Friday, May 10, 2013

pemblog

Memandangkan malam ni ada test, so aku ambik kesempatan dikala otak tengah digest notes untuk selongkar blog buruk ni.. walaupun buruk tapi still boleh pakai, sebab sini la motherland aku.. ya motherland la sangat. Minggu lepas, tak der mood nak post sebab gara gara election.. ya election.. aku tak balik mengundi sedangkan aku ni lebih dari Layak.. SEDIH.. memang sedih duk jauh ni, tak dapat balik, sedangkan cuti dah diperuntukkan.. rasa macm tak  bertanggungjawab.. biarlah benda dah lepas kan. dan yang penting tiket untuk balik sem dah beli. muahaha.. tapi sampai KL jer, mungkin aku balik kedah jalan kaki. hmm

sebukk .. sebut pasal sebuk, aku dikira perempuan yang kurang sebuk berbanding isteri PM untuk seminggu dua ni, tapi mungkin start sem baru nanti, lebih sebuk dari kambing upm. sebab apa, sebuk nak run projek besar.. dah finall year rupanya. tu pun masih tak sedar diri. tadi aku ader g merempit kat blog lain, tudia, rata rata pemilik blog tu dah final year, so diorang ada la sebuk buat tu buat ni, tapi blog tetap blog, post tetap post.. aku bangga ngn mereka, pulun cari duet.. yeahh.. 

# x der ape pun untuk hari ini.. sambung kemudian. ok .. 



No comments: