datang la.. dekat nak finall.. mlm final, petang tu ku datang gak, memperbaiki free style ku,, fuh fuh… ajaib, tetiba ja ku buleh berenang gaya bebas tu.. haha.. bangga nya aku.. saat2 akhir tu beb.. ku doakan semoga malm buleh buat.. ingat rileks, calm.. & Allah always with u “ tu la ayat yang ku kata pada diri ku hari itu” huhu… best kan.. tiba kemuncak malm finall memang ku tawakal habis habisan.. alhamdulillah dapat lepas semua.. Allah with me.. x der nya ku terlebih takut.. ( malam tu siap ku buat bubur lagi ) muhahaha.. kawan2 ku tengok ku rileks ja, depa lain, pergh nebes pa semua ada.. saat nama ku dipanggil untuk buat ujian, line yang ku dapat line 2.. uh.. x la jauh sangat dari tepi.. tu la.. start ja siren bunyi, ku niat.. semuanya akan baik.. tarik nafas and go.. huhu.. akhirnya sampai penamat untuk 50 meter.. jauh gak tu beb.. huhu..
free style, kuak dada 50 m.. menyelam, dapat la jugak kat ku 5 line.( padahal perlu cecah hingga 4 line saja). Alhamdulillah menyelam ni, memang ku dapat “tangkap” awai lagi.. huhu.. sebb bdan ku ni keja nak tenggelam so, menyelam tu mudah ja bagi ku.. huhu.. mlm tu semua kawan ku dpat lepas.. huhu.. best nyer.. dah pandai berenang huhu..
pastu pesanan akhir cikgu.. “ tahniah kamu semua dah Berjaya sampai ke tahap kebolehan untuk berenang, dan saya harap, kamu takkan lupa, sesungguhnya ia penting dalam hidup kamu semua, dan satu pesanan saya kebiasaanya saya akan pesan kepada semua pelajar, kalau kamu dah pandai berenang kamu x boleh sewenang wenangnya, pergi menyelamatkan rakan/ kawan mu yang lemas JIKA kamu tak mampu untuk selamatkan”.. jangan ambil langkah mudah..
tu la pesanan cikgu yang ku hinggat sampai la ( sekarang ).. Alhamdulillah sesungguh nya usaha itu akan membuah kan hasil dan kepercayaan kepada Nya harus ada u elakkan kita dari give up and so on.. huhu.. bye~

p/s   pic x leh nak letak pasai, berkeadaan swimming suite tak elok  dipandang.. muhehe.. seksis

• Now I LIKE swimming, buleh hilangkan tension, rileks and mendatangkan keceriaan.. air, bukan setakat diminum, bahkah direnang di dalam nya haha.~

1 comment:

Unknown said...

Kelas renang di bintulu ada contact number? Anak saya nak masuk kelas renang