Monday, January 25, 2016

small matter

dua hari lepas dugaan kecik datang bila mana si tunang bincang tentang pkahwinan kami yang bakal menjelang mungkin lepas raya nanti .. aheh .... perbualan bermula bilamana si dia bertanya rancangan keluarga macm mana. so aku yang blur tak tahu apa apa ni bertanyakan kembali .. apakah maksud dia.. lalu dia berkata soal hidup suami isteri. dan ANAK ... ok ANAK.. suddenly our topic change to ANAK .. 

ya betul anak tu Rezeki Allah nak bagi kita. memang wajib la bila dah berkahwin si perempuan akan beranak.. mana mungkin tido sekatil tade anak.. (kalau tade pon mungkin sbb masaalah kesihatan mahupun rezeki belum ada) .. dan aku .. bila pikir pasal anak terus jadik sedih .. sangat sedih... 

Perempuan memang diberi mandat besar untuk lahirkan zuriat... tetapi perlulah di beri perhatian penuh oleh si SUAMI.. jangan kan sampai masa mengandung, isteri kau biarkan mencari bunga baru pulak. dah kau cakap hodoh bini kau, kau tak pikir ke hodoh tu kau yang punya pasal .. ?? haha (tetiba teremo) 
Aku bukannya apa , dunia sekarang ni banyak sangt berita yang menakutkan, dugaan untuk orang perempuan sangat besar, macm macm boleh jadi .. nak pulak aku teringat bila aku ni bakal ber PJJ selepas nikah nanti .. ha kesian kat aku .. so aku cakap kat encik fiance we will discuss later on after nikah. InsyaAllah.. 

just small matter.. 

Tuesday, January 19, 2016

tip kurus

Hariini kerja nak kongsi macm macm tips. entah kenapa rajin sangat tu tak tahu la : 

okay disebabkan zaman sekarang makan tu melebihi dari keperluan, jadi masaalah kegemukan tu adalah perkara biasa bagi rakyat Malaysia. kalau di Syria kita tengok  kebanyakkan kurus kering sebabkan kurang makan, tapi kita disini GEMUK lebih makan.. hmmp ... 


1- Setkan minda untuk kurus 
    elakkan untuk menangguh diet.. contohnya hari ni kau makan banyak dan niat nak kurang makan untuk esok, dan esok plak tetiba kau melantak tak hinggat  kau niat pulak lusa.. tu namanya sampai bila pun tak kuruih .. cecuba kau kurangkan nafsu gelojoh tu ... 


2- Belajar kira Kalori 
    Sebelum kau nak makan, pastikan kau tau berapa kalori yang ada dlm makanan tersebut. ambik makanan yang punyai julat kalori sekitar 1000- 1300kcl... kalau kurang dari 1000kcl tu kau dah tahap kebulur n boleh pensan anytime. okay .. 

3-  makan dalam kuantiti yang kecil
     Maksud kat sini adalah pengambilan makanan adalah pada kadar yang sedikit tetapi kerap.
    kalau boleh time kerja tu bekalkan biskut high fiber dalam beg.. so boleh ler kudap kudap sambil buat kerja.. bila dah kenyang tade la kau makan banyak 

4-  Elakkan makan waktu malam 
     ini masaalah orang zaman sekarang. tak reti nak jaga timing waktu diner. ini tidak kau makan pukul 10 lepas tu tdo pukul 11.. hello.. for your information, our food need 4 hours to digest .. hah .. so .. start from now, makan awal, sebolehnya sebelum atau sesudah solat magrib.. so boleh tido dlam pukul 10 lebih .. tade la kau gemok.. huhu 


5- makan banyak buah buahan 
 makan banyak buah yang tinggi kandungan serat , kalau bosan makan epal dengan anggur cuba la pulak makan pisang dak pun honeydew.. kat Malaysia ni macm macm buah . so amalkan selalu... 

6- minum air putih 
minum air putih paling kurang 8 gelas per day .. jangan malu nak bawak botol air besar ke pejabat .. nak pulak sekarang musim panas, evendo kau duduk dalam aircond pon but still u need plain water nak remove toxin dalam badan .. 

7 - elakan makan dan minuman manis 
kalau boleh jangan minum air kordial or soda yang kandungan gula dia tak terkira .. sebab nya kerap minum air gula boleh sebabkan diabetes.. nanti kaki kau kena potong mana mau cari ganti ??

8 - banyakan senaman/ berjalan / berjoging 
lapangkan 30 minit setiap hari untuk buat regangan. kalau dalam ofis tu banyakkan jalan. dan jangan duduk saje... nanti bontot beso .. haha .. 


okay itu saje setakat ini.. walaupun aku ni dah sedia kurus, tapi akan datang aku pun tak tau size aku ni besar mana.. nak plk kalau dah bahagia nanti .. mana tau size tetiba berubah .. tip ni aku share disini bagi elakkan kita same same obesss.. okay . goodluck .. simple step but hard to do.. ya ka ?? 

tip melancong

Disini disertakan tip bagi yang mahu melancong tak kisah la keluar negara or dalam negara. 
Menabung
Mempunyai tabungan yang mencukupi sangat penting untuk bercuti. Jika anda mahu merancang untuk bercuti, mula menabung seawal mungkin. Asingkan duit persiapan percutian ke dalam tabung khas. Disiplinkan diri anda dan terus fokus pada perancangan anda.
Pakej promosi
Apabila memilih untuk bercuti di luar negara, pilih negara yang mengadakan promosi pelancongan. Tanya ejen pelancongan tempatan. Selidik terlebih dahulu tempat-tempat menarik di sesebuah negara, supaya percutian anda diisi dengan aktiviti dan pemandangan yang memberikan kepuasan percutian yang maksimum. Biasanya menjelang musim sejuk, negara di Eropah giat mengadakan promosi pelancongan.
Perancangan percutian
Sebelum melancong dan bercuti, anda perlu membuat persiapan diri dan minda dengan perancangan yang rapi dan teliti. Tentukan dengan betul negara, kota atau tempat peranginan yang sesuai sepanjang tempoh percutian anda.
Buatlah pendaftaran di tempat yang akan anda kunjungi. Untuk menjimatkan tenaga, perbelanjaan dan masa, rancang untuk mengunjungi lokasi menarik berhampiran dalam sehari. Melalui perancangan itu, anda boleh mengetahui jenis pengangkutan ke lokasi pilihan dan bayaran tambang.
Bajet semasa bercuti
Sediakan anggaran perbelanjaan harian semasa anda bercuti, termasuk kos penginapan, makan, pengangkutan, dan cenderamata yang akan dibeli. Anggaran perbelanjaan semasa bercuti adalah satu langkah wajib bagi mengawal perbelanjaan anda semasa bercuti, terutama jika anda bercuti di luar negara.
Apabila bercuti ke luar negara, anda juga haruslah mengetahui kadar pertukaran wang negara yang ingin dilawati supaya percutian tersebut bersesuaian dengan anggaran perbelanjaan anda. Ini juga penting bagi mengelakkan anda tertipu semasa menukar wang. Mengetahui kadar pertukaran wang asing memudahkan perancangan perbelanjaan, terutama ketika membeli-belah.
Tempahan awal
Industri pelancongan banyak bergantung kepada keadaan ekonomi sesebuah negara serta permintaan pelancong tempatan atau asing. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda menempah tiket penerbangan atau tiket bas lebih awal, bagi mendapatkan harga yang murah. Tempahan saat akhir adalah sangat mahal dan merugikan terutama ketika musim perayaan dan cuti sekolah. Begitu juga dengan tempahan penginapan. Anda juga haruslah membuat tempahan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan atau sebarang masalah semasa percutian anda.
Tempahan awal
Bercuti bersama anak-anak
Jika bercuti bersama anak-anak, pastikan persiapan makanan dan kelengkapan mereka yang lain. Jika tempat yang ingin dituju menyediakan kelengkapan dan makanan yang bersesuaian untuk anak-anak anda, pastikan anda memasukkan keperluan perbelanjaan ini dalam anggaran perbelanjaan percutian anda. Jika anda lebih selesa untuk membawa semua kelengkapan anak-anak anda sendiri semasa bercuti, pastikan anda membawa kelengkapan yang secukupnya dan harus mempersiapkan diri dan minda anda untuk lebihan tenaga dan perhatian yang diperlukan untuk mengawasi bagasi yang banyak. Di sini, perancangan yang rapi juga memainkan peranan yang penting.
Peta
Sebaik sahaja anda sampai ke destinasi percutian anda, pastikan anda membeli peta tempat tersebut. Ini akan memudahkan anda untuk merancang jenis pengangkutan yang sesuai untuk pergi melawat tempat-tempat menarik yang telah anda tetapkan sebelumnya.
Pengangkutan
Dapatkan maklumat yang mencukupi mengenai tempat atau negara yang ingin dilawati supaya lebih selesa dan mudah bergerak serta merancang aktiviti dan tempat yang bakal dilawati. Pilih pengangkutan yang paling murah serta pemandu pelancong yang tahu mengenai selok-belok kawasan percutian tersebut bagi mengelakkan anda daripada ditipu ataupun tersesat.
Apabila anda bercuti di dalam kumpulan atau beramai-ramai, anda digalakkan menggunakan perkhidmatan teksi kerana ia lebih murah berbanding bas atau kereta. Justeru, anggaran perbelanjaan percutian anda dapat diringankan kerana berkongsi dan dibahagikan secara adil beramai-ramai.
Sarapan percuma
Manfaatkan sarapan percuma yang disediakan oleh pihak hotel dan makan hingga kenyang. Jika anda bercuti di Eropah, makanan di sana adalah mahal. Dengan memanfaatkan sarapan yang disediakan di hotel, anda boleh mengurangkan lagi perbelanjaan anda.
Ole-ole/ buah tangan
Buat penyelidikan di internet atau dalam kalangan rakan atau keluarga yang pernah berkunjung ke tempat percutian yang anda rancangkan. Dapatkan maklumat tentang kawasan yang menjual buah tangan yang murah. Senaraikan juga semua nama ahli keluarga dan rakan supaya anda tidak membeli buah tangan secara berlebihan. Senarai ini membantu anda berbelanja dengan bijak dan secara adil dan saksama.

Dana Kecemasan
Simpan 20 peratus daripada anggaran perbelanjaan percutian anda untuk dana kecemasan. Dana ini amat berguna jika berlakunya sebarang perkara yang tidak disangka seperti jatuh sakit dan memerlukan rawatan hospital. Dana ini juga membantu anda untuk menampung perbelanjaan anda sekiranya anda telah terlebih belanja daripada anggaran perbelanjaan anda.
Penggunaan wang tunai
Sebaik mungkin cuba gunakan wang tunai untuk membayar perbelanjaan, terutama apabila bercuti di luar negara. Anda akan dikenakan caj perkhidmatan atau faedah yang tinggi jika menggunakan kad kredit.
 sumber - http://www.cutikelantan.com/tips/12-panduan-penting-sebelum-melancong-dan-bercuti/

Sunday, January 17, 2016

koleksi baju pengantin (warna terang)


Teringat plak perbualan bersama encik tunang dua tiga minggu lepas, dia kata minat sangat dengan kaler biru tua, biru terang aka royal blue, so dia request what about wearing royal blue masa walimatuurus nanti.. so aku pun terpikir jugak.. yer la kan.. biru nampak cantik.. mewah jer tengok... 








dan yang sudah tentu aku tersuka dengan baju schawal nih... nampak segak ... 

 emerald green 
3D butterfly and flower with emerald green in colour 

cousin pun bertunang



Alhamdulillah kemarin, 17.01.2016 merupakan cuti am bagi negeri Kedah. so dengan cermatnya aku gunakan cuti sebaik mungkin.  dan saat itu jugak la berlangsungnya majlis menjual anak dara orang ... hahaha ... cousin aku merangkap anak kepada makngah telah selmat bertunang dengan pilihan hati dia  si Firdaus. Alhamdulillah dan terima kasih pada yang sudi datang .. cheh .. macm aku yang tuan rumah.. apa apa pun Tahniah ... mari lah tengok aku yang cun disitu .. 
rupa rupanya seronok jugak kan mencapap (mencari publisiti murahan) kat pelamin orang .. bhahahah .. 




ni dia .. cousin aku .. dan segala pelamin dia tu aku punya .. haha .. tapi seriusly aku tak suka warna gold.. aiyo yo ... 



dan bilamana kita duk kelam kabut nak buat itu ini, si comel plk melempiaskan manja dia.. haishh .. macm mana la nak tinggal makhluk seko ni .. ishh ..  horeng si comel.. kenapa suka sangat buat comel ..?? 

Monday, January 11, 2016

PERSEDIAN SEBELUM NIKAH

1.PILIH TARIKH

2. HADIRI KURSUS KAHWIN

3. TEMPAH ANDAMAN, BAJU, KATERING

4. TEMPAH JURU NIKAH

5. UJIAN KESIHATAN / MEDICAL CHECK UP / HIV

6. DOKUMEN DAN BORANG NIKAH

7. KAD KAHWIN / JEMPUTAN



*MAKESURE  BUAT PREPARATION SEAWAL YANG MUNGKIN.. KAU INGAT SENANG NAK NIKAH NI .. MACM MACM BENDA KORANG KE SETTLE SEBELUM NIKAH.. YANG NI YANG NAMPAK, YANG X NAMPAK IS MENTAL KORANG .. HAHA .. HAGAK HAGAK DAH READY KE BELUM ??? MOHON BUAT PENGAKUAN SENDRI.. 
JUGA KEPADA BAKAL PENGANTIN HARAP JAGA EMOSI DAN FIZIKAL KORANG .. MANA NAK TAU GILA SEBELUM NIKAH.. BHAHAHA 




Sunday, January 10, 2016

DEGREE

DEGREE
APA NAK BANGGA..
KALAU BELAJAR TINGGI2
DAPAT DEGREE..
HABIS BELAJAR DUK GOYANG KAKI,
NAK BELI KREDIT PON MAK BAGI
TAK RASA PAPE KE DALAM HATI
KAU BUKAN BABY..
NAK KENA SUAP2 LAGI.
(FACEBOOK, 2016)

APA KAU CERCA
ORANG BELAJAR TINGGI2
BALIK KAMPUNG KEJE KEDAI KOPI, JUAL ROTI,
ASAL KERJA DAPAT DUET SENDIRI
OK LA DARIPADA MENCURI..
DAH MEMANG ITU DIA PUNYA REZEKI..
ASAL NAK PERLI ?


APA KAU HINA,
ADA DEGREE KEJA KULI
KERJA HALAL DIBERKATI
BUKAN DUK LORONG JUAL UBI
KAU TAK NAK JADI KERANI
KAU TAK NAK ITU INI
KEJE PILIH2 KOMPANI.
GRADUASI TAK LEH SANGAT TENGOK GAJI
PENGALAMAN TU YANG KENE CARI
(FACEBOOK, 2016)

APA KAU ADA
SEKEPING DEGREE BASI
DENGAN LEBIHAN DUIT PT
RUMAH TAK DE, KETA TAK BELI
KAWIN APATAH LAGI
BEBAN HUTANG DUK MENANTI
LAST LAST PLAN SAMBUNG STUDY
BELUM TENTU BIASISWA GOVERNMENT BAGI
BAJET DAH CUT UNTUK IPT
(FACEBOOK, 2016)



HAHAH
PADAN MUKA AKU
KENA BATANG HIDUNG SENDIRI
SEKARANG BARU KAU TAHU
SUSAH SENANG HIDUP INI
(NAZIRAH, 2016) 

Saturday, January 9, 2016

kaki melancong

baru lepas melawat blog kaki melancong (Rahimah Majid). walaupun blog nampak kaku, tapii ec dia memang mantap dan berguna sangat untuk orang yang suka melancong. tertarik dengan isi kandungan kaki melancong ni so aku mengimpikan sebuah matlamat untuk melancong ke luar negara. sapa tak nak melawat negra orang kan. oh ho... itu planning masa hadapan la.. tak tau lagi nak pegi mana.. hehe 

Memandangkan ekonomi sekarang tak berapa stabil so aku putuskan untuk berdiam diri. sebab minggu lepas p padang besar perlis pun tak beli hapa. sebab tak de dah makna murah, semua barang aku tengok mcm harga kat tempat sendiri. so nak x nak pun x kesah. 

ingat pagi ni aku nak type tips melancong. tapi tak pe lah nanti saja aku tulis, banyak lagi info pasal melancong boleh dapat kat web lain... ( p je Kaki melancong  ) 

Wednesday, January 6, 2016

pemilihan warna tu penting

haish.. Rasa lama dah jari ni tak menaip yer.. perasan baru dua tiga hari lepas membebal tak abis lagi kot .. haha.. anyway aku nak ucapkan TAHNIAH kat cousin aku yang bakal mengakhiri zaman bujang dia tatkala uo dah masuk 30 tahun ni. alhamdulillah .. rezeki dan jodoh dia.. memang tak kemana. tak apa lah. kita doakan yang baik baik.. majlis pertunang akan diadakan pada hari cuti am nanti iaitu 17.01.2016 Insyaallah kalau tade aral melintang ... dan nak jadikan cerita  aku sekali lagi dilantik menjadi perunding pelamin dia.. haha.. segala perhiasan untuk set hantaran telah diserahkan kat aku.. hmmmm.... apa nak buat, dah orang suruh.. aku layankan aje..

and mula la next week aku kena siapkan semua benda.... hmm jom kite tengok hantaran 2016 pulak :



penyesuaian warna memainkan peranan gubahan hantaran . gabungan warna lembot dan terang menambahkan lagi image  hantaran. org kate cun aa

  kalau macm aku .. gubahan hantaran mesti pakai atau reused apa yang ada.. hehe



ingat aku kate ape..? pemilihan warna tu penting .. walaupun simple ia tetap nampak elegent.. u know..








Dan aku rasa pelamin 2016 will be  warna yang soft and gabungan yang elegent bagi wujudkan suasana romantik. jikalau 2015 dulu aku nampak ramai yang buat pelamin pakai wooden blok  ngn playwood yang nampak rare. but tahun ni mungkin akan berbalik kepada yang lebih moden atau gabungan moden dan lembut.. hahaha .. bagi aku lebih suka warna lembot  and simple and belanja rendah ... cukup la..



* ok la kita sambung buat kerja ok .. daaa
* gambo ehsan google .. terimas 

Sunday, January 3, 2016

Happy New Year 2016



Happy New year 2016... sudah bnyak hari masuk tahun baru, baru hari ni aku nak wish.. aiyoo... ape ape pun tahniah la kamuorang masih diberi kesempatan untuk mengemaskini pintu taubat masing2.. banyak masa dah diberi untuk kamuorang bergembira dengan dunia ni ... bagi aku tiada apa yang boleh dirasa cuma, rasa kekok bila sedar diri ini bukan lagi MUDA... aishh ..

and now olmost 26 years aku hidup kat dunia ni.. banyak cabaran dan dugaan terpaksa aku tempuh untuk sampai ke tahap ini.. yang mana rata ratanya tade la mencabar sangat ... mungkin ada kala jantung aku ni berdengup kencang disebabkan oleh sesuatu yang takdapat dielakkan.. and today berdirinya aku disini adalah ke alam yang lebih baik, dimana insyaallah tahun ni tamat lah zaman bujang aku .. Insyaallah kalu tade aral hal melintang aku bakal jadi isteri orrang .. hmmm ... (sedih dan kagum ade)

so diingatkan sekali lagi pada mereka yang msih muda, jngan abaikan masa anda.. tanggungjawab semakin besar bila kita semakin dewasa..

babai