"Ya Allah, Kuatkanlah hati hamba Mu ini, jauhkanlah keluarga ku dari azab NerakaMu, permudahkanlah segala urusan kami Ya Allah, sesungguhnya hanya pada Mu kami bersujud, hanya pada Mu kami meminta, Ya Allah, kau kuat kan hati ku, sesungguhnya aku tak sanggup dengan dugaan mu ya Allah, jauh kan lah aku dari segala sifat2 munafik, berikan aku Kekuatan . Kau tempat kan Ayahanda ku di kalangan orang Beriman. Amen Ya Robbal A'lamin. "
24 / december - banyak dugaan pada tarikh ni, banyak benda yang berlaku pada tarikh ni. memang satu satu yang tidak dijangka. semua orang tau tsunami besar belaku pada tarikh ni, salah satu tanda kecil Kimat nak dekat.. namun aku tak merasa sangat sebb tsunami ni, belaku bukan di tempat ku. bukan di rumah ku. walaupun semua orang tau tsunami ni memang dasyat..
selepas tsunami, pada tarikh ini juga sesuatu yang lebih dasyat dari tsunami belaku dalam hati dan keluarga ku. mak , adik2 abang, kakak.. pemergian Ayahanda tersayang, Ya Allah. memang sesuatu yang tak terduga. tambah lagi, aku masih di Sarawak. jauh dari ayah.. kalau ikut tu, tinggal 2 minggu lagi aku akan balik jumpa ayah. tapi. aku tak sempat. ayah dijemput dulu. aku sedih sangat. tak dapat nak jumpa ayah. banyak benda aku nak cakap dengan ayah, nak duduk dekat ayah. tapi.. semua terjadi sekelip mata bila, satu petang 24 December 2012, adik aku call cakap ayah aku dah tak ada. dah meninggal, dah tak ader kat dunia. dah pergi.. sedih, hancur, sakit dada aku. aku menangis puas hari tu, esoknya 25 dec aku balik rumah. memang sedih bila aku tak dapat jumpa ayah. yang aku lihat tanah kubur ayah, masih merah, kubur baru. dengan pokok kemboja di atas kepala ayah, dibawah kaki ayah.. ya Allah. mulut aku tak terkata apa, hati sakit tahan sedih. air mata mcm air paip. Yaasin kubaca di hadapan kubur ayah. setiap ayat berlainan nada, sekejap kuat, sekejap slow, sekejap tak bunyi. diam terus tahan sedu,sedih.. ayah aku dah tak ada, aku dah bercop anak yatim. tak ada ayah. tak macm dulu..
dulu
kami selalu sembang, tak kira waktu. kalu aku ada macm2 benda kami buat sama, dari berbual, makan, nak tidur pun sebuk bercerita. bila dapat tau ayah lemah jantung, aku sedih. aku tak menangis depan ayah. tak pernah ungkit atau sebut pasal jantung.. walau ayah masa tu selalu baca, tengok tv pasai jantung, sembang pun pasal jantung. aku tak marah, mungkin ayah sedih pasal dapat tau macm tu. aku selalu doa kan ayah semoga permudah segala, bila aku call rumah, aku selalu cakap dengan mak,bukan dengan ayah, tapi aku akan tanya ayah buat apa, kalau cakap ngn ayah. ayah mesti kata balik cepat, kita nak p berkelah.. ayah selalu bawak kami g berkelah. last hari tu, aku tak sempat cakap ngn ayah.. ayah dah tidur masa tu.. dalam pukul 11 lebih aku call kakak tanya pasal ayah.. entah macm mana, aku nak cakap aku rindu kat ayah..
kalau ada ayah
aku selalu ikut ayah g kebun, selalu ikut ayah tanam pokok kat rumah, ayah selalu dengar radio kedah f.m .. tu memang hobi ayah tiap2 petang ayah dengar radio sambil makan petang dengan mak dan adik2 kat depan rumah. ayah buat tempat duduk kat depan rumah, ayah buat buai kat belakang rumah untuk cucu2 dia. ayah tanam ubi kayu kat tepi rumah, untuk aku. ayah selalu bawak aku g pekan pokok sena, bayar bil, g minum2. bawak aku g bank, bawak aku beli itu beli ini... last aku naik moto ngn ayah aku pegi pokok sena, beli hadiah kawen untuk kawan aku .. last lagi ayah belikan handphone baru untuk aku. ayah bagi duet poket untuk aku sebelum dia pergi.. Ayahhh...
kami adik beradik memang rapat dengan ayah. kalu tak der ayah kat rumah, semua sebuk tanya, ayah g mana, walaupun ayah selalu beleter tiap2 pagi, kami buat tak tahu.( sekarang aku rindu suara ayah) ayah tak gaduh ngn mak, ayah tak marah kami.
last aku jumpa ayah, pegang tangan ayah masa nak balik ke bintulu, bulan 9 lepas raya hari tu. aku nak cium ayah. dia kata tak yah..aku cium tangan ayah.aku tau ayah sedih.. hati ayah memang lembut..
sekarang
dah seminggu ayah tak ada, aku tak tau macm mana nak cerita perasaan ni. aku tak tau mcm mana nak bagitau betapa aku sayang ayah. banyak kenangan bersama ayah. seluruh rumah ku ada kenangan ayah. ayah, walau ku seru berjuta kali, air mata darah. ayah tak kan kembali. semoga arwah aman di sana, tunggu kehadiran anak mu ini. =(
sabar lah wahai hati..sabar lah mak,
No comments:
Post a Comment