Sunday, December 30, 2012

saya sayang ayah

"Ya Allah, Kuatkanlah hati hamba Mu ini, jauhkanlah keluarga ku dari azab NerakaMu, permudahkanlah segala urusan kami Ya Allah, sesungguhnya hanya pada Mu kami bersujud, hanya pada Mu kami meminta, Ya Allah, kau  kuat kan hati ku, sesungguhnya aku tak sanggup  dengan dugaan mu ya Allah, jauh kan lah aku dari segala sifat2 munafik, berikan aku Kekuatan . Kau tempat kan Ayahanda ku di kalangan orang Beriman. Amen Ya Robbal A'lamin. "

24 / december -  banyak dugaan pada tarikh ni, banyak benda yang berlaku pada tarikh ni. memang satu satu yang tidak dijangka. semua orang tau tsunami besar belaku pada tarikh ni, salah satu tanda kecil Kimat nak dekat.. namun aku tak merasa sangat sebb tsunami ni, belaku bukan di tempat ku. bukan di rumah ku. walaupun semua orang tau tsunami ni memang dasyat.. 
selepas tsunami,  pada tarikh ini juga sesuatu yang lebih dasyat dari tsunami belaku dalam hati dan keluarga ku. mak , adik2 abang, kakak..  pemergian Ayahanda tersayang,   Ya Allah.  memang sesuatu yang tak terduga. tambah lagi, aku masih di Sarawak. jauh dari ayah.. kalau ikut tu, tinggal 2 minggu lagi aku akan balik jumpa ayah. tapi. aku tak sempat. ayah dijemput dulu. aku sedih sangat. tak dapat nak jumpa ayah. banyak benda aku nak cakap dengan ayah, nak duduk dekat ayah. tapi.. semua terjadi sekelip mata bila, satu petang 24 December 2012, adik aku call cakap ayah aku dah tak ada. dah meninggal, dah tak ader kat dunia. dah pergi.. sedih, hancur, sakit dada aku. aku menangis puas hari tu,  esoknya 25 dec aku balik rumah. memang sedih bila aku tak dapat jumpa ayah. yang aku lihat tanah kubur ayah, masih merah, kubur baru. dengan pokok kemboja di atas kepala ayah, dibawah kaki ayah.. ya Allah. mulut aku tak terkata apa, hati sakit tahan sedih. air mata mcm air paip. Yaasin kubaca  di hadapan kubur ayah.  setiap ayat berlainan nada, sekejap kuat, sekejap slow, sekejap tak bunyi. diam terus tahan sedu,sedih.. ayah aku dah tak ada, aku dah bercop anak yatim. tak ada ayah. tak macm dulu.. 

dulu 

kami selalu sembang, tak kira waktu. kalu aku ada macm2 benda kami buat sama, dari berbual, makan, nak tidur pun sebuk bercerita.   bila dapat tau ayah lemah jantung, aku sedih. aku tak menangis depan ayah. tak pernah ungkit atau sebut pasal jantung.. walau ayah masa tu selalu baca, tengok tv pasai jantung, sembang pun pasal jantung. aku tak marah, mungkin ayah sedih pasal dapat tau macm tu. aku selalu doa kan ayah semoga permudah segala, bila aku call rumah, aku selalu cakap dengan mak,bukan dengan ayah, tapi aku akan tanya ayah buat apa, kalau cakap ngn ayah. ayah mesti kata balik cepat, kita nak p berkelah.. ayah selalu bawak kami g berkelah.  last hari tu, aku tak sempat cakap ngn ayah.. ayah dah tidur masa tu.. dalam pukul 11 lebih aku call kakak tanya pasal ayah.. entah macm mana, aku nak cakap aku rindu kat ayah..

kalau ada ayah

aku selalu ikut ayah g kebun, selalu ikut ayah tanam pokok kat rumah, ayah selalu dengar radio kedah f.m .. tu memang hobi ayah tiap2 petang ayah dengar  radio sambil makan petang dengan mak dan adik2 kat depan rumah. ayah buat tempat duduk kat depan rumah, ayah buat buai kat belakang rumah untuk cucu2 dia. ayah tanam ubi kayu kat tepi rumah, untuk aku. ayah selalu bawak aku g pekan pokok sena, bayar bil, g minum2.  bawak aku g bank, bawak aku beli itu beli ini... last aku naik moto ngn ayah aku pegi pokok sena, beli hadiah kawen  untuk kawan aku  .. last lagi ayah belikan handphone baru untuk aku.  ayah bagi duet poket untuk aku sebelum dia pergi.. Ayahhh... 

