Thursday, September 30, 2010

idea lunch ( patut kah ku share ngn orang?? )

Sedang2 duk tengah tengok gambaq pekasam, timbuii pulak satu idea. y not kalau kita bukak bisness pekasam, cik mardati n diana juhari.. apa kata ampa??. disebabkan permintaan yang sentiasa hangat, apa apa pun boleh kan.. kalau persaingan.biasa la.. memang sentiasa ada, tapi x banyak rasenya, sebab peniagaan pekasam kat luar sana tak banyak yang berbisnes secara besar besaran.. nak dapat pekasam mai kedah la, kena singgah  pekan rabu baru dapat... la ni apa kata kalau kita jual pekasam secara besaran sikit.. hermmm tempahan buleh buat secara online, kelia kelia....
hehe... satu agi.. resipi untuk buat pekasam ni  selalunya yang expert orang tua2 la.. sekarang orang muda x beropa terer dah, kalau depa buat pun x wopa nak ummh macm yang orang dulu2 buat )..... hurmm... Orang kata kalau makan pekasam ni ngn nasi panas, ishh mau tambah 3 4 pinggan nasi ni..  hampa jangan duk buat main.. ni perasan kalau jual kat sekitar selangor n kuala lumpur, hermm perasan, buleh habis ni... tu lah .. alang2 ( alang alang menyeluk pekasam ) dah terpikir ni, rasanya nak buat la satu paper work projek ni.. hihihi.. kalau ada rezeki nanti boleh buat terus... pasarkan secara online ke seluruh semenanjung malaysia... pekasam ori mai dari kedah .. perghhhhh....apo nak di kata.. chaiyok zira... ( banyak ngoh idea ku sekarang yer )... ampa ampa kat luaq sana, buleh la kalau nak  try... ingat la, pertanian adalah perniagaan ..                   ( ^ ____^ )

Saturday, September 25, 2010

kehiduPan PerAntau

Suke saNgat zira Bila dapaT meraNtaw ke temPat orang, kalau boleh nak p jauh ... jauh... huhu... tak tau la kenapa ada perasaan macm ni, mungkin ia adalah salah satu daripada impian zira.. cehh... orang orang kat luar sana, kawan kawan, kawan baik, bukan zira nak cube lari daripada ampa, ni semua dah zira memang suka jalan jauh ni.. suka sangat nak merasa benda baru, kehidupan baru yang orang lain rasa.. setakat ni, paling jauh zira jalan pun SabaH dan saRawak.. hermmm... sangat puas ati dengan dua neGeri ni... Walaupun semenanjung x semua tempat zira dah pegi.... kepada kawan2ku yang lain , moh la sesama  kite merantau,sementara maseh muda ni.. tengok kehidupan kat dunia luar, best lah.. ( asal jangan lupa diri kita suda).. yer la memang betul kata orang hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri... tengok... ada emas tu di negeri orang, pikir balik .. best tak dapat emas?? emas ngn batu mana kamu nak ??? muahahaha.. haaa  ni yang zira cuba nak katakan, merantau la wahai sahabat2, terokailah kehidupan yang lebih luas di luar sana, mungkin ia akan mengubah anda menjadi seorang yang lebih positive maybe, tak pun, mesti kamu akan terasa betapa bestnya kat dunia luar, betapa kerdilnya kamu di dunia ini.. cuba lah lihat pula budaya orang lain, cuba belajar cara peradaban masyarakat lain... sangat best... dalam pengalaman zira kat sabah n sarawak ni, memang tak dapat dinafikan zira akan  rindu kehidupan di sini.. mana tak nyer 3 bulan di sabah dah 2 tahun setengah di bumi kenyalang.. Bumi yang cantek , kehidupan yang selesa, ( walaupun dikelilingi hutan hutanan , laut yang maseh kebiruan ).. arghhh alam semulajadi, ku memang taksub dengan kamu.... x lari dengan kehidupan manusia, seperti semenajung tanah air, semuanya lebih kurang sama, mungkin di sana lebih moden, tapi kurasa dalam arus kemodenan itu di sini masih lagi ada keaslian budayanya, masih lagi terbela khazanah nya... ayuh la wahai kawan wahai teman, lihat la betapa kasih nya Yang Maha Esa memberikan kita limpahan nikmat duniawi..mokalu tak reti nak bersyukur lagi, memang ku tak taw nak kata pa dah... mungkin kerana duet manusia  sanggup menodai khazanah ini... Ya manusia, fikir fikir lah apa kebaikan kamu jika semua ni terjadi, nasib anak2 mu terbela kah ???  hermm ( sudah r malaih mau beletiaq)
berbalik pada cerita asal, kalau dapat pergi luar negeri lagi best kan dapat rasa nikmat 4 musim, owhh ku dah dapat rasakan betapa best nya, harap harap zira nanti pun dapat pergi ke sana, amin ..semoga semua berjalan dengan lancar. hidup mesti diteruskan, kita maseh muda... masa sekarang la paling sesuai untuk merasai keindahan dan keasyikan ciptaan Maha Pencipta. ( ingat bila dah keluar tu jangan lupa diri pulak, nazirah pergi mesti kembali dengan nazirah, bukan sameon pergi balik ngn sam plak ).. harap kamu semu paham la dei.. ( aduss tetiba perut ku bunyi mintak di isi.. muahaha )....
mesti orang akan cakap yang rajin berjalan tu banyak duet kan?? hermmmm (^__^) " mesti r nak jalan kena ade la duet"...sekarang ni apa apa pun pakai duet.. keluar  umah pun kena duet "kut " muahaha...
zira ni naseb jer, dah alang2  nak sambung belajar tu, bio la sambung kat tempat jauh terus.. muahahaha.. ingat lagi dulu .... mintak upmkb r, cam best jer, nak p pun kena naik flight.. muahahaha.. ayat kejam oo... macm2 usaha dibuat untuk sampai ke sarawak ni... last2 bila dah dapat sampai sini ngn selamat wooo rasa sayang nak tinggaikan Bintulu, muahahaha.. walaupun hakikatnya tak der pape pung... ( x tau la apa nak dikata)... bulan 4 hari tu g jalan2 ngn costmate 7 hari di KUching, memang santai, menarik habis r.. walaupun duet poket hanya ku bawa seratus ( tak termasuk duet lam kad atm )muahaha.. 2 termasuk makan sekali ngn belanja apa semua.. memang budget habis la... p sana p sini, pompuan plak nampak tu saja cantek nak beli, nampak ni lawa nak beli..( nafsu pompuan ).. tapi ku puasa kan semua.. muahaha.. jamu mata ja.. mata ja yang kenyang.. tapi nanti kalau nak p lagi, kena spent banyak sikit la duet nak beli barang.. shopping pun sedap kalau ada duet.. keh22...yang tak leh belah masa kat sempadan indon tu.. entah apa namanya tempat lupa sudah.. bah.. murah2 jer barang2( sesuai la nak balik wat buah tangan kat family.. rambang mata ouh tengok.. muahaha.. ( time tu ingat nak beli jugak satu dua benda.. hermmm alih alih.. hujan turun, x beli pe satu pun, hanya dapat isi perot ku ja .. owhh selamat duet ku.. balik tdow x leh lena sebb x beli apa pun.. sungguh kucewa... haha.. nanti kalau ada masa g lain la.. huhu... masa kat sabah dulu pun naseb baik la, ada jugak sedara angkat yang tersangat baek n murah hati. kiranya kos makan x berapa nak risau sangat la.. pasai beli barang tu, memang ku rembat je.. rasa nak beli, zira beli.. ( masa tu buleh r duet pun main cucuk je).. gaji praktikal pun boleh la setakat beli token kat mall KK main pemainan yang entah apa2 buleh la lepas.. muahahaha... seronok weii.. rindunya sana... adusss... tu x termasuk ngn bab p picnic ngn family angkat.. pergh... nikmat nya tengok laut yang kebiruan ( tapi x sempat r pegi pulau2) .. waterfall perghh air jernih macm kaca oww... dasyat r tengok.. menarik habis.. sapa yang pegi sana, x dak r balik mai duk muhung x best.. kalau muhung jugak memang jumpa ngn zira, zira telengkup kepala ngn cangkui ( bak kata wijijamal)..haha.. ni jap g zira bowh sekali pic2 kat sabah n kuching. ok ... ~ selamat membaca ~

Thursday, September 23, 2010

KurNiaan AllaH Taala

Seseorang manusia itu Allah telah kurniakan satu keistimewaan dan satu kekurangan padanya.. di sebalik kekurangan yang ada, ditemukan pula akan kelebihan atau keiistimewaanya.. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini.. Ya memang pasti, seseorang itu tidak diberikan hanya satu dari pada kedua itu.. cuba anda perhati sekeliling, lihat la kawan2 mu, sahabat2 mu.. apa yang ada pada mereka, temukan keduanya ( kelebihan dan kekurangan ).. sesungguhnya bila dikenalpasti, rupa rupanya Allah jadikan kita untuk bergantung antara satu sama lain. ( bukan bermakna x buleh bedikari ), Tapi cuba lihat, jika anda mempunyai kekurangan  dalam sesuatu pekara, akan ada orang lain yang berkelebihan dalam pekara itu, maknanya anda memerlukan orang itu untuk memperoleh @ mempelajari kelebihan itu.. na .. tengok la bukti yang zira tunjukkan disini..manusia saling memerlukan.. Cuba bagitau ada ker orang yang sanggup hidup sendirian, (kalau yang ada pun mungkin boleh kerana si dia teringin untuk mencari kehidupan sendiri,) soalnya mampu kah hidupnya diteruskan tanpa orang sekeliling, begitu juga setiap manusia dicipta lelaki dan perempuan. perempuan diciptakan kepada lelaki dari sebelah rusuk kiri, betapa dekat nya perempuan dalam kehidupan lelaki, masing2 saling memerlukan..

Wednesday, September 22, 2010

duLu nak Try pidatO, taPi tak jadi...

Beberapa minggu sebelum raya, ada seseorang hamba Allah ( x diketahui namanya) diumpan setin biskut oleh si anak  untuk ditempatkan di rumah kebajikan warga tua. sedihnya bila zira baca kisah ni.. macm macm yang sanggup dilakukan oleh anak semata mata untuk mendapat kan kesenangan bagi dirinya.. Katanya lagi, si anak tidak mampu untuk menjaganya berikutan si anak terlalu sibuk bekerja.. aduss.. betapa tersentuhnya hati si ayah.. kalau tak salah si anak itu berumur dalam likungan 40 lebih kut.. ( yang zira tau dah berkawen pun).. Lihat la wahai si pembaca... setelah 40 tahun hidup bersama dengan insan bernama ayah.. baru kali ini dia terpikir untuk " membuang ' ayahnya.. sedih zira mendengar kisah ini.. Kenapalah si ayah tidak terpikir taktkala anak itu dilahirkan terus sahaja di memberi kepada orang lain?? kenapa harus dia yang membesarkan anak itu ? kenapakah dia perlu menyediakan semua kelengkapan anaknya itu?? apakah dia tidak berfikir untuk meninggalkan anaknya itu jika dia tahu si anak akan membuangnya begitu...banyak kisah sebegini jika kita lihat pada masa sekarang.... yang baru, di hias hias, yang lapuk dibuang buang... kenapa perlu letak manusia itu seperti kain, seperti barang.. ayohh la wahai insan bernama manusia... fikirlah... bahagiakah mereka jika kita buat begitu?? seronok kah mereka ?? .. andai kamu semua berhati dan berperasaan nescaya tak mungkin pekara seperti  ini boleh  terjadi.. bangunlah semua,  Lihat lah kembali di belakang mu, siapakah orang orang yang " membina" kamu menjadi seorang yang teguh, berdiri dengan kaki mu sendiri.. siapakah mereka yang mencorakkan dirimu.. renung renungkanlah... 

* jika zira tersalah maklumat atau "terlebih", anda dialu alukan untuk menyatakan kebenaran.. terima kaseh

story about my love"

da one who is very specIal in my Life after da person dat i call pa.. Mum s.. everything about my mums huhu.. Mak,  i love u... my mum  selalu kata di akhir panggilan nya, adik, jaga diri... pastu... soalan yang selalu tanya.. makan dah ?? makan pa??? .. bila cakap belum makan, mesti kena maqah, x pun kena tanya, " awat tak makan, duet tak dak ka ? x pun,diet ??? wopa kali dah mak kata jangan duk diet.. ketegaq sungguh budak ni ".. huhuhu.. mak ni cukup perihatin kat anak dia, walaupun masih ada lagi ramai anak di rumah... hurmmm.... kaseh sayang seorang ibu tak berbelah bagi untuk anak anaknya... THankS mum...
Nak balik kolej mak hantaq sampai a-port, balik dari kolej, mak jemput dari a-port.. kiranya memang kelia la ada mak cam ni.. syookk oww.. rasa mcm diri ku dihargai.. woooo... ( jangan jeles adik2 ku yang lain )...
Memang Betul semua mak akan ambik berat anak2 nya, perihatin, bertanggungjawab, baek, ikhlas.. semua lahhh...
Mungkin ada sesetengah orang akan cakap, lain mak lain carenyer.. hermm tu depends la seseorang tu nak kata pa kan.. hermm yang zira hanya tau , mak zira la yang paling da best mum in da world... walaupun, mak tak belajaq tinggi mana, kawen ngn ayah masa umuq masih muda tatkala umur yang sepatutnya bersama kawan2.. namun mak lah yang layak jadi model dlm hidup zira... TABEK TABEK kat  mak...  ~_^ ...
mak mula mula perkenalkan abc, 123.. ajaq masak nasi ( psstt walaupun hanya guna rice cooker).. ajaq buat tu buat ni...huh.. semua la, sampai dah layak untuk diri  ini berdikari ( chewahhh ).. mana nak cari mak seBAEK cam ni cik oii.. lam dunia, Allah Taala kurniaKan satu Mak yang sehabis beik untuk Kita.. Ber SyukUr la, Hargailah ibu anda  selagi  dia Masih bernafas di Bumi tuhan ini..
Yang diLuar sana, mungkin masih ada yang tidak reti lagi untuk mengenang jasa mak mahupun bapak mereka, inilah yang dirisaukan zira, kita selaku umat Islam.. BerDOSA besar derhaka kepaDa ibu Bapa.. Ya Allah jauhilah hambaMu ini daripada dugaan duniawi, TabahKan lah hati hambamu untuk meNerima Ujian mu ini.. Jauhkanlah aku dan KedUa ibubapaku dari azaB neraKa Mu...

to be continue...

aNnoUnCemEnt

Ni, nak habaq mai... ( lupa nak ceqhita masa tulis blog ni ).. dulu zira dah ada blog ni, pastu eii lupa pasword terus x buleh nak log in.. hah.. mampuih.. terpaksa create hak baru, ni la hasilnya.. hehe.. harap2 pembaca and follower blog zira yang lame x cedera parah caqhi blog zira yer.. huhu... ( contaxt pakai facebook terus pun buleh ).. type Naz zira @ azie_019@yahoo.com... mokalu x der facebook nak chet terus, p la Skype, type yang sama gak.. ok.. harap hampa / korang / kamu semua memahami situasi kering ini yer.. Buat Ti & Na serta my SP, hampa semua diWAJIBkan untuk jadi follower blog ku.. huhu... Terima kaseH

Monday, September 20, 2010

StuDy bileR exaM

Teringat kisah lalu bila tengah buat study group mesti ada yang nak take five la, take ten la pastu menyampuk sembang kut lain la.. pekara biasa kalau buat study group ngn kawan.. zira pun biasa jugak. masa sekolah  dulu ngn zaman universiti ni.. haha.. lebih kurang ja.. Kata ja nak study group, tapi bila dah start study group tu banyak mana sangat, sembang ja lebih, mokalu tak sembang pun ada la isu yang nak dibangkitkan.. pastu gelak ketawa hilang habis semua yang duk belajaq tadi.. haha.. kalau di sekolah, zira ngn geng kamcing ( TIRANA).. diana juhari, mardati rahman, halijah hamzah ngn dayah musa, jadi keja sungguh "study group" sampai pukul 5 petang baru balik.... study tak tera mana pun stadok ja lebih.. tu yang pelik tu.. tapi bila diingatkan balik, memang lawak habiss.. tapi alhamdulillah semua dapat masuk universiti..
zaman kolej tahun sudah pun begitu jugak la, zira ngn costmate,  nab, asfariza, hapiss kamaruddin,zul, ngn sob.. bila nak dekat exam ja buat study group... aspecially ekonomi la, memang kami kena discuss ( dalam kelas memang tak paham ).. so nak study cepat n berkesan study la in group, satu bab sorang untuk explain.. hermmm.. kalu ekonomi hapiss la selalu jadi tempat rujukan.. ( maklum lah anak ekonomi ).. kah22... dalam duk tengah study tu kadang2 ada ja yang menghalang... study 5 minit besembang 10 minit.. haha.. macm2 idea yang kelua.. pastu bila tak paham pakat lawan duk explain pulak.. ( best la kalau diingatkan balik )... sampai satu tahap tu pakat duk chi bek sapa betui sapa salah ( chi bek = aci lawan ).. rindu nya... ~_^

Sunday, September 19, 2010

kegembiraan kami hak milik bersama... x der sapa yang buleh menghancuskan....~_^

long house with iban costume.. nice kan.. hehe

cerite Raya..

Seingat dulu.. masa kecik2... raya la yang paling best... ( pasai budak2 tak tahu apa lagi ).. bila dah dekat nak raya, semua sebok cari tu ini, beli tu beli ni.. mama ngn bapak la, lagi busy.... dulu raya kat rumah sebuk buat preparation awal.. semua balik.. abang, kakak, ( memang ramai la )... best  ooo... zira pun x kurangnya, adik  ( abdul, nazri , atikah).. masa tu kami semua sekolah lagi.. haha.. yang kelakarnya kena  kerah buat kerja.... mula la tarik muka sedepa.. adik lelaki sebok p seludup mercun .. entah di mana p caqhi... wak balik mai kat rumah .main malam raya... yang anak pompuan pulak, kakak jahit baju raya ( malam raya baru siap ).. pasang langsir, balut ketupat, kemas rumah..masak rendang... huh penat tapi best ... bila malam raya semua kumpul.. penuh ngn gelak tawa.. memang seronok sangat, dengaq bunyi mercun kat luaq.. arghh tak sanggup nak ingat betapa bestnya raya dulu2... masa tu baju raya ... zira ngn kakak spesen ja.. stail baju kurung warna terang2.. ( time tu zira sekolah rendah ) .. bila dah mai sekolah menengah,, kami x mau dah baju spesen ni.. huhu.. kakak nak pakai kebaya la, adik nak pakai cheogsam la. entah apa apa... sekarang semua dah berubah... sebab nya masing2 ada haluan sendiri.. kakak ( kak ngah, abang long.... depa dah kawin ada family sendiri ).. hermmm ... kurang best sebb depa x balik sambut  malam raya bersama macm dulu..... x der yang nak pasang pelita... ( sekarang adik2 yang tinggal pun x der mood nak pasang pelita bila kakak ngn abang2 dah tak der ).. sedih nya.. malam raya tu la kami semua lepak2 kat luar.. main2 bunga api, jalan2 satu kampung tengok umah orang kampung pasang pelita samai ke pangaq.. hurmmm cantek arhh.. bila pagi raya pulak.. semua bangun awal.. sebok rebut bilik air  la pulak.. kelakar.. huhu.. blik air kat kampung kan satu.. hah nak 10 orang nak rebut 1 bilik air.. memang ada yang terbongkang la bebaris depan tu.. huhu.. lepas siap semua masing2 duduk ambik restu mohon maaf kat mama ngn bapak.. adesshh bestnya waktu itu..walaupun x  sungguh2 minta maaf. ( x paham sangat waktu tu, sebb tengok depa buat, mak bapak pulak suruh huhu kami ikut ja la)..ingat lagi.. salam cium tangan depa  " mak ,bapak. ampun kan zira, halalkan semua makan minum zira sepanjang tahun ni, zira ambik duet mak tak habaq minggu lepas.. maafkan zira mak.. doakan zira, selamt hari raya mak " . .. x der nyer rasa sedih... bapak hulur lak duet raya.. ( dalam sampul ada 2 hingget 2 kupang ).. hahaha.. lawak la.. dah bagi 2 ringgit buh pulak 2 kupang.. huhu... tapi yang dapat tu.. kami 5 orang adik beradik yang bawah2 jer.. kak ngah ,, abang long tak tau la depa dapat apa.. huhu...  time tu la, banyak jugak duet raya yang kami dapat... sedara ( adik beradik ) hak mai umah bagi.. haha.. duduk umah pun dapat duet doww... lepas sembayang raya.. bejalan la kami satu kampung.. makan tak sangat , tuh duet $$$$ raya yang penting.. dulu mana ada orang bagi banyak2... ada sebuah umah tu bagi 2 kupang ( 20 sen ).. paling banyak pun seringgit la ( x banyak )... umah orang besaq2 pun bagi 5 kupang ja... nasib baek masa dulu baju kurung kami ada poket.. haha.. semua sampul duet raya bowh lam tu... lepas penat jalan raya ... dalam tengahari pakat balik.. masuk bilik duk kira pulak duet raya.. hahaha... malunya nak cerita.. adik beradik pakat dok lawan sapa dapat duet raya paling bnyak.. ( padahal p raya sama2.. hahaha... )....

TAPI tu dulu.. la ni.. hermmm.... zira plak tak balik tahun ni... x lengkap la raya kat umah.. kak long pulak raya kat umah mak mentua dia dulu.. nah.. sudah... kakak pulak cuti sekjap ja.. hermmm.. ... nampak sangat kurang la tahun ni.. tapi bila zira call umah.. my mama say.. semua ok.. ok.. ok... tu je la jawapan mama.. ( padahal lam hati duk nangis ingat kat anak nya ) .. mama minta maaf banyak2.. ampun semua salah  silapku.. .. sangat merindui masa dulu..
insyallah tahun depan .. akan ku cuba untuk jadikan raya aidilfitri seperti waktu dulu.. penuh dengan kegembiraan... semoga kita dipanjangkan usia.. ampun maaf selamat hari raya maaf zahir batin..

Saturday, September 18, 2010

Try blogg.. @_@

haha sesi try menerai blog.. ( dah lama tinggal, lupe sudah ).. minggu ni zira x der buat apa, cuti syawal lagi.. minggu depan ada la nak kena  siapkan keja yang bertambah... hermmm.. biaser la tu ... tahun ni zira banyak sangat habiskan masa buat paper work untuk projek dikampung.. hah nak tau ape..?? huhu.. zira buat projek tanaman cendawan ( dah siap) dengan cili fertigasi ( on da way).. memandangkan sekarang masih lagi keje.. so keje pun atas paper jer la.. semua maklumat dah dikutip, semua dah ada.. kiranya balik ni terus buat.. insyaallah kalau  x der aral melintang jadi la tu.. huhu...
Bulan 12 sesi kemasukan untuk sambung degree di Serdang... tak taw la bisness ni nak jadi macam mana.. haha... x pe la, harap2 apa yang dibuat ni bukan sekadar menghabiskan air liur saje.. huhu.. ( mokalu x dapat sambung buleh buat bisness terus ).. really love bissness $$$.. haha...

ha.. sebut pasai degree ni, zira x comfirm lagi nak hambik apa, tengah pening dok pikir ( education, Horticulture,Agriculture sains )... ni macm mana ni... hermmm.... tak pe la, zira ingat nak cube dulu mana2 yang dapat yang tu la.. hoho.. ~_^ .. mama pun kata, mana mana jer la dik oii.. kalau ader rezeki tu ader la.. mama setuju ja.. hoho.. mama zira ni... love u mum.. Tengok kawan lain ramai yang hambik sains pertanian mungkin lepas grad ni ader la yang jadi pegawai ( AO kat Jabatan Pertanian ) perghh.. besar betul keje.. huhu..... hermmm ni mokalu dapat sains pertanian pun zira terima, kalau dapat hortikulture pun zira terima... sebut pasai hortikulture ni, zira minat sebab belajaq pasai pokok2 bunga, ada la minat sikit... jadi landskap architecture .. perunding landskap perghhh... ( kos ni dekat Uitm pun ader ).. tapi zira ingat nak sambung upm jugak la.. hehe.. sebab dah tau serba sikit selok belok upm.. kiranya x payah susah2 nak belajaq pekara baru.. huhu... betol tak hampa semua.. huhu...

kalau education pulk.. ingat nak jadi cikgu macm mardati rahman.. hahaha.. my bestfrenz ni bakal cikgu kaunseling terbitan UIA.. ( bangga oo )...masaalah nyer, zira ni x beropa minat sangat nak jadi cikgu.. sebab zira minat lebih kat dua ( horti & sains pertanian) ni... hermmm... nak buat lagu mana... ?? tawakkal jer la... apa apa yang dapat, zira terima seadanya ( chewwwaaahh.. ) hahha...

angin september

Assalamualaikum w.b.t .. hye semua.. ( kekok nya nak tulis first blog ) kah22..
blog ni zira bina untuk tatapan semua kenalan, dalam ni zira mungkin sebolehnya akan story a little bit about my self and my life.. huhuhu..harap semua enjoy with my blog.. huhuhu

my full name.. Nazirah.. u all semua boleh panggil naz, zira atau nazirah..kalau dekat rumah selalunya nama lain yang dipanggil, ada yang panggil G, Rah, Girah.. tu semua panggilan dari keluarga terdekat termasuk la my best frenzs... huhu..


zira asal kedah.. pokok sena, umbrella hills.. haha.. ( cari la kat daerah pokok sena tu no )..
sekarang dah 3 tahun study kat Bintulu sarawak...ambik bidang pertanian ( memang minat giler dari zaman sekolah )....


* buat semua tetamu blog zira, selamat datang..and Terima kaseh kerana sudi singgah..
*( psstt- kompeni tirana sangat dialu alukan)