VS
kenape tetiba entry kali ni macm ni ..??? first pic kat atas tu My beloved "abang", dan yang kat bawah kaki si Linda tu Kuceng Hatchery ( kolam ikang upmkb).. ada beza dak kuceng2 ni.. ??
of coz ler, meh kter tengok ..
"Abang"
- Berbulu oren, Tegap, sasa dan peramah ( sometime),
- Nama mengikut surat beranak, Ayen G tapi digelar "abang cik" di rumah
- umur 2 tahun genap pada July yang lalu
- memiliki saudara bernama Ruben. ruben dipelihara oleh kakak empunya belog ni.
- Memiliki paras rupa yang tak kurang comel mcm tuan dia, ( ahemmm)
- Merupakan Kuceng pertama yang terKacak di antara kuceng2 lain di sekitar Kampung nya
- Hobi- main sembunyi2, dan akan muncul setelah dipanggil
- Ada masa menjadi terlebih nakal bila dibawa berjalan2.
- Makanan febret ikan rebus ngn nasi puteh, berkuah ( masak pindang febret ) + supplement + ikan segar dari market as a present from Tuan rumah
- Berat badan around 3 kg >
- Sering menarik perhatian tetamu yang datang ke rumah- disebbkan rupa paras
- Mandi setiap hari Jumaat, seminggu sekali.. ( tapi kalau tuan tak der kat rumah, mungkin boleh jadi sebulan sekali ) .. huh
- Belum di Kembiri kerana kasihan
- Waktu tidur, selepas isyaq, ( dah diasuh, masuk bilik tidur sendiri, bilik tuan dia)
- Bangun awal, subuh u mengejutkan seluruh isi rumah
- Teknik yang ditunjukkan bila nak berak.. terus berlari seskuat hati menuju ke "medan" dan tengok kiri kanan, tak der orang baru "berjuang"/ hahaha.. kantoii
"kuceng Hatchery"
- Berbulu kasar dan keras seperti tertera, bewarna kelabu
- Nama tak diketahui kerana tak der kad pengenalan diri mahupun surat beranak
- Memiliki ahli keluarga sendiri, semuanya sama warna..
- Tinggal di hatchery untuk memudahkan mendapat bekalan makanan
- Tak payah susah2 nak mandi, sebb hatchery banyak air, bila2 saja boleh terjun
- Hobi- lebih suka menangkap belalang, katak, apa apa sahaja haiwan kecil sebagai mangsa samada mainan @ santapan
- Dijaga oleh pekerja2 Hatchery yang datang saban hari u memberi ikan2 makan
- Dijamu ikan Fresh dari kolam sebagai menu utama, dan mungkin itu febret dia
- Waktu tidur, mungkin sama seperti abang.. malam la kut
- Tempat tidur, tang mana yang sesuai, mungkin dalam akuarium yang tak ber ikan
- Tempat pembuangan hajat, boleh jadi dimana mana yang disuka..
- Berat badan bergantung kepada pemakanan.. KPM mungkin sentiasa berubah seperti ikan.
- Menjadi hiburan kepada tetamu yang majoriti nya students2 pompuan upmkb..
ok, memang banyak perbandingan yang boleh kita lihat mahupun dipikir, kucing dirumah, dengan kucing di jalanan tak sama, begitu juga "abang" aku dengan kuceng hatchery,berbeza dari segi taraf hidup. sama lah macm manusia jalanan dan manusia yang memiliki rumah.. tapi kalau diikut kan sekarang ramai saja manusia yang pada awalnya menetap di rumah lebih suka menetap di jalanan.. Awat nya cik Ayy.. ?? pikiaq sindiri - haha
No comments:
Post a Comment