Friday, May 3, 2013

merengek di Tanjung Batu

Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak merupakan destinasi percutian warga UPM disini. kebiasaanya waktu melawat adalah pada hujung minggu, dan mungkin sesetengah melepaskan diri selepas waktu kelas.. begitu juga lah aku,  keluar dari kolej merupakan antara aktiviti yang paling bahagia untuk aku dan kawan2. Tanjung Batu terletak lebih kurang 3 km dari gate upm. so kire dekat la sangat.. kemudahan yang disediakan adalah semestinya pantai yang bersih, lagi enak mata memandang. nak nak pulak hujung minggu memang sentiasa penuh dengan masyarakat. tak lupa juga sampah masyarakat yang bertenggek mencuci mata. bagi aku dan kawan2. tidak la selalu kami berkunjung ke sini, mungkin dalam sebulan tu ada la sekali dua. tanjung batu sekali lagi aku tegas kan merupakan tempat yang menarik terutamanya pada sebelah petang, dimana senja mula melabuhkan tirai dan kelihatan langit serta awan merah keroenan dan mungkin juga jingga kebiruan.. cantik bukan.
aku dan rakan rakan, memang kalu sudah bertapa di sana, malas sudah mau berangkat pulang.. sungguh sempurna cintaan Ilahi.. dan yang penting.. laut ini, ( laut China selatan), menghubungkan aku dan mereka yang lain dengan semenanjung.. 







 x lupa juga, masa "merengek" disana, cuci mata menghadap laut, dapat disaksikan tongkang2 yang ditarik bot menuju ke penghujung laut, selain itu kapal kapal besar pun, ada melintasi dan di sebelah kanan model diatas ini merupakan sebuah kilang loji minyak. MLNG ( sila google).. dari sini, boleh lihat api dari serombong loji tersebut. peredaran angin di sini, kadang kadang saja beribut, dan kalau musim tengkujuh tidak digalakkan untuk menempah maut duduk di batu ini(seperti model tersebut). lagi satu keindahan kat sini lagi terserlah apabila jarang nampak pelancong asing ke sini. Bintulu tidak terlalu komersial untuk tontonan orang luar, mungkin masih biasa, even Pokok sena, kedah pun x ada pantai macm ni ... hmmm 

No comments: