Sunday, December 30, 2012

saya sayang ayah

"Ya Allah, Kuatkanlah hati hamba Mu ini, jauhkanlah keluarga ku dari azab NerakaMu, permudahkanlah segala urusan kami Ya Allah, sesungguhnya hanya pada Mu kami bersujud, hanya pada Mu kami meminta, Ya Allah, kau  kuat kan hati ku, sesungguhnya aku tak sanggup  dengan dugaan mu ya Allah, jauh kan lah aku dari segala sifat2 munafik, berikan aku Kekuatan . Kau tempat kan Ayahanda ku di kalangan orang Beriman. Amen Ya Robbal A'lamin. "

24 / december -  banyak dugaan pada tarikh ni, banyak benda yang berlaku pada tarikh ni. memang satu satu yang tidak dijangka. semua orang tau tsunami besar belaku pada tarikh ni, salah satu tanda kecil Kimat nak dekat.. namun aku tak merasa sangat sebb tsunami ni, belaku bukan di tempat ku. bukan di rumah ku. walaupun semua orang tau tsunami ni memang dasyat.. 
selepas tsunami,  pada tarikh ini juga sesuatu yang lebih dasyat dari tsunami belaku dalam hati dan keluarga ku. mak , adik2 abang, kakak..  pemergian Ayahanda tersayang,   Ya Allah.  memang sesuatu yang tak terduga. tambah lagi, aku masih di Sarawak. jauh dari ayah.. kalau ikut tu, tinggal 2 minggu lagi aku akan balik jumpa ayah. tapi. aku tak sempat. ayah dijemput dulu. aku sedih sangat. tak dapat nak jumpa ayah. banyak benda aku nak cakap dengan ayah, nak duduk dekat ayah. tapi.. semua terjadi sekelip mata bila, satu petang 24 December 2012, adik aku call cakap ayah aku dah tak ada. dah meninggal, dah tak ader kat dunia. dah pergi.. sedih, hancur, sakit dada aku. aku menangis puas hari tu,  esoknya 25 dec aku balik rumah. memang sedih bila aku tak dapat jumpa ayah. yang aku lihat tanah kubur ayah, masih merah, kubur baru. dengan pokok kemboja di atas kepala ayah, dibawah kaki ayah.. ya Allah. mulut aku tak terkata apa, hati sakit tahan sedih. air mata mcm air paip. Yaasin kubaca  di hadapan kubur ayah.  setiap ayat berlainan nada, sekejap kuat, sekejap slow, sekejap tak bunyi. diam terus tahan sedu,sedih.. ayah aku dah tak ada, aku dah bercop anak yatim. tak ada ayah. tak macm dulu.. 

dulu 

kami selalu sembang, tak kira waktu. kalu aku ada macm2 benda kami buat sama, dari berbual, makan, nak tidur pun sebuk bercerita.   bila dapat tau ayah lemah jantung, aku sedih. aku tak menangis depan ayah. tak pernah ungkit atau sebut pasal jantung.. walau ayah masa tu selalu baca, tengok tv pasai jantung, sembang pun pasal jantung. aku tak marah, mungkin ayah sedih pasal dapat tau macm tu. aku selalu doa kan ayah semoga permudah segala, bila aku call rumah, aku selalu cakap dengan mak,bukan dengan ayah, tapi aku akan tanya ayah buat apa, kalau cakap ngn ayah. ayah mesti kata balik cepat, kita nak p berkelah.. ayah selalu bawak kami g berkelah.  last hari tu, aku tak sempat cakap ngn ayah.. ayah dah tidur masa tu.. dalam pukul 11 lebih aku call kakak tanya pasal ayah.. entah macm mana, aku nak cakap aku rindu kat ayah..

kalau ada ayah

aku selalu ikut ayah g kebun, selalu ikut ayah tanam pokok kat rumah, ayah selalu dengar radio kedah f.m .. tu memang hobi ayah tiap2 petang ayah dengar  radio sambil makan petang dengan mak dan adik2 kat depan rumah. ayah buat tempat duduk kat depan rumah, ayah buat buai kat belakang rumah untuk cucu2 dia. ayah tanam ubi kayu kat tepi rumah, untuk aku. ayah selalu bawak aku g pekan pokok sena, bayar bil, g minum2.  bawak aku g bank, bawak aku beli itu beli ini... last aku naik moto ngn ayah aku pegi pokok sena, beli hadiah kawen  untuk kawan aku  .. last lagi ayah belikan handphone baru untuk aku.  ayah bagi duet poket untuk aku sebelum dia pergi.. Ayahhh... 

kami adik beradik memang rapat dengan  ayah. kalu tak der ayah kat rumah, semua sebuk tanya, ayah g mana, walaupun ayah selalu beleter tiap2 pagi, kami buat tak tahu.( sekarang aku rindu suara ayah) ayah tak gaduh ngn mak, ayah tak marah kami. 

last aku jumpa ayah, pegang tangan ayah masa nak balik ke bintulu,  bulan 9 lepas raya hari tu. aku nak cium ayah. dia kata tak yah..aku cium tangan ayah.aku tau ayah sedih.. hati ayah memang lembut.. 

sekarang 

dah seminggu ayah tak ada, aku tak tau macm mana nak cerita perasaan ni. aku tak tau mcm mana nak bagitau betapa aku sayang ayah. banyak kenangan bersama ayah. seluruh rumah ku ada kenangan ayah. ayah, walau ku seru berjuta kali, air mata darah. ayah tak kan kembali. semoga arwah aman di sana, tunggu kehadiran anak mu ini. =( 
sabar lah wahai hati..sabar lah mak,

Sunday, December 23, 2012

Diet sembang

- aku ader sorang kawan ni, satu hari dia datang jumpa aku, story pasal masaalah dia lebih kurang macm ni la bunyinya-

"Aku kalau dah makan... teruk.. aiyoo..mcm mana nak kurang kan makan ni.. bukan aku tak nak makan, or nak diet sekali hapa , aku just nak kurangkan makan, kurangkan sikap suka makan aku yang terlebih lebih.... hidup aku sebelum ni keje makan, nasib baik tak gemuk, kalu dak memang kalah tong drum aku rasa,  disebabkan genetik aku  spesen kecik sebelum kawen, so aku ni kire beruntung jugak la, makan banyak tapi tak gemuk. TAPI ,  aku tak nak jadi macm kakak aku, sebelum kawen,  ramping macm kerengga,  kalah saloma,  bab makan memang tak pernah pilih,  dah tu bila dah kawen. hah kalah adibah nor, aku rasa adibah sekarang ni pun dah kurus  sikit.. ha ni yang aku takut kan.. orang kata buat per nak takut, makan la banyak2 , nanti lepas kawen baru diet. apakah? memang kalau ikut tu aku nak buat macm ni, tapi  bila pikir balik tak kan sudah terhantuk baru tengadah kan.. kan .. 
so start sekarang ni la nak kena jaga makan, jaga semua, tapi aku tak tau la, akhir akhir ni aku kerap stress, atu dah kalu stress, mind set aku ni keje cari sumber nk makan .. Berat kan kes aku .."

-aku kesian ngn kawan aku ni. phsyko betol. takut pulak bila dengar dia cerita mcm tu, aku pun badan macm  dia jugak.. haishh nak kena diet ni .. lepastu aku cakap la kat dia lebih kurang macm ni -
dengan yakin nya aku kata  "tu la masaalah nya.. mind set hang tu. aku rasa kalau hang dah set betol2 dalam kepala tu nak  kurangkan makan, memang tak jadi masaalah. tabiat hang tu yang salah, makan time stress apakah? kalau nak makan sekali pun, makan la makanan  yang sihat lepas tu  senam, hang ada buat ? tak penah nampak pun.  ha. la ni moh ikut aku g jogging tiap2 petang, hang duduk bilik bukan buat ape pun.. ingat na kata2 aku, kau ubah mind set tu. dan last sekali  makan makanan sihat jer, nak melantak selori pun buleh lepas tu .. "


Rutine diet
- jogging sekurang kurang nya 3 kali seminggu 
- minum air paling kurang  8 gelas 
- makan banyak serat dalam buah 
- lebihkan sayur, kurang kan nasi (karbohidrat)
- jangan makan time lewat malam, dan makan ikut waktu 
- minum susu
- makan kismis


Friday, December 21, 2012

Study week - semester 3 BSBI


internet dan intranet... mengong sungguh kalu tak dapat internet,  laptop depan mata rasa macm benci nak tengk. ni memang penangan hebat kalu tak der internet. memang payah nak hidup. ! kenapa orang dulu boleh jer hidup tanpa internet? ye la sekarang kan dunia it, mana tak mengong nye. ok la we go to the straight point. minggu ni study week, aku tak nak post macm mana "hows to study" and so on. dah boring. so aku nak story study week aku macm mana. alkisah study week aku ni special sikit tak mcm orang lain. awal awal lagi aku dah siap prepare benda benda yang nak kne buat dalam tempoh study week tu ( seminggu ). so aku akan list down nota mana yang nak masuk dalam exam final nanti, lekat kat notis board tu,  lepas tu, biar dia dekat situ- nanti hari hari aku tengok, so aku akan teringat pasal study. ok balik kepada benda benda yang aku nak kene buat tadi, aku kumpul banyak movie dan running man, seluruh kaum kerabat cerita melayu, cina, siam, hindustand dan Korean..  pasal benda ni semua berguna time aku bosan nak haram  kalu takder internet.. bab nota, study semua tu  aku buat time aku ada mood, bukan ker sebelum ni aku ader kater, kalu nak study kena tunggu mood. (aku la). ya memang mcm tu lah aku. ada mood baru buleh study!. ( sejak azali lagi macm tu . nk buat macm mana kan). ok .. mood aku ni selalu nya datang tanpa di duga, kadangkadang tengah malam, kadangkadang, pagi dan kadangkadang tengahari.. apakah? so bila dah ada mood baru boleh study. memandangkan sem ni aku hanya ada 5 paper yang tough2 belaka, so aku harap mood aku ni mai awal la sikit. kalau teringin sangat nak hidup sekejap, ha tunggu la dekat exam baru study. ok.

 so tips aku hari ni. 

 1) study ni tak buleh paksa, nanti tak masuk kepala, tak hinggat dan tak paham - itu bukan study dah namanya. 
2) tetap kan matlamat, study ikut mana senang dulu, so bila dah study yang senang, outomatik akan ada mood u study subjek yang susah pulak
3) bekalkan susu atau minuman lain bersama snek yang berkhasiat , jaga kesihatan(jogging la petang2), memandang kan kelas pun dah habis. bila dah sihat senang nak study
4) jaga makan- jangan la makan melampau lampau, kang bila dah kenyang stadok pulak ( stadok- study sambil tdo)
5) jauhkan facebook semasa study- dekatkan google or note book ( google u bantu anda translate word yang anda tak paham)
6) solat cukup sempurna 5 waktu_ lagi bagus masa bangun study tengah2 malam tu, buat la solat sunat sekali. kalu buleh amalkan selalu jangan tunggu study week sajer..
7) banyak kan senyum, kurang kan marah - marah buleh stress
8) call emak atau sedara lebih kerap, so kiter boleh bual2 kalu ader problem n sharing somting
9) offline kan yahoo mesengger or skype dan online chating sebagainya.. - buang masa 
10) kalau dah bosan baru tengok movie yang anda kumpul _atau keluar la dari bilik anda..


ok selamat maju jaya,

Saturday, December 8, 2012

Miri Day Trip




Dear, I m so So Sory... mAaf la ya tak datang melawat beberpa minggu ni, BusY lo tambah tambah lagi dah nak hujung hujung sem ni, banyak benda nak kena submit. dan yang paling BENci nya, INTERNET ni sekarang dah start menaikan tekanan darah aku... Jangan harap nak online kalu mung tak bangun awal pagi.. so nak tak nak kena bangun awal .. ok malas nak merungut lagi 

semalam, BSBI students sem3 . ad g trip ke MIRI, memang best la, walaupun tak singgh BIntang Plaza ( salah satu de femous mall kat Miri)  kami still boleh terima.. ( pada hal dalam hati menyumpah, haha) Tapi tak pa, tujuan ke sana adalah untuk melawat ladang ternakan seperti ayam, lembu, kambing dan yang terexcited ladang BAbi pun pegi jugak.. dah nama pun student BSBI memang  biasa la kalu belajar bab bab macm ni, so sepanjang trip, ok jak tak dak yang pengsan atau yang menangis nak balik. trip kami bermula awal pagi, memandang kan Miri jauh nya kira kira 2 ke 3 jam dari Bintulu, so kami gerak awal, sampai sana terus ke ladang ternakan ayam. ( Borneo Farm) memang besar  sangat2,  sampai buleh eksport ke Sabah sana, huish BESAR..kalu tak salah dengar ada 6 plot. 1 plot ada 5 reban dan 1 reban ada 10,000 ayam.. ha.. memang besar la kan.banyak info yang kami dapat dari ladang ni, sistem yang diguna pun automatik. sangat efficient.. . lepas penat bertanya itu ini kat manager ayam tu, kami p ladang Babi yang juga terletak  di jalan yang sama, mungkin alamat sama tapi berlainan nombor kut.  memang xcited memandang kan kami ni memang jakun sebb tak penah pergi pun ladang mcm tu, n ada jugak yang tak penah tengak Babi pun.dekat ladang tu, kami kena jaga tingkah laku, jangan pegang pape, cuma bio kasut jer menjejak tanah..kang tak pasai2 kena samak.. so bila dah nampak Babi.. masing2 diam tak kata pa? ok fine.  di ladang tu, kami tak dapat banyak maklumat, aku sempat tulis nama ladang ngn  wape ekor Babi jer, dan ladang babi ni merupakan ladang yang terbesar di Miri.. yang selebihnya tak sempat aku  nak tanya sbb aku dah cabut keluar dari kandang tu. pengusaha dia of coz Chinese, so costmate aku yang sebahasa dengan nya boleh la borak2 sbb diorang cakap guna bahasa ibunda.. ladang memang bersih, bagus la. tapi yang orang sedia tau ladang babi ni kan selalu diorang buat jauh dari kampung n perumahan. yer la, ladang babi ni x mcm ternakan lain. bau dia memang x boleh tahan. (tu sebab aku cabut awal), Tapi sempat la jugak tengok piglets yang wona pink dengan hitam cokolat.. saw  ( babi betina besar) x dan nak tengok pun.dengar costmate aku cakap ada babi besar kat belakang kandang piglets yang dah cerai susu .. tak lama kami di situ,  matahari dah start tinggi, selesai kat ladang tu, kami terus ke destinasi lain, g ke laut untuk berjemur ( Miri sun bathing) pada jam 1 pm. (kalu tak salah).. haha.. selepas bersih kan diri n makan tengahari, kami bertolak ke destinasi ke 3 iaitu ladang lembu integrasi.. fuhh memang jauh. lebih kurang pukul 4 baru sampai.. tambah2 hujan pulak masa tu, sangat mencabar, lepas dengar penerangan dari pihak ladang, kami g tengok feedlot di tengah ladang k/sawit. tapi masa tu dah nak gelap. kalu tak salah pukul 5.45 macm tu ( sarawak kan awal gelap).. sampai sana lagi xcited dapat jumpa lembu yang besar dan kambing yang comel. comel sangat, bersih.. bau pun kurang.. aku sempat dukung anak kambing kat situ.. Comelll..tapi yang tak puas hatinya bukti tak der, gambar tak der, kesian kat aku. betol aku dukung anak kambing tu..=(.   lepas bubye kepada kambing dan lembu kami pun bertolak balik ke Bintulu lepas maghrib..  dan alhamdulillah sampai UPM dalam pukul 9 lebih.. hihi.. sangat seronok, tapi tak berapa nak puas hati sebb rasa macm sekejap sangat trip tu.. hu.. harap sem sem depan pergi lagi ok ! 
rombongan Dr Humrawali 
  Ladang Babi, aku rasa tak yah post la kan, x comel .. hihi 


Sunday, December 2, 2012

Font saize

TOCIE done oready, so we start speaking Malay Back ! haish

Kenapa aku guna font besar setiap kali pos?  pertama sekali, aku terus terang kat sini bahawa, aku ni bukan jenis mata  laser, font kecik ni aku tak minat sangat, tak nampak, payah nak baca, duk terhendap2 kat lappy mcm Jembom.. lepas tu, font kecik ni kurang daya tarikan, sebb bila jumlah perkataan yang di post pulak banyak, dengan font yang kecik, terus malas nak baca, except kalu orang tu hobi dia membaca, dia akan baca . !
pastu kalu kamu perasan, font kecik hanya digunakan untuk memaki dan menulis perkataan seperti mengutuk seseorang atau sebagainya. 
TAPI, ada jugak blog2 yang mengepost cerita dengan menggunakan font kecil, mungkin dia selesa kut.. tapi kalu aku memang terus kena tekan Ctrl + untuk besar kan font.. 
dalam erti kata lain,tulisan kecik ni memang susah nak baco.... biar beso beso jelas, tak pe, tok wan pun buleh baca kan... hihi..

Thursday, November 29, 2012

TOCIE



there are some speaking rules you need to know -(TOCIE groups take note yeah)

  1. Don't study grammar to much- if you want to pass examination, then study grammar, however, if you want to become fluent in English, then you should try to learn English without study the grammar. 
  2. Learn and study Phrases. - don't translate
  3. Reading and listening are not enough- practices speaking what you hear.
  4. Submerge Yourself- start speak English from now,  u will advanced in English when your surrounding is fully English. so start using English everywhere, or what ever u want to say..
  5. Study correct materials. - please search the internet, there lots of material that u can use to learn English especially speaking
 ok that all from me,  GOOD LUCK for those who take TOCIE dis weekend. 

Thursday, November 15, 2012

tolong! saya nak rumah baru

pagi yang rajin...... ham ham

rajin after malas.. ya, dah minggu lepas, aku malas, sekarang aku rajin la pulak.. ye. ape yang aku rajin ? hari ni aku rajin update blog, siap touch up blog siket.. blog aku ni, supe buruk beno, tak menarik langsung.. pasal nyer aku ni bukan latahu menahu bab make up ni semua.. masih budak2 yang tak sedar diri... haha...tapi kena ingat  (jangan pandang sesebuah buku berdasakan kulit jer, yang penting ec tu) ..
ok.. actually tadi aku ader g jumpe rakan2 blogger yang lain. fuhh, tengok rumah diorang cantik2 belaka, ada kondo, villa, banglo, parlimen.haishh. aku ni segan nak masuk, tapi tak per la dah pintu umah deorang bukak, so aku masuk la kejap.. memang cun la. cantik.. aku ader terpikir gak, umah aku ngn umah dorang berbeza sangat.! memang banyak , berganda ganda.. rumah aku, pakai plywood jer,tunggu masa nak roboh, tapi still kukuh lagi la, sebb ada tuan dia yang cun.. syukur.. 
so untuk sedapkan hati, aku rasa rumah kalau lawa sangat tapi ec tak best memang x bagus jugak kan.. so . aku memang kena  budget bagus ke dua dua la. umah bagus, ec bagus, tuan bagus.. eh jadi 3 plok 

so pasal renovate rumah, aku dah pikir, mungkin aku kena kumpul kudrat n klue dulu nak buat cam mana,  kalau ader disigner yang super hebat terbaca blog aku ni, nak mintak tulung la sat yer, NAK RENOVATE RUMAH...


p/s     Rumah = blog ku 
        
      

Monday, November 12, 2012

Jum CAbut Ubi

pagi yang malas... zzzzzzz 

Ya hujan pagi pagi lagi dah turun, best nyer tidur.. kalu kat umah lagi best, semua orang ader, hak tak pegi keje, tak g sekolah.. haha.. best giloo... lagi lagi kalau ada makanan yang teradisional.. ouh.. best.. ( masakan mak , sememang nya kat umah mak masak kalau aku malas).. 

kat kolej, Kalau hujan macm ni, x elok buat xsiment.. kenapa?? sebb nanti rugi, detik2 best time hujan ni sesuai untuk berangan jer. betul.. kalau nak berangan memang dah kene dah tu
cakap pasal mak aku tadi, selalunya kalau kat umah, musim hujan, semua duduk dalam umah (x kan nak duk lua kan ).. lepas tu mak mula selongkar dapur. keletang2 keletuk2 pastu siap, panggil aku buat air dan hidang apa yang mak masak, selalu mak buat bubur kacang, paling kureng pun mak buat cokodok.. sedap mkn panas2.. nikmat dia sampai menitis air liur aku duk menaip ni.. hmm.. 
makanan lain, kalau rase nak makan ubi kayu,  aku ler kena g cabut kat belakang umah sane, time2 hujan, kena redah g cabut ubi, dah lapo kan nak tak nak p la, Bapak aku pun bukan boleh main hujan sangat nanti sejuk.. ubi ni, kalau cabut time hujan senang, tapi kalau musim panas jenuh sondol memang payah. selalu kalau nak cabut ubi pakai cangkul dulu, bersihkan rumput sekeliling dier, pastu korek sikit, jangan sampai kene ubi. goyang2 kan pokok ubi, ( macm goyang kan gigi yang nak patah tu ) pastu baru cabut dengan kiraan 1 2 3.. cabut..! 

dan dapat lah ubi serupa bewok, sebesar peha adik kiter, semacam pocong pun ader, macm2 bentuk, dan tak lupa yang kurus2 dan panjang2

lepas cabut ubi, asingkan ubi dengan tanah2, pastu kene bersihkan,buang kulit... potong sederhana then REBUS sampai lembut.. lepas tu mesin nyok (parut nyok). nyok tu letak garam sikit ha, dah boleh cicah dengn ubi.. sedapp sampai boleh habis seperiuk. selepas tuh.. hahaha.. lawan sapu minyak angin.
so sape nak makan ubi tu pade2 la yer, ubi kayu ni angin boleh sebb kan kembung.. so.. selamat mencuba. hujan pun dah berenti... 



Saturday, November 10, 2012

Ayam & aku

- entry hari ini berbunyi agak seriyus
 " wahai kawan2 ku sekalian, ingat lah apa tujuan anda hidup di dunia ini"

Manusia lemah kerana :

  1. Wang
  2. Perempuan (bagi lelaki)
  3. Lelaki (bagi perempuan)

Ayam lemah kerana :
  1. Pisau 

Aku lemah kerana  ( Aku tu bukan manusia ker ?)
  1. Makanan
  2. Wang
  3. Lelaki ( mungkin, dah hensem sangat kan )
  4. Tidur
  5. JYJ - jaeejong     
Yer, hari ni aku nak cakap pasal perkataan LEMAH.. LEMAH ni, maksud dia lebih kurang LEMBIK la kut.. LEMBIK pulak Sinonim kepada lelaki yang menyerupai pompuan, tapi bagaimana pula ayam?  - susah nak jawab 
Hakiki nya, manusia boleh lemah kepada satu perkara iaitu NAFSU, daripada nafsu ni la yang membuatkan seseorang lemah. kerana nafsu badan binasa, ( buleh tera tu).. kalau ikut NAFSU semua benda dalam dunia ni kita nak kan. lelaki nak pompuan ( dan sebaliknya),   begitu juga dengan Wang, sape tak nak wang. aku pun. oleh sebab dunia sekarang ni tak lei hidup tanpa wang, semua orang kejar2 nak cari wang.. solat entah ke mane sbb cari wang.. ni la yang dikata kan LEMAH.. 
kalau pikir pikir balik, kalau tak der wang, hidup boleh jadi mcm ayam, kais pagi makan pagi, kais malam makan malam.  tapi ayam tak kisah kalau ada duet, janji dia dapat makan. 

kenapa aku asyik bandingkan ayam dengan manusia. wahai kawan sekali, ayam pun macm kau jugak,, nak makn, nak tido. tapi beza nya kau lemah kepada wang, tapi dia lemah kepada pisau. kau kalau x makan ayam memang tak sah, TAPI ayam ader ker nak makan kau..?

semua manusia dalam dunia ni ada kelemahan masing2, jangan duk ingat kita ni kuat sentiasa, oleh sebab kelemahan ni, kita saling memerlukan .. so aku harap yang Lemah tu boleh baiki diri sendiri, dan yang Kuat basa Hebat tu, buleh la tulung yang lemah. 

ok, ak akhiri post kali ni dengan ucapan selamat meraikan mid sem break!!  ( no class but still got xsiment- LOL)


p/s  - amali ladang aku hari ni adalah bertemakan AYAM. reban ayam, hatchery ayam, pusat pemprosesan ayam.  


Wednesday, November 7, 2012

Penentuan Umur

.. wwahai sahabat sekalian, kemarin aku baru belajar pasal bab penentuan umur bagi kambing berdasarkan gigi, dan report oun dah siap.
kenapa pulak?? oleh sebab kambing ni, ada yang tak dek surat beranak / identification card, so nak tentukan umur kambing supaya dia boleh kawen, kita boleh tengok melalui gigi.. Bagaimana pula manusia jika tidak ada surat beranak, IC, ataupun tak hinggat tahun biler dia lahir.. 
mungkin pakai logik tengok gigi jugak, tak pun tengok mata, muka, hidung.. err bilangan jari mungkin juga bilangan rambut.. ahhh acanne?? 
 haha.. susah bukan 

 kalau x der IC/ surat beranak ni payah kire jugak, nak masuk sekolah mcm mane, umo tak tau, takkan nak hambik upsr umo 10 thn kowt??? 

sedangkan pokok pun kiter ley tahu umur dia, inikan manusia.. haha.. 
sebenarnya aku sendiri tak tahu mcm mana nak tahu umo manusia ni.. mungkin buleh hagak2 la kut kan, tengok pertumbuhan janggut / misai bagi lelaki, dan yang pompuan pertumbuhan tissu or lemak yang lebih or kehadiran period ( maybe). dan pemikiran seseorang.. ye ker?? ENTAH!!

umo ni penting jugak yer , nak buat kawen, nak tentukan kelas kat sekolah, nak cari pasangan ( oouhh tak kan nak pasangan muda 20 tahun pada kiter yer dok- kalau dah jodoh nak wat gena)..  dan yang paling penting nak tahu TARIKH LAHIR.. yerr  itu yang peting... tarikh lahir beserta tahun. kalau tak tahu macm mana nak celebrated birthday, macm mana nak tulis kat facebook esok birthday aku..?? macm mana?? 

yer sekali lagi aku tegaskan kat sini, ketahui lah umur dan tarikh birthday anda, kerana ia membawa kesenangan dan kemudahan anda untuk mendapat pasangan, hadiah hari jadi dan seumpamanya.. 

8 NOVEMBER  - MY BIRTHDAY.. haa.. sek bek hinggat birthday sendiri, wish la sendiri, beli hadiah kat diri sendiri, potong kek sendiri..

Sunday, November 4, 2012

Kalau tak Duduk kat Bintulu ni, agak2 aku duk mana?e


Yezaahh.. Tankiu kepada intenet yang super duper hebat dan kebusy-ian  yang tak sangat. so ad banyak masa boleh dihabiskan depan muka tembok ni? err muka tembok.. whathever lahh.. 

ok jum lumpat terus ke tajuk aku hari ni.. Kalau ak x duduk kat Bintulu Busan ni, agak2 aku duk mane? 

a) rumah mentua
b) kerja kilang
c) duduk rumah tanam jagung 
d) kerja dengan Mak Pah buat kue
e) Tak ade satu pun yang betul

=

Jawapan dia e, aku rasa x dak satu pun yang betul kat atas tu, tapi yang jawapan nombot c tu ada kemungkinan siring2 sikit. ha.. Kalau x sambung belaja kat Busan (near moog Ji house) ni, aku rasa memang aku jadi munyet duk kat Umah kawan ngn "abang". haha.. tak berkembang. duk rumah jadi suri rumah.. makan + tidow = GEMUKK.. 

tak pun

 aku kena kawen, kawen ngn sape kalau bukan kawen ngn anak teruna yang menyepah kat kawasan kampung.. oppsoryy.. x dak niat pun nak cakap lagu tu.. TERR.. 
bab kawen ni, aku rasa aku jer chewi (nak tau tanya orang kedah) tapi tak kan belaku pun, tengok ahh.. Kakak aku pun still belajo lagi, takkan aku nak langkah bendul pulak, lagipun mana la ada orang taruh perasaan kat aku ni, dah ler muke pun x cumil, suara nyaring kalah hangtu, - haishh pa cakap macm tu..

 tapi tu semua orang tak tau. yang sebenar dan hakikatnya aku ni CANTIK gak nak baq hang. 10x tengok baru boleh perasan rasia keCUn nan aku nihh.. 

( sah kalau mak cik muda baca dia gelak kat aku).... ahh sebuk jer mak cik TUh.. 

whathever la.. 

ok sambung balik. kalau aku tak  sambung study  aku akan rugi mende mende macm ni:

1- penangan RINDU duduk jauh dari rumah
2- Happy dan bahagianya belanja DUET sendiri
3- Telampau SYOK kawan ngn Lembu, MAK CIK MUDA, kambing dan DR HUmra
4- MAKAN stemboat - makanan rasmi okeh
5- Nikmat TOP UP  sekali seploh hinggit (kalau kat rumah, tige hinggit belum tentu nak TOP UP)
6- TIDO lebih dari kebiasaanya_ tu kalau x der kerja sangat lah
7- keluar beramai ramai ke FARLEY VELLY & PARKCITY MALLLDIVES
8-Kenangan BALIK BERSAMA naik kapatebang- WITH MONEY, EVERYONE CAN FLY
9- habiskan masa dgn MAADUU.COM berjam jam..
10- Nikmat Naik bukiT BIOPARK.. uooohh UPMKB ....( Uni Putra Malays Busan Camp , South Korea u ouls) .. thousand of love n memories.. 
















10

9

8

7

6

5

4

3

2

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.NAHH !!





Friday, November 2, 2012

Kuceng Bintulu Vs Kucing Kedah







VS
















kenape tetiba entry kali ni macm ni ..???  first pic kat atas tu  My beloved "abang", dan yang kat bawah kaki si Linda tu Kuceng Hatchery ( kolam ikang upmkb).. ada beza dak kuceng2 ni.. ??
of coz ler, meh kter tengok ..

