Friday, October 29, 2010

swimming ~

Semenjak dah boleh / pandei berenang ni ( sikit2 la, sekadar nak menyelamatkan diri) memang keja nak p berenang ja.. huhu.. asai ada masa lapang or tension day, memang zira akan g pool .. Kat Bintulu ni, mana lagi kan.. tu la, Kolam Renang BDA kat Dewan Suarah Bintulu.. huhu.. masa belajar renang pun kat situ la.. cikgu2 pun yang memang duk mengajar di situ.. ingat lagi dulu.. ambik renang awal januari hari tu.. memang kami ni buta renang la.. nak g masuk air lam tempat dalam paras pinggang pun dah kecut perut.. huhu..( actually Dip Pertanian ni x der la kena ambik renang).. subjek renang ni dia elektif ja, subjek tambahan .. masa januari ( sem lepas )hari tu, kebetulan kredit subjek sem tu pun sikit.. so tambah la 1 kredit subjek renang, sekali ngn budak2 Bachelor .. huhu.. .. semua pakat tak pandai berenang lagi masa tu.. so apa lagi, main terjah la.. punya la exited nak berenang tepakso membakar kulit dan membakar duet dekat 200 untuk beli swimming suit yang mahal gilak kat sini.. hummm … macm2.. bila dah start kelas mula2 sekali, memang sikit teruk sebab masing2 semua dah la tak reti berenang, pastu nak kena pantau sedia ( takuit lemas ) huhu.. so cikgu2 ni bahagi la kami ni ( entah berapa orang mengikut kumpulan ).. senang sikit.. masa ni belaja kat tempat cetek dulu la, ( cetek pun paras dada bagi cik G ) cik G punya tinggi 153 cm.. huhu..
Masa mula belajar tu pun, hmmm macm nak tak nak ja, sebab masing2 perlu ada keberanian, cikgu dok kata kita jangan takut air.. huhu.. tak takut gena dalang ( dalam ) cek oii.. huhuhu..haha… masa mula2 dulu, payah gak la, tapi semua berubah atas usaha dan keberanian sendiri.. huhu.. happy ku dengan pencapaian ku, daripada tempat cetek ke tempat dalam.. hmmm.. gaya renang yang kami belaja yang basic ja mcm Free style, kuak dada, menyelam dan last berenag + menyelam dan ambik objek kat dasar.. fuhh.. Alhamdulillah masa belajar renang ni, banyak cikgu yang tunjuk ajar, terima kaseh cikgu.. dan terima kaseh gak sebb menyelamat kan diriku masa hampir lemas ( time mula belaja), padahal cetek jer.. hapus pala oo … hmmm.. x tau la.. bukan pa, lemas ni terjadi kalau kita duk ghalit, pastu duk jadi panic tak tahwang, ha gitu la… hak tak pane renang memang la automatik akan lemas, tapi hak dok belajaq ni, perlu gak pane control semua tu, pernafasam penting, dan daya untuk terapung kena ada.. satu g yang ku nak kongsi kat sini.. cikgu ku kata la.. orang yang berbadan besar la yang senang timbul, berbanding dengan yang berbadang saiz m or s .. hmmm .. pasai nya.. maybe hampa pun dapat pikio kut no… pelampung banyak tu.. huhu…hak bagei ku ni, mula2 belajar renang ei memang koi nak tenggelam. Tapi bila dah buleh sikit, keja terapung ja la buat gena pun.. huhu.. emmm masa kami belaja tu rasanya dalam tempoh 3 bulan, seminggu sekali kelas renang bersamaan 3 jam dalam air.. (>_____<).. mula mula dulu kelas, kamu nak tau pukui wapa? Haha.. start kul 10 habis kul 1 tengahri… kami ni memang tak napok rupa, dengan kesan gogle nya, muka hitam licin bekilat.. haha.. bukan tak pakai sunblock, tapi tak thu la.. rasa hak paling sesuai la sunblock yang kami pakai tu.. duk hitam gutu gak.. g kelas asyik duk kena peril, nak pakai tudung hak warna cerah pun risau ngabih.. huhu.. lepas seketika waktu. Cikgu renang tukar time p ke waktu malam lak, nasib lal kami,, huhu.. tp hak hitam tu, uhh payah nak hilang oh. Sapei ku balik cuti sem kat umah pun dok da lagi.. ish22.. malam plk, dari kui 8 sampai kul 10 jer.. hermmm sejuk ni tatau nak kata la.. sek bek ayaq kolam tu suam2… huhu.. kami test final pun malam gak.. memang best la berenang malam.. rasa macm tenang ja.. huhu….( padahal x elok renang malm2 ni ).. ~
Selepas beberapa bulan,kami semua dah diajar dengan semua jenis renang, ada la plak trial, masa tu memang kejam gak la, ku masih tak mampu untuk berenang free style, walau sejauh 5 meter pun ku dah hop hap.. haha, cungap la tu … memang masa trial tu ku tak leh lepas la free style tu, kesian kat ku, ada jugak member lain yang tak lepas.. hmmm pastu ku kata kat diriku, cik G kamu kena usaha lebih, jangan putus asa huhu.. lepas ja trial ku datang buat kelas sendiri time awam … kui 4 petang lepas asar tu ku datang la.. dekat nak finall.. mlm final, petang tu ku datang gak, memperbaiki free style ku,, fuh fuh… ajaib, tetiba ja ku buleh berenang gaya bebas tu.. haha.. bangga nya aku.. saat2 akhir tu beb.. ku doakan semoga malm buleh buat.. ingat rileks, calm.. & Allah always with u “ tu la ayat yang ku kata pada diri ku hari itu” huhu… best kan.. tiba kemuncak malm finall memang ku tawakal habis habisan.. alhamdulillah dapat lepas semua.. Allah with me.. x der nya ku terlebih takut.. ( malam tu siap ku buat bubur lagi ) muhahaha.. kawan2 ku tengok ku rileks ja, depa lain, pergh nebes pa semua ada.. saat nama ku dipanggil untuk buat ujian, line yang ku dapat line 2.. uh.. x la jauh sangat dari tepi.. tu la.. start ja siren bunyi, ku niat.. semuanya akan baik.. tarik nafas and go.. huhu.. akhirnya sampai penamat untuk 50 meter.. jauh gak tu beb.. huhu..
free style, kuak dada 50 m.. menyelam, dapat la jugak kat ku 5 line.( padahal perlu cecah hingga 4 line saja). Alhamdulillah menyelam ni, memang ku dapat “tangkap” awai lagi.. huhu.. sebb bdan ku ni keja nak tenggelam so, menyelam tu mudah ja bagi ku.. huhu.. mlm tu semua kawan ku dpat lepas.. huhu.. best nyer.. dah pandai berenang huhu..
pastu pesanan akhir cikgu.. “ tahniah kamu semua dah Berjaya sampai ke tahap kebolehan untuk berenang, dan saya harap, kamu takkan lupa, sesungguhnya ia penting dalam hidup kamu semua, dan satu pesanan saya kebiasaanya saya akan pesan kepada semua pelajar, kalau kamu dah pandai berenang kamu x boleh sewenang wenangnya, pergi menyelamatkan rakan/ kawan mu yang lemas JIKA kamu tak mampu untuk selamatkan”.. jangan ambil langkah mudah..
tu la pesanan cikgu yang ku hinggat sampai la ( sekarang ).. Alhamdulillah sesungguh nya usaha itu akan membuah kan hasil dan kepercayaan kepada Nya harus ada u elakkan kita dari give up and so on.. huhu.. bye~

p/s   pic x leh nak letak pasai, berkeadaan swimming suite tak elok  dipandang.. muhehe.. seksis

• Now I LIKE swimming, buleh hilangkan tension, rileks and mendatangkan keceriaan.. air, bukan setakat diminum, bahkah direnang di dalam nya haha.~

Sayang nak Tinggei Kamu ~

Sayang nya nak tinggalkan budak2 ni.. huhu.. nanti teringat plk Cik G kat depa. Tapi nak buat gena kan.. huhu.. perjuangan mesti diteruskan, walau baik sekali mana pun, zira terpaksa pergi.. bye2 u oulz, kalau ada jodoh kita jumpa lagi, di Serdang maybe tak pun, nanti kalau terselisih bau kat pasaraya di semenanjung tegur2 la kak naz yer.. kak naz nak tegur tu pun kena maksure dulu, sebab kak naz ni bukan jenih kepala otak ingat sangat muka orang kalau dah lama.. huhu.. ( makan kepala semut kali ) huhu.. kepada budak2 comei buat leklok Finall ni, kak naz percaya kamu semua buleh buat, dan hinggat lah kenangan manis kita bersama ( chewahh ) huhu.. jangan sedih2, dan jangan nakal.. setiap pertemuan memang akn ada perpisahan walaudimana kita berada, kak naz ( depa pangei cik G kak naz ) harap kamu semua boleh habiskan Diploma dengan sebaik baiknya tanpa halangan, dan yang penting, hidup mesti mau ceria ya, jangan ingat nak balik jer.. huhu.. sifat nak balik tu semadi dulu kejap lam poket, pastu bila dah time balik, balik la puas2.. huhu.. cuti2 hak mana dok dekat2 tu buleh la berhubung huhu… kak naz rasa pengalaman masa diploma ini lah akan mengajar kita erti sebenar kehidupan di university, kehidupan jauh dari family ( tambah2 kita yang memang sedia jauh beribu batu dari famly ).. dan untuk yang tu jangan sedih2.. memang nanti akan menjadi suatu kebiasaan kita untuk meninggalkan family ( buat seketika)..memang macam ni.. kita pun dah meningkat dewasa.. huhu (>___<) jangan pula terlalu seronokkan dunia, sehingga akhirat terabai, dan yang penting sekali, ingat TUJUAN KITA DATANG huhuuh… ingat balik masa korang dihantar o parents korang, dah beribu habis untuk kita semata2 nak bagi kita belajar kat sini, selesa macm orang lain ( cehhh meleter la plak).. Kak Naz bukan nak meleter Cuma nak mengingatkan, kepada adik2 akak yang membaca terutamanya Junior DKP ( kejuteraan Pertanian ) dan keluarga ( dip Hutan )… huhu.. kamu semua sangat comel di mata kak naz huhu.. ( sebaya ngn adik kak naz kut ) huhu… its ok la kan… Tuhan dah berikan rezeki kita kat sini, so gunakanlah rezeki itu sebaiknya…
*Pape hal nak Tanya khabar kak naz, follow la akak kat blog ni, (untuk kehidupan seterusnya..) =p

Wednesday, October 27, 2010

aNnoUnCemEnt 2

Jika anda mengalami kesukaran untuk mengkomen kat blog Cik Girah, sila bagitau admin ( me) di facebook, or dimana2  kita selisih, ini berkemungkinan daripada setting comment yang mungkin ada sedikit problem.. (>___<). terima kaseh .. kerjasama anda semua amat dihargai..

GoooD MooWningG

Pagi ini, masa tersedar jam dah kul 5.45..kelipok kelipok, pukul 6 .05 baru bangun terhuyung hayang g Bilik Air, ambik wuduk.. fuhh.. sejukk... bestnya suasana pagi ni.. mungkin pagi tadi hujan sebb tengok lonkang basah2 ngn air.. huhu.. sejuk arghh... { bestnya  (>______<) }.. lepas solat, mcm besa ingat nak tdow balik, tapi, mata ni macm x nak lelap jap, so celapak bangun on laptop, rasanya pagi ni nak kemas la sikit2, lepas tu nak post.. Bukak tingkap luas2 kasi angin pagi masuk lam bilik suam2 kuku ini.. hahaha.... hermmm dalam diigin sejuk pagi ni, teringat angin pagi kat umah, ( my Umbrella Hills). dulu waktu ni la dok bangun nak g sekolah.. fuhh.. sejuk Ooo.. bangun kui 6.. hmmm tu pun mak yang kejutkan, ( kalau kat sini sapa nak kejutkan cek oii ), kalau lambat padang muka mung la hahaha.... lepas mak kejut tu pun puas mak nak kejutkan liat nak bangun tarik lagi ada selimut tu, sek bek mak tak simbah ayaq, ( dari dengaq mak duk beletiaq ( beleter) bek ku bangun ), lepas mandi, solat subuh pa semua.. siap la pelengkapan nak g sekolah.. huhu.. lepas brekfirst lam kui 7 suku tu la, salam mak, ayah.. celapak p mbek basikal ( gerek ) ku, yang ku guna p sekolah hhari2 dengan cik Melati ( Mardati Rahman )... sampai sekolah dalam 10 minit gutu la, tu pun kayuh tak la laju, besa2, x ghot la nak kayuh laju2, satgi sampei kelas, masuk kelas, bukak kipas no 5, yang orang leng sejuk gedii, kami dua, basah lencun ngn peluh.. hahaha lawak2...
sekarang, kat university mana dah aku guna basikal g kelas, haha.. mana ada dah mak kejutkan, mana ada lagi dah breakfirst yang memang dah menanti kita, pastu x dak makna nya nak dapat salam mak ayah ( mbek berkat) waktu pagi.. hmmmmm..... terpikir gak.. best nya alam persekolahan dulu.. mak ayah semua... tp x pa.. tinggai lagi dua minggu zira akan berada di kampung sebagai seorang kakak, ambik alih tugas mak, biaq mak rest lak, hantaq adik ( Atikah Omar) ke sekolah.. ~ pstt demand adiku la ni, p sekolah bukan nek basikal dah macm zira ngn kakak dulu .. uishh siap p hantaq p ambik lagi.. hmmm.. kata mak, biaq la ayah p hantaq, bukan da sapa pun.. haha... gi tu lak... (>________<)..
Fuhh x sabaq nya nak merasai angin pagi di Umbrella HIlls ~
Tengok... best tak kampung ku.. ni la Umbrella Hills a.k.a Bukit Payong aloq Setaq Kedah.. T__T

Tuesday, October 26, 2010

minggu berkemas...

Aduhh.. Cik G dah nak bAlik Umbrella Hills dah bulan 11 ni, maksudnya tinggal lagi dua minggu masa untuk dihabiskan di Bumi Bintulu ni.. hmmm hari ni dah 26 bulan 10... maksudnya minggu depan adalah minggu terakhir untuk buat preparation untuk Finall dan nak packing barang2 dan semua harta benda kepunyaan ku kat sini.. fuhhh banyak benda nak kena buat nampak gayanya, emm macm ni la minggu ni, zira nak kemas barang yang nak dipos... pos pakai kapal la murah sikit kan.. huhu... nak pos semua barang, dan yang tinggal luggage untuk dibawa masa fly nanti... yang lain tu, sedekah jer la kat sapa2, sebb kehidupan di Bintulu bakal berakhir.. dah x kan datang ke sini lagi dah ( kalau  x der jodoh la).. sambung di Serdang pulak !. humm.. tu la semalam duk pikir, macm mana nak wak balik barang2.. banyak gak yang nak kena sedekah kat orang.. humm bagi la kat sapa2 yang nak. ramai lagi junior yang tinggal kat sini.. huhu... so macm dalam planning, minggu ni akan ku habiskan masa di libry, buat revision terakhir, akan ku habiskan masa di UPMKB sepuas puas hatiku.. huhu... opss jangan lupa g ambik pass pelajar kat HEP sana, kang tak dapat balik plk.. huhu... pastu apa lagi yang nak kena buat ya.. owh ya.... barang2 nabila. kena post kan jugak.. huhu... lagi lagi... hermm printer??? jual  kat junior la.. huhuhu.. malas dah nak bawak balik ... huhu..( nak jual berapa yer ).. hmmm .. under 100 kut.. fuh... zira baru guna printer tu setahun ja kut, masih elok lagi.. hmmm biar la, kang jual mahal2  x der yang nak beli kut .. huhuhu....lagi apa lagi yang nak sedekah kat orang ? hermm note? mana ada note, semua dah bawak balik.. rasa nya itu ja kut... ok nazirah selamat berkemas

kotak kotak yang perlu di post... huhu.. 3 kotak besar ni beb.. 2 kotak A4 dan satu kotak penuh ngn notes and rujukan lain.. hmmmm

Monday, October 25, 2010

Libry UpmkB

Tadi petang lam kui 2 tu lepas sembayang Zohor, zira g libry ( ingat nak g pagi, tapi disebabkan hujan di awal pagi tu, ei jadi sejuk menyebab kan Cik G tetido sapei kul _____am ) muahaha... Macam besa la hari isnin, bukan ada apa yang nak di buat.. so g la libry sekurang kurangnya buleh baca majalah x pun selongkar la mana2 buku yang menarik hati.. huhu.. tadi masa tengah kHusyuk pilih buku terpandang satu rak berkenaan ngn Horticulture, macam magnet buku tu duk tarik zira, haha.. p la ambik la buku tu bukak la tengok apa yang ada dalam nya.. Buku tu bertajuk Introduction To  Horticulture karya H. edward Reiley edisi ke enam.. hurmm.. menarik gak sebb dalam tu macm2 berkenaan ngn Horti ada. so lepas ni, bila zira dapat continue Horticulture i m suppose to choose that book la muhahah..ec kandungan dia cukup lengkap.. hmm bagus.. pilihan yang bijak.. huhu.. Masa tengah belek2 buku tu, terpancar satu keinginan yang meluak2 supaya ku cepat menyambung ke degree dan ku boleh terus belajar subjek yang ku suke.. muhehe bestnyer,, huhu.... ..
sebut pasai buku ni. bukan lah zira suka sangat baca buku, tapi cuma perasaan ingin tahu tu ada menyebab kan zira selalu gak lepak libry cari2 bahan baru, rasanya banyak lagi kut buku yang belum terbaca.. rasa2 beribu buku dekat Libry tu mungkin dalam tak sampai 50 buku lagi kut yang zira baca . huhu.. banyak dan bermacam2 jenis buku ada. menariknya kalau ada satu libry khas kat rumah ku. mungkin seharian zira akan duduk di situ menyelongkar dan menyelak semua buku huhu i LIKE.. ~
lepas selongkar buku, g pulak bilik majalah, baca majalah semua ada.. yang da first majalah ku tengok adalah majalah Laman ( Karangkraf ).. suka tengok landskap dan dia punya tips2, sangat menarik.. mungkin satu hari nanti rumah ku akan dihias sebegitu rupa huhu..

ni serba sedikit mengenai Landskap yang Zira search kat Libry..
Landskap dalam bahasa belanda nya membawa maksud pemandangan desa, serta apa apa yang terdapat di permukaan bumi samaada ia adalah elemen semulajadi seperti pokok2, gunung ganang, bukit bukau tumbuhan, tasek , gunung dan sebagainya, dan elemen seperti bangunan dan lain2.
Landskap pula terbahagi kepada dua
  1. Landskap Lembut  ~ menggunakan elemen semulajadi
  2. Landskap Kejur ~ elemen2 seperti batu, kayu , simen dan sebagainya
Jenis landskap
landskap untuk kediaman, institusi ,taman rekreasi,taman tema,kawasan sejarah dan laluan jalan

Jenis taman
Taman ala Bali, Taman berkonsepkan Jepun, Inggeris Dan Tropika ( Malaysia)..

ni la serba sedikit maklumat yang zira tau huhu.. actually semua ni dah belajar dalam subjek HRT ( dip pertanian sem 4 ) huhu..

* nak solat dulu ~  Cik G"

Saturday, October 23, 2010

bersama jejak ku... di sini kaki ku melangkah

Alor Setar - Kuala Lumpur - Bintulu
Alor Setar - Kuala Lumpur - Kota Kinabalu 
Bintulu - Kuala Lumpur - