Friday, May 10, 2013

pemblog

Memandangkan malam ni ada test, so aku ambik kesempatan dikala otak tengah digest notes untuk selongkar blog buruk ni.. walaupun buruk tapi still boleh pakai, sebab sini la motherland aku.. ya motherland la sangat. Minggu lepas, tak der mood nak post sebab gara gara election.. ya election.. aku tak balik mengundi sedangkan aku ni lebih dari Layak.. SEDIH.. memang sedih duk jauh ni, tak dapat balik, sedangkan cuti dah diperuntukkan.. rasa macm tak  bertanggungjawab.. biarlah benda dah lepas kan. dan yang penting tiket untuk balik sem dah beli. muahaha.. tapi sampai KL jer, mungkin aku balik kedah jalan kaki. hmm

sebukk .. sebut pasal sebuk, aku dikira perempuan yang kurang sebuk berbanding isteri PM untuk seminggu dua ni, tapi mungkin start sem baru nanti, lebih sebuk dari kambing upm. sebab apa, sebuk nak run projek besar.. dah finall year rupanya. tu pun masih tak sedar diri. tadi aku ader g merempit kat blog lain, tudia, rata rata pemilik blog tu dah final year, so diorang ada la sebuk buat tu buat ni, tapi blog tetap blog, post tetap post.. aku bangga ngn mereka, pulun cari duet.. yeahh.. 

# x der ape pun untuk hari ini.. sambung kemudian. ok .. 



Friday, May 3, 2013

merengek di Tanjung Batu

Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak merupakan destinasi percutian warga UPM disini. kebiasaanya waktu melawat adalah pada hujung minggu, dan mungkin sesetengah melepaskan diri selepas waktu kelas.. begitu juga lah aku,  keluar dari kolej merupakan antara aktiviti yang paling bahagia untuk aku dan kawan2. Tanjung Batu terletak lebih kurang 3 km dari gate upm. so kire dekat la sangat.. kemudahan yang disediakan adalah semestinya pantai yang bersih, lagi enak mata memandang. nak nak pulak hujung minggu memang sentiasa penuh dengan masyarakat. tak lupa juga sampah masyarakat yang bertenggek mencuci mata. bagi aku dan kawan2. tidak la selalu kami berkunjung ke sini, mungkin dalam sebulan tu ada la sekali dua. tanjung batu sekali lagi aku tegas kan merupakan tempat yang menarik terutamanya pada sebelah petang, dimana senja mula melabuhkan tirai dan kelihatan langit serta awan merah keroenan dan mungkin juga jingga kebiruan.. cantik bukan.
aku dan rakan rakan, memang kalu sudah bertapa di sana, malas sudah mau berangkat pulang.. sungguh sempurna cintaan Ilahi.. dan yang penting.. laut ini, ( laut China selatan), menghubungkan aku dan mereka yang lain dengan semenanjung.. 







 x lupa juga, masa "merengek" disana, cuci mata menghadap laut, dapat disaksikan tongkang2 yang ditarik bot menuju ke penghujung laut, selain itu kapal kapal besar pun, ada melintasi dan di sebelah kanan model diatas ini merupakan sebuah kilang loji minyak. MLNG ( sila google).. dari sini, boleh lihat api dari serombong loji tersebut. peredaran angin di sini, kadang kadang saja beribut, dan kalau musim tengkujuh tidak digalakkan untuk menempah maut duduk di batu ini(seperti model tersebut). lagi satu keindahan kat sini lagi terserlah apabila jarang nampak pelancong asing ke sini. Bintulu tidak terlalu komersial untuk tontonan orang luar, mungkin masih biasa, even Pokok sena, kedah pun x ada pantai macm ni ... hmmm 

Boleh kah aku mengaku aku ni seorang yang peMALU.??



 untuk pengetahuan semua, aku ni memang pemalu, kalau boleh x nak tengok muka orang, tambah2 yang berlainan jantina.. woo MALU sioot... tapi semenjak bermenjak aku berjauhan ni, MALu ni dah kurang sikit.. sebab nya, mungkin aku banyak berjumpa orang kot.. kowt. !


habis..

disebabkan boyfriends ku hensem

Disebabkan boyfriends aku haandsome, so aku akui memang ramai yang tertarik.. JELES.. jeles sangat bila keluar bersama, ada mata mata curi pandang boyfrens kiter. owhh.. berasap telinga kepala, tapi nasib baik boyfrens kiter tak gedik, so tak payah nak jeles sangat la wahai hati.. walaupun aku dengar banyak orang cakap, "eii tak sesuainya mamat tu ngn girlfrens dia" . "buruk ".. " biasa jer girlfrens mamat tu, aku lagi cantik".. Ohh my, kadang kadang kesabaran pun ada hadnya .. WOOOIIII ... lantak ler janji dia boyfrens aku, yang Ko SEBUKK nape? ade aku hutang kau ?? 

LOVE U TILL THE END DEAR > 




ini dia ..







Bhahahahaha ... TAMAT !