"Abang"
  • Berbulu oren, Tegap, sasa dan peramah ( sometime),
  • Nama mengikut surat beranak,  Ayen G tapi digelar "abang cik" di rumah 
  • umur  2 tahun genap pada July yang lalu
  • memiliki saudara bernama Ruben. ruben dipelihara oleh kakak empunya belog ni.
  • Memiliki paras rupa yang tak kurang comel mcm tuan dia, ( ahemmm)
  • Merupakan Kuceng pertama yang terKacak di antara kuceng2 lain di sekitar Kampung nya
  • Hobi- main sembunyi2, dan akan muncul setelah dipanggil 
  • Ada masa menjadi terlebih nakal bila dibawa berjalan2.
  • Makanan febret ikan rebus ngn nasi puteh, berkuah ( masak pindang febret ) + supplement + ikan segar dari market as a present from Tuan rumah
  • Berat badan around 3 kg >
  • Sering menarik perhatian tetamu yang datang ke rumah- disebbkan rupa paras
  • Mandi setiap hari Jumaat, seminggu sekali.. ( tapi kalau tuan tak der kat rumah, mungkin boleh jadi sebulan sekali ) .. huh
  • Belum di Kembiri kerana kasihan
  • Waktu tidur, selepas isyaq,  ( dah diasuh, masuk bilik tidur sendiri, bilik tuan dia) 
  • Bangun awal, subuh u mengejutkan seluruh isi rumah
  • Teknik  yang ditunjukkan bila nak berak.. terus berlari seskuat hati menuju ke "medan"  dan tengok kiri kanan, tak der orang baru "berjuang"/ hahaha.. kantoii

"kuceng Hatchery"
  • Berbulu kasar dan keras seperti tertera, bewarna kelabu
  • Nama tak diketahui kerana tak der kad pengenalan diri mahupun surat beranak
  • Memiliki ahli keluarga sendiri, semuanya sama warna.. 
  • Tinggal di hatchery untuk memudahkan mendapat bekalan makanan
  • Tak payah susah2 nak mandi, sebb hatchery banyak air, bila2 saja boleh terjun
  • Hobi- lebih suka menangkap belalang, katak, apa apa sahaja haiwan kecil sebagai mangsa samada mainan @ santapan
  • Dijaga oleh pekerja2 Hatchery yang datang saban hari u memberi ikan2 makan
  • Dijamu ikan Fresh dari kolam sebagai menu utama, dan mungkin itu febret dia
  • Waktu tidur, mungkin sama seperti abang.. malam la kut
  • Tempat tidur, tang mana yang sesuai, mungkin dalam akuarium yang tak ber ikan
  • Tempat pembuangan hajat, boleh jadi dimana mana yang disuka.. 
  • Berat badan bergantung kepada pemakanan.. KPM mungkin sentiasa berubah seperti ikan.
  • Menjadi hiburan kepada tetamu yang majoriti nya students2 pompuan upmkb..  





ok, memang banyak perbandingan yang boleh kita lihat mahupun dipikir, kucing dirumah, dengan kucing di jalanan tak sama,  begitu juga "abang" aku dengan kuceng hatchery,berbeza dari segi taraf hidup. sama lah macm manusia jalanan dan manusia yang memiliki rumah.. tapi kalau diikut kan sekarang ramai saja manusia yang pada awalnya menetap di rumah lebih suka menetap di jalanan.. Awat nya cik Ayy.. ??  pikiaq sindiri - haha














Thursday, November 1, 2012

Belanja Kawen

Saudara dan saudari sekalian... bahawasanya mulai tahun depan dan depan lagi, statistik mengatakan bahawa belanja kawen akan terus meningkat sehingga infinity.  so sapa sapa yang tak kawen lagi tu kawen la lekas.. kang dah banyak belanja saper susah.. 

 macam mana boleh jadi ???

* Ya terima kasih sebb bertanya. xtually aku pun tak tau la mcm mana buleh jadi, tapi rasa2 aku, mungkin sebb harga pasaran anak dara sekarang dah mahal kut,  nak pulak golongan anak teruna yang sikit. ..( 1: 10) boleh tera tu..?? 

 * sebb lain.. kelulusan.. paling kurang, anak dara sekarang diploma.  kot bangga sangat mak dia letak 8K, kalau degree (dua kali ganda)= 16K ... ha tudia. mau nya master phd ..?? naya

* lain2 sebb... anak teruna sekrang kerjanya x berapa nak bagus, so eko tak stabil, nak sara mak dia lagi, mak kita lagi.. dengn kite sekali.. ha macm mana??

* sebab2 lain2...Mak kite yang lebih2, mintak tu mintak ni, nak pulak kalau langkah bendul, semua nak.. pokai si teruna cikk ayy.. teruk x?? 

oleh itu saudara saudari sekalian, kalau nak kawen tu, kena rancng baik2, rancang eko, rancang anak, rancang keluarga.. 

p/s tahniah ramai kawan aku dah mendirikan rumah tangga sebelum belanja kawen naik,, tinggal aku jer tertunggu si kumbang masuk meminang.. haha. . 

kumbang bunga kumbang penunggu,
         mati seekor dimakan pianggang
sudah lama aku menunggu
        menunggu diri mu masuk meminang..

setelah sekian lama...

 Ampun Tuan, beribu ribu ampun, ampunkan patik, sebb membiarkan Tuan tidak bertuan. Patik rela di hukum kerana lama tak menjengah Tuan.. Tuan.. Sory !

hi hi ( sengih )... Tuan.. Choii.. Cikk ayy.. sori na lama x mai sini.. seingat last post minggu ke 4 hari tu, dan sekarang minggu ke  er er 6 ke 7 tak tau.. lebih kurang la.. dulu cakap awal2 sem, intenet slow.nk dijadikan cerita, terus lepas tu intenet laju sangat sampai x dan nak mai sini sbb duk ralit tengok cerita korea online dekat Maaduu. com..  haha... manusia memang pandai bercakap yer.. dalam intenet duk laju tu, ada jugak cerita lain. xsiment yang sikit2, kelas yang sat ada sat tak dak,  err g kolam. masuk hutan. macang2 la... ( kadang2 sampai lupa nak call mak, Haishhh ).. 
* minggu ni, x banyak xtiviti, biasanya hujung minggu kena p kolam, bagi ikan makan.. lepas tu singgah hambik rambutan kat taman buah buahan nadir sebelah kolam tu, dah penuh bagpack baru balik, lepas tu berjamu kat bilik.. ( untung sekarang musim rambutan) dapat la jugak merasa yer.. nak pulak budak2 dip tengah cuti sekrang, hidup kat kolej pun asyik2 tengok muka yang sama. gerrr..

 ( masa ni first time g hambik rambutan,  masuk  minggu ni, dah 3 kali g hambikk.. haha )


* Xtiviti lain... hmm sekrng tengah jaga dua ekor kucheng, Angel & Doll'e.. menatang peliharaan si Adreanna (Ady).. dia tak da kat bintulu 2 minggu, so aku kene jaga anak'2 dia ni.. dah nasib kawan baik kan..

* Lgi dua minggu mid sem break.. tak plan g mane2 pun sebb tengah berjimat, ingat x nak mintak duet pok ngn mok lagi dohh sem ni.. huhu.. ( anak sapa lani).. lagi pun lec yang baik hati dah siap bagi tugasan yang enak2 belaka, so tak yah g mana duk  kolej.. xtually, kawasan upmkb ni pun ada banyk tempat yang boleh p, macm air terjun setitik yang scary, kolam ikan pateng ang dan tilapia, pokok rambutan yang tengah meranum, err ldang yang luas terbentang, & kalau boring buleh g tengok lembu Brahman yang putih2 tu.. ermm lepas tu, kalau x der kerja ley lepak kat kolam air kat blakang kolej nun.. ha  banyak lagi kalau nak habaq kat sini mau 2 juta words.. 

* jadual finall xzam macm dah keluar, tapi tiket tak beli lagi.. lagipung sekrang tengah mahal Tapi yang aku pelik , tiket everyone can fly p obersea murah la pulak.. Haii. perli ker, aku duk dalam negara ni cikk ayy.. Ohh Dunia Dunia.. 

* sem ni.. banyak gak masa dihabiskan di lab, atas sebb projek kecil2lan yang diusahakan oleh lec n kakak2 master so, secara tidak langsung nya kami pun terlibat sama bagi menjayakan projek tersebut.. dan yang best nya, satu hari yang free terpaksa dikorbankan u menjayakan projek tersebut.. 

* Yang lain. .. oh ya, minggu lepas kan Raya korban.. so kamik semua korban kat sini saja, sebb malam  first korban  tu ada test Lembu ( livestock production).. so nak tak nak, lepas majlis awal pagi tu,  study la sikit2 .. dan Alhamdulillah, berkat korban, semua nya all is well..  

* Tudia berjela ayat, mentang ler lama dah tak menulis, ingatkan tamau stop.. haha. k la, aku takut satgi aku serabut plak duk kat sini lama2. esok kalau rajin n intenet gila hebat aku singgah lagi ye. Ok wassalam..

p/s err hary hary lab u ouls,, 


Saturday, September 29, 2012

Hye, 

Selamat berhujung minggu, Sory lame membiarkan blog ni tak bertuan, bukan apa, tuan yang satu ni pun tak menang tangan, memandangkan keja yang sentiasa tak penah menyurut.. Nak tipu pun berpada la kan... HaHa..  Kalau awal sem memang macm ni, Line internet mengalahkan siput. so nak buat mcm mana tepaksa la Tahaq sat.. Ni pun asyik kena refresh. Haiss... 
Minggu ni dah Minggu 4 untuk sem ni, cepat jugak masa bejalan yerk. minggu depan dah first test, oHh my,  actuallyy banyak benda nak di sembang, tapi tu la... macm duk kata tadi...  

ni cerita nyer sepanjang 4 minggu kat sini.

.
1) Aku rindu sangat dekat makhluk kat atas ni.. hmmmm.... 3 bulan lebih duk makan ngn dia,




Sunday, September 9, 2012

bila dah balik..

yeahh,.. bila dah balik lagu ni la jadinya, TAK SYOK< TAK BEST< TAK TAU<TAK MAU.. NAK BALIK.. ha ni la ayat2 yang selalu sangat dul lam kepala hotak i ni.. haishh... harap2 ayat2 ni belah cepat2. aku dah x laghat nak melawan perasaaa... eh asal emo lak ni ..

hai salam semua, salam hari raya maaf zahir batin kepada semua yang duk lalu kut highway ni, bukan pa, yang tas tu teremo sikit yer la, baru dua hari ada kat Bintulu ni. tu yang ter ter sikit... nak buat cam mana, cuti dua bulan lebih tak cukup lagi.. sekarang dah masuk sem baru, Tahun dua suda.. yeaa ada lagi setahun lebih nak habis mengaji.. fuhhh... nak perabih satu satu pun susah sangat aih... dah masuk sem baru so, kena la ada azam baru kan.. azam sem lepas nak dapat dean, tapi tuihhhh... tak nampak dean langsung aihh.... padan muka kat diri sendiri sebb banyak main sangt. so tahun ni, bukan nak target dean lagi dah.. kamek nak  target 3.5 and above,, buleh kowt.....

insyaallah .. buleh letu...

ok la times up.. memang jeles betul, esok minggu pertama untuk sem ni, kelas first kena masuk awal sikit. so cau cin cau... gua tidoorr dulooo.. wassalam..


 

Monday, June 18, 2012

Finall Exam 1

OO YEAHH.. i m back, dah seminggu tak post, hehe, x perasan finall exam dah tinggal lagi dua paper n tinggal lagi 6 hari nak sampai rumahh.. oohh tak sabar!! 
minggu lepas dan hari ni, merupakan paper exam yang agak mengkilerkan, sebb ape kate killer, ikut tu semua paper ku rasa killer.. * main dengan x study betol2 memang killer ler jadinya.. ahah!! - jangan buat lagi lepas ni ... 
yang kurasa susah setakat ni, mmm chemistry kut.. yer bukan lagi kut memang dia.. chemistry agak menyesakkan aku, entah macm mana la hasilnyer nanti.. harap2 OK la jugak.. sob sob =( .. 

minggu ni minggu terakhir aku kat UPMKB, minggu terakhir kat Bintulu, dan minggu terakhir kat Sarawak, ohh yea.. sound so sad sehh..  entah nape la pulok  hati ni duk sedih nak tinggeikan sini, tapi mulut duk kata nak balik... haishh hati ngn mulut kalau x sehaluan mcm ni la jadinyer, 

Adik adik aku ( my junior).. aspecially yang sem 5 sekarang ni, sem depan aku dah tak jumpe diorang haishh.. ( ni ler yang buat sedih nyer ).. tu la susah kalau cuti dak degree x sama ngn  dak diploma nih... sure aku rindu gilo ngn deme.. yaaaaaahh .. * sedih 

p/s 
sambung besok2 plk, sedih sangat nak cakappun... herrrr haqu!


Saturday, June 9, 2012

morning wth pororo

Yeoboseyo.......


study week bakal berakhir, besok dah masuk minggu exam.. syabas kerana berjaya menghabiskan study week dengan perkara2 yang tidak berfaedah.. SYABAS.. yeahh... 

today news # 

yeahh.. selepas subuh pagi tadi aku tak tidor, walaupun hujan kat luaq menyuruh aku tidoorr.. ya, aku percaya yang rezeki akan masuk kalau kita tak sambung tdur lepas subuh.. so.. dengan secawan nesvita, ku buka nota KIMIA. buat dua kerat exercises ..................... pas tu mengantok melanda, klik pok klik pok, bukak running man pulak, part Last episod for JONGKI saraghae  in running man.. sedihhh gilerr babun.... n dat part is the best one, yeahh... hope nanti JONGKI  boleh joint balik R... ya begitu la starting study aku dengan running man, and until now, study aku ter STUCK kat situ, walaupun note bersepah atas meje, atas katil menyeru u dibaca.... TAPI.. sekarang dah nak masuk tengahari,,, haishhh.... cuaca kat luar mengibaratkan aku  mcm stay kat BIntulu Higlands, full dengan wap2 air n KaBUs    Apakah? ..

Thursday, June 7, 2012

ishhh....

Aku rasa ni kut tajuk yang sesuai untuk belog melampau ak nihh.. hahaha.. * dah 5 kali tuko name
Kak Naz, memang ini jer yang layak orang panggil kat aku.. * mengaku tua.. 
sekarang letak jer nama pendek, nanti bila dah tuko status baru letak Kak Naz n Abang Naz, hhahahaha.. * merapu lagi 

ok, masuk topic untuk hari ni, fiuuhhh.. tinggal lagi 3 hari nak finall examm weii.. tapi dalam kepala, hati perut aku nih masih belum ada sebijik maklumat pun yang aku  bca. damm.... mampuihh.... 
* pas dapat result nanti kompem aku kata tak cukup masa ulangkaji.. ghahahaha.. bodoo..

ok. minggu ni nak habaq mai, minggu budak baru masuk.. iyerrr.. suasana upmkb meme lain macm.. tukar 50 percent kot... haishhhh... sampai hari ni, masih ramai lagi budak yang masuk mendaftar. * teringat plak masa mula2 masuk duloo.. tapi la ni, budak2 ni advanced, depa mai bawak satu family... almaklum ler cuti sekolah kan..aku tengok upm ni dah macm hari keluarga suda, ramai ngn family.. yer la sedih la sangat.....

oppss cukup ler, aku tak lei tulis lama2 kat sini lagho... haha.. byee.. 

p/s 
nak menghapai Irradiation, IPM, and chemistry.... exammmmMMMm ooooo SICKKKK

Monday, June 4, 2012

orang gaji

kes tak der orang gaji memang menjadi satu masaalah kat tempat kita ni, hagak2, sebb ramai yang sebuk sbb tu nak hambik org gaji kan, makan terjaga umah terjaga, anak2 pun terjaga.. bagi orang yang hidup kat bandar ofcoz la, deme mikio mcm tu, dah hari2 g keja kan, x der sape nak tengok umah.. acheii.. bagi aku, Aku la, orang lain aku tak tau la, bab orang umah gaji ni.. bagi aku lakan, x dak pun tak pa.. pasaii pa?? 


* orang gaji ni, kita kena upah.. so of coz ada keluarang duit berlaku kat situ
* kesian kat anak2 kita, org gaji ja duk dodoi depa, dari kecik sampai beso dok ngn orang gaji, ANAK SAPA la tu.
* kesian laki kita, balik keja org gaji yang, tuang ayaq,  dah tu kena plk mkn masakan air tangan orang gaji- hai laki kita ni kawen ngn sapa sebenonyer..? 




Tapi nak buat macam mana wei, kehidupan sekarang ni yang menyebabkan kita kena hambik orang gaji 


* laki bini keja 8-5
* rumah telampo besoow
* anak x dak orang nak tengok, makan , pakai
* balikkeja penat, sapa nak masak ? makan kedai ? ajinamoto banyak cikk oii
* Gaji aku lebih pada cukup nak mengaji 5 orang pun boleh.. Tudiaaa
* kalau bini tak keja, belanja anak tak cukup, hmm


cara nak atasi 


* bini tok sah la keja, x wajib pun nak keja, jaga makan pakai anak laki suda
* kita kan digalakkan hidup bersederhana, so umah tak yah besaw besaw, so x la penat nak ngemaih.. 




p/s 
sekarang ni kalu sebut orang gaji ja, mesti mai dari indon.. payah kut nak dengaq orang gaji sebangsa sendiri.. haishh,, pada hal, melambak orang kita yang tak dak keja..Jangan duk memilih sangat la keja tu cik oii. hang grad ijazah ka, master phd or so ever, sementara nak dapat kejo besow tu elok elok la mendekatkan diri dngn keja keja umah dulu, semua tu basic2 saje , n banyak juga advantages yang blei dapat kat situ.. ok. lepas ni sila isi borang u jadi orang gaji dulu, sementara nak keja beso.. tuju khas u kaum hawa... 
so jimat, tak yah pakai warga asing lagi yang menyebabkan kita hilang harta benda seperti anak, laki dan barang berharga. okeshh.. caw_

Saturday, June 2, 2012

budget

aku memang tak penah puas hati betol la dengn tajuk blog aku ni, macam budget skema habis, tak der yang menarik ker... perasan tak ni dah wapa kali aku tuko..?? ehmm.. sape ader idea meh bagi sikit.... 

ni hah time nak mula study jer, ada jer benda lain yang nak buat, baru nak bukak note g bukak blog pulak, nak tutup laptop, dah NOTE ade dalam nih, nak PRINT , ink habis pulak.. haishh... gerr...

baru terpikir banyak betul yang boleh dipost kat blog ni, idea tengah bercambah, hujan kan tadi so, tahu la bila dah hujan tu asyik mikio panjang, merenung panjang.. tahuu ler tu.. 

p/ s 

saja mai tulis, janji puas hati so nak start study duluh.. k .. love u oppa.. (*x dak kena mengena)