kami adik beradik memang rapat dengan  ayah. kalu tak der ayah kat rumah, semua sebuk tanya, ayah g mana, walaupun ayah selalu beleter tiap2 pagi, kami buat tak tahu.( sekarang aku rindu suara ayah) ayah tak gaduh ngn mak, ayah tak marah kami. 

last aku jumpa ayah, pegang tangan ayah masa nak balik ke bintulu,  bulan 9 lepas raya hari tu. aku nak cium ayah. dia kata tak yah..aku cium tangan ayah.aku tau ayah sedih.. hati ayah memang lembut.. 

sekarang 

dah seminggu ayah tak ada, aku tak tau macm mana nak cerita perasaan ni. aku tak tau mcm mana nak bagitau betapa aku sayang ayah. banyak kenangan bersama ayah. seluruh rumah ku ada kenangan ayah. ayah, walau ku seru berjuta kali, air mata darah. ayah tak kan kembali. semoga arwah aman di sana, tunggu kehadiran anak mu ini. =( 
sabar lah wahai hati..sabar lah mak,

Sunday, December 23, 2012

Diet sembang

- aku ader sorang kawan ni, satu hari dia datang jumpa aku, story pasal masaalah dia lebih kurang macm ni la bunyinya-

"Aku kalau dah makan... teruk.. aiyoo..mcm mana nak kurang kan makan ni.. bukan aku tak nak makan, or nak diet sekali hapa , aku just nak kurangkan makan, kurangkan sikap suka makan aku yang terlebih lebih.... hidup aku sebelum ni keje makan, nasib baik tak gemuk, kalu dak memang kalah tong drum aku rasa,  disebabkan genetik aku  spesen kecik sebelum kawen, so aku ni kire beruntung jugak la, makan banyak tapi tak gemuk. TAPI ,  aku tak nak jadi macm kakak aku, sebelum kawen,  ramping macm kerengga,  kalah saloma,  bab makan memang tak pernah pilih,  dah tu bila dah kawen. hah kalah adibah nor, aku rasa adibah sekarang ni pun dah kurus  sikit.. ha ni yang aku takut kan.. orang kata buat per nak takut, makan la banyak2 , nanti lepas kawen baru diet. apakah? memang kalau ikut tu aku nak buat macm ni, tapi  bila pikir balik tak kan sudah terhantuk baru tengadah kan.. kan .. 
so start sekarang ni la nak kena jaga makan, jaga semua, tapi aku tak tau la, akhir akhir ni aku kerap stress, atu dah kalu stress, mind set aku ni keje cari sumber nk makan .. Berat kan kes aku .."

-aku kesian ngn kawan aku ni. phsyko betol. takut pulak bila dengar dia cerita mcm tu, aku pun badan macm  dia jugak.. haishh nak kena diet ni .. lepastu aku cakap la kat dia lebih kurang macm ni -
dengan yakin nya aku kata  "tu la masaalah nya.. mind set hang tu. aku rasa kalau hang dah set betol2 dalam kepala tu nak  kurangkan makan, memang tak jadi masaalah. tabiat hang tu yang salah, makan time stress apakah? kalau nak makan sekali pun, makan la makanan  yang sihat lepas tu  senam, hang ada buat ? tak penah nampak pun.  ha. la ni moh ikut aku g jogging tiap2 petang, hang duduk bilik bukan buat ape pun.. ingat na kata2 aku, kau ubah mind set tu. dan last sekali  makan makanan sihat jer, nak melantak selori pun buleh lepas tu .. "


Rutine diet
- jogging sekurang kurang nya 3 kali seminggu 
- minum air paling kurang  8 gelas 
- makan banyak serat dalam buah 
- lebihkan sayur, kurang kan nasi (karbohidrat)
- jangan makan time lewat malam, dan makan ikut waktu 
- minum susu
- makan kismis


Friday, December 21, 2012

Study week - semester 3 BSBI


internet dan intranet... mengong sungguh kalu tak dapat internet,  laptop depan mata rasa macm benci nak tengk. ni memang penangan hebat kalu tak der internet. memang payah nak hidup. ! kenapa orang dulu boleh jer hidup tanpa internet? ye la sekarang kan dunia it, mana tak mengong nye. ok la we go to the straight point. minggu ni study week, aku tak nak post macm mana "hows to study" and so on. dah boring. so aku nak story study week aku macm mana. alkisah study week aku ni special sikit tak mcm orang lain. awal awal lagi aku dah siap prepare benda benda yang nak kne buat dalam tempoh study week tu ( seminggu ). so aku akan list down nota mana yang nak masuk dalam exam final nanti, lekat kat notis board tu,  lepas tu, biar dia dekat situ- nanti hari hari aku tengok, so aku akan teringat pasal study. ok balik kepada benda benda yang aku nak kene buat tadi, aku kumpul banyak movie dan running man, seluruh kaum kerabat cerita melayu, cina, siam, hindustand dan Korean..  pasal benda ni semua berguna time aku bosan nak haram  kalu takder internet.. bab nota, study semua tu  aku buat time aku ada mood, bukan ker sebelum ni aku ader kater, kalu nak study kena tunggu mood. (aku la). ya memang mcm tu lah aku. ada mood baru buleh study!. ( sejak azali lagi macm tu . nk buat macm mana kan). ok .. mood aku ni selalu nya datang tanpa di duga, kadangkadang tengah malam, kadangkadang, pagi dan kadangkadang tengahari.. apakah? so bila dah ada mood baru boleh study. memandangkan sem ni aku hanya ada 5 paper yang tough2 belaka, so aku harap mood aku ni mai awal la sikit. kalau teringin sangat nak hidup sekejap, ha tunggu la dekat exam baru study. ok.

 so tips aku hari ni. 

 1) study ni tak buleh paksa, nanti tak masuk kepala, tak hinggat dan tak paham - itu bukan study dah namanya. 
2) tetap kan matlamat, study ikut mana senang dulu, so bila dah study yang senang, outomatik akan ada mood u study subjek yang susah pulak
3) bekalkan susu atau minuman lain bersama snek yang berkhasiat , jaga kesihatan(jogging la petang2), memandang kan kelas pun dah habis. bila dah sihat senang nak study
4) jaga makan- jangan la makan melampau lampau, kang bila dah kenyang stadok pulak ( stadok- study sambil tdo)
5) jauhkan facebook semasa study- dekatkan google or note book ( google u bantu anda translate word yang anda tak paham)
6) solat cukup sempurna 5 waktu_ lagi bagus masa bangun study tengah2 malam tu, buat la solat sunat sekali. kalu buleh amalkan selalu jangan tunggu study week sajer..
7) banyak kan senyum, kurang kan marah - marah buleh stress
8) call emak atau sedara lebih kerap, so kiter boleh bual2 kalu ader problem n sharing somting
9) offline kan yahoo mesengger or skype dan online chating sebagainya.. - buang masa 
10) kalau dah bosan baru tengok movie yang anda kumpul _atau keluar la dari bilik anda..


ok selamat maju jaya,

Saturday, December 8, 2012

Miri Day Trip




Dear, I m so So Sory... mAaf la ya tak datang melawat beberpa minggu ni, BusY lo tambah tambah lagi dah nak hujung hujung sem ni, banyak benda nak kena submit. dan yang paling BENci nya, INTERNET ni sekarang dah start menaikan tekanan darah aku... Jangan harap nak online kalu mung tak bangun awal pagi.. so nak tak nak kena bangun awal .. ok malas nak merungut lagi 

semalam, BSBI students sem3 . ad g trip ke MIRI, memang best la, walaupun tak singgh BIntang Plaza ( salah satu de femous mall kat Miri)  kami still boleh terima.. ( pada hal dalam hati menyumpah, haha) Tapi tak pa, tujuan ke sana adalah untuk melawat ladang ternakan seperti ayam, lembu, kambing dan yang terexcited ladang BAbi pun pegi jugak.. dah nama pun student BSBI memang  biasa la kalu belajar bab bab macm ni, so sepanjang trip, ok jak tak dak yang pengsan atau yang menangis nak balik. trip kami bermula awal pagi, memandang kan Miri jauh nya kira kira 2 ke 3 jam dari Bintulu, so kami gerak awal, sampai sana terus ke ladang ternakan ayam. ( Borneo Farm) memang besar  sangat2,  sampai buleh eksport ke Sabah sana, huish BESAR..kalu tak salah dengar ada 6 plot. 1 plot ada 5 reban dan 1 reban ada 10,000 ayam.. ha.. memang besar la kan.banyak info yang kami dapat dari ladang ni, sistem yang diguna pun automatik. sangat efficient.. . lepas penat bertanya itu ini kat manager ayam tu, kami p ladang Babi yang juga terletak  di jalan yang sama, mungkin alamat sama tapi berlainan nombor kut.  memang xcited memandang kan kami ni memang jakun sebb tak penah pergi pun ladang mcm tu, n ada jugak yang tak penah tengak Babi pun.dekat ladang tu, kami kena jaga tingkah laku, jangan pegang pape, cuma bio kasut jer menjejak tanah..kang tak pasai2 kena samak.. so bila dah nampak Babi.. masing2 diam tak kata pa? ok fine.  di ladang tu, kami tak dapat banyak maklumat, aku sempat tulis nama ladang ngn  wape ekor Babi jer, dan ladang babi ni merupakan ladang yang terbesar di Miri.. yang selebihnya tak sempat aku  nak tanya sbb aku dah cabut keluar dari kandang tu. pengusaha dia of coz Chinese, so costmate aku yang sebahasa dengan nya boleh la borak2 sbb diorang cakap guna bahasa ibunda.. ladang memang bersih, bagus la. tapi yang orang sedia tau ladang babi ni kan selalu diorang buat jauh dari kampung n perumahan. yer la, ladang babi ni x mcm ternakan lain. bau dia memang x boleh tahan. (tu sebab aku cabut awal), Tapi sempat la jugak tengok piglets yang wona pink dengan hitam cokolat.. saw  ( babi betina besar) x dan nak tengok pun.dengar costmate aku cakap ada babi besar kat belakang kandang piglets yang dah cerai susu .. tak lama kami di situ,  matahari dah start tinggi, selesai kat ladang tu, kami terus ke destinasi lain, g ke laut untuk berjemur ( Miri sun bathing) pada jam 1 pm. (kalu tak salah).. haha.. selepas bersih kan diri n makan tengahari, kami bertolak ke destinasi ke 3 iaitu ladang lembu integrasi.. fuhh memang jauh. lebih kurang pukul 4 baru sampai.. tambah2 hujan pulak masa tu, sangat mencabar, lepas dengar penerangan dari pihak ladang, kami g tengok feedlot di tengah ladang k/sawit. tapi masa tu dah nak gelap. kalu tak salah pukul 5.45 macm tu ( sarawak kan awal gelap).. sampai sana lagi xcited dapat jumpa lembu yang besar dan kambing yang comel. comel sangat, bersih.. bau pun kurang.. aku sempat dukung anak kambing kat situ.. Comelll..tapi yang tak puas hatinya bukti tak der, gambar tak der, kesian kat aku. betol aku dukung anak kambing tu..=(.   lepas bubye kepada kambing dan lembu kami pun bertolak balik ke Bintulu lepas maghrib..  dan alhamdulillah sampai UPM dalam pukul 9 lebih.. hihi.. sangat seronok, tapi tak berapa nak puas hati sebb rasa macm sekejap sangat trip tu.. hu.. harap sem sem depan pergi lagi ok ! 
rombongan Dr Humrawali 
  Ladang Babi, aku rasa tak yah post la kan, x comel .. hihi 


Sunday, December 2, 2012

Font saize

TOCIE done oready, so we start speaking Malay Back ! haish

Kenapa aku guna font besar setiap kali pos?  pertama sekali, aku terus terang kat sini bahawa, aku ni bukan jenis mata  laser, font kecik ni aku tak minat sangat, tak nampak, payah nak baca, duk terhendap2 kat lappy mcm Jembom.. lepas tu, font kecik ni kurang daya tarikan, sebb bila jumlah perkataan yang di post pulak banyak, dengan font yang kecik, terus malas nak baca, except kalu orang tu hobi dia membaca, dia akan baca . !
pastu kalu kamu perasan, font kecik hanya digunakan untuk memaki dan menulis perkataan seperti mengutuk seseorang atau sebagainya. 
TAPI, ada jugak blog2 yang mengepost cerita dengan menggunakan font kecil, mungkin dia selesa kut.. tapi kalu aku memang terus kena tekan Ctrl + untuk besar kan font.. 
dalam erti kata lain,tulisan kecik ni memang susah nak baco.... biar beso beso jelas, tak pe, tok wan pun buleh baca kan... hihi..