Thursday, October 31, 2013

hye hye

As Salam

Setelah berminggu biarkan blog ni tak bertuan, sekarang baru ada kesedaran nak pikul tanggungjawab nak buat writing kat dalam belog ni pulak.. sory la, nama pun final year students memang tak sempat @ tak dan tu adalah alasan biasa.. 
ikut perkembangan sekarang, aku memang sangat busy ngn projek udang kara aka crayfish.. mana nak g sampling lagi, dengan writing, dengan analysis.. ohh sangat sebuk (kalah menteri). bab kuliah pulak memang tak der la busy sangat tapi masing masing ada lab work ngn small projek.. uhhh ...banyak benda nak buat ..

ok cukup la tu bebel kat sini.. rasanya cukup lah dulu setakat ni, .. ni pun dah boleh tahu tuan blogger ni masih hidup aman damai kan.. hihihi.. ok .. salam n byebye

Sunday, August 25, 2013

Kad Raya 2013

Kepada : kengkawanku & kenalanku


Assalamualaikum, di kesempatan ini, saya dengan nama seperti yang anda tahu, ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan  mohon maaf atas semua benda kut2 ada terkasar dan tersilap salah...Akhir kata Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin ~ 




Daripada : Azie_019.blogspot.com





Wednesday, June 12, 2013

Hari ni kamu di sini, hari Esok kamu di Italy..

kalau petang petang cam ni, elok jalan jalan ambik angin petang . moh tengok luoo....

Gi padang ler, tengok matahari terbenamm.. terbaik 






Sha.. untung ler, dapat g Italy ~ .. sangat jeles di situ... 



dari Kiri - Naz, Sha, Linda, Yaya



ohhh...

6.30 pm .. matahari terbenam

p/w Jangan  Tanya Kenapa Muka Aku Nampak Matured Di situ... ------------- Umo Tak Same =( Kami x sebaya... 

Assalamulaikum... (Istighfar)

Tuan Tuan dan Puan Puan.  tak lama lagi peperiksaan akhir bagi program Bacelor Sains Bio Industi bakal berakhir  pada minggu hadapan, dan mulai lah cuti sebanyak 3 bulan lamanya. 
Maaf beribu ampun maaf sebab tak dapat nak daftarkan diri setiga minggu ini kerana atas sebab hal yang amat mustahak sehingga terpaksa membelakang kan anda semua, bukan tidak ingat tetapi begini la kalau dah nasib pemblog kan. ada hari tinggal, ada hari hari post .. 

Last post 2 ke 3 minggu lepas, masa tu aku duk second test, tup tap minggu ni dah final, kan ke cepat masa itu berlalu yer dak.. haishh.. aku pun tak tahu nak kata apa... dan hari ni, boleh jadi sebab nak release tension setelah 3 hari berturut Killer paper, aku nak cerita selok belok benda yang jadi kat sini.. biarlah sebuk pun kan.. Minggu lepas Junior Diploma baru masuk, ha ha Welcome. Welcome, And welcome "home"... terima kasih la yang sudi datang, yang mana menolak tu, anda memang tak patot.. tak patot.. 
ok. malas nak bermadah lagi,  sepanjang budak Dip ni masuk, mula la Upmkb ni macm kena ribut.. agak serabut tapi , ok la kut still ok, nampak ler sikit perubahan.. antaranya .. Muncul benda alah ni... yang tak pernah tengok pun sepanjang duduk lama kat BIntulu ni.. ape benda ni .... 





Meh nak citer , ni namanya katil Double deckr kata mereka.. sebena benanya bilik kat kolej ni kapasiti 2 orang jer satu bilik, tapi entah bagaimana sem ni diorang suh duduk 4 orang satu bilik.. tapi untuk bilik yang panjang la.. pasai apa panjang.. bilik panjang ni bilik yang bahagian tepi so.. bilik ni jadi panjang la sikit... nasib baik aku duduk bilik biasa, tak ler jadi macm ni, maintain lagi dua tilam, bukan 4 tilam macm ni.. kalau sem depan buat kat semua bilik macm ni , hagak hagak la kan aku nak panjat naik tidur atas.... (kalu tak ader yang consider )... umo tua ni selalu sakit urat. haish mintak jangan la... 

bilik 4 tilam macm ni agak sempit...  masa aku ambik pic ni, meja study tak letak lagi, tapi aku tak tahu la diaorang arrange macm mana.. dan untungnya.. student yang dapat bilik cenggini adalah student pra dip.. hapadia pra dip??
Pra dip = persedian diploma.. aku tak tahu la wopa tahun, tak ingat ler pulak, kos ni baru jer mungkin baru 2 bach kot kat UPMkb... bila dah buat persediaan baru lah official masuk diploma ... sah la tu .. 

 rancangan ditunda

Friday, May 10, 2013

pemblog

Memandangkan malam ni ada test, so aku ambik kesempatan dikala otak tengah digest notes untuk selongkar blog buruk ni.. walaupun buruk tapi still boleh pakai, sebab sini la motherland aku.. ya motherland la sangat. Minggu lepas, tak der mood nak post sebab gara gara election.. ya election.. aku tak balik mengundi sedangkan aku ni lebih dari Layak.. SEDIH.. memang sedih duk jauh ni, tak dapat balik, sedangkan cuti dah diperuntukkan.. rasa macm tak  bertanggungjawab.. biarlah benda dah lepas kan. dan yang penting tiket untuk balik sem dah beli. muahaha.. tapi sampai KL jer, mungkin aku balik kedah jalan kaki. hmm

sebukk .. sebut pasal sebuk, aku dikira perempuan yang kurang sebuk berbanding isteri PM untuk seminggu dua ni, tapi mungkin start sem baru nanti, lebih sebuk dari kambing upm. sebab apa, sebuk nak run projek besar.. dah finall year rupanya. tu pun masih tak sedar diri. tadi aku ader g merempit kat blog lain, tudia, rata rata pemilik blog tu dah final year, so diorang ada la sebuk buat tu buat ni, tapi blog tetap blog, post tetap post.. aku bangga ngn mereka, pulun cari duet.. yeahh.. 

# x der ape pun untuk hari ini.. sambung kemudian. ok .. 



Friday, May 3, 2013

merengek di Tanjung Batu

Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak merupakan destinasi percutian warga UPM disini. kebiasaanya waktu melawat adalah pada hujung minggu, dan mungkin sesetengah melepaskan diri selepas waktu kelas.. begitu juga lah aku,  keluar dari kolej merupakan antara aktiviti yang paling bahagia untuk aku dan kawan2. Tanjung Batu terletak lebih kurang 3 km dari gate upm. so kire dekat la sangat.. kemudahan yang disediakan adalah semestinya pantai yang bersih, lagi enak mata memandang. nak nak pulak hujung minggu memang sentiasa penuh dengan masyarakat. tak lupa juga sampah masyarakat yang bertenggek mencuci mata. bagi aku dan kawan2. tidak la selalu kami berkunjung ke sini, mungkin dalam sebulan tu ada la sekali dua. tanjung batu sekali lagi aku tegas kan merupakan tempat yang menarik terutamanya pada sebelah petang, dimana senja mula melabuhkan tirai dan kelihatan langit serta awan merah keroenan dan mungkin juga jingga kebiruan.. cantik bukan.
aku dan rakan rakan, memang kalu sudah bertapa di sana, malas sudah mau berangkat pulang.. sungguh sempurna cintaan Ilahi.. dan yang penting.. laut ini, ( laut China selatan), menghubungkan aku dan mereka yang lain dengan semenanjung.. 







 x lupa juga, masa "merengek" disana, cuci mata menghadap laut, dapat disaksikan tongkang2 yang ditarik bot menuju ke penghujung laut, selain itu kapal kapal besar pun, ada melintasi dan di sebelah kanan model diatas ini merupakan sebuah kilang loji minyak. MLNG ( sila google).. dari sini, boleh lihat api dari serombong loji tersebut. peredaran angin di sini, kadang kadang saja beribut, dan kalau musim tengkujuh tidak digalakkan untuk menempah maut duduk di batu ini(seperti model tersebut). lagi satu keindahan kat sini lagi terserlah apabila jarang nampak pelancong asing ke sini. Bintulu tidak terlalu komersial untuk tontonan orang luar, mungkin masih biasa, even Pokok sena, kedah pun x ada pantai macm ni ... hmmm 

Boleh kah aku mengaku aku ni seorang yang peMALU.??



 untuk pengetahuan semua, aku ni memang pemalu, kalau boleh x nak tengok muka orang, tambah2 yang berlainan jantina.. woo MALU sioot... tapi semenjak bermenjak aku berjauhan ni, MALu ni dah kurang sikit.. sebab nya, mungkin aku banyak berjumpa orang kot.. kowt. !


habis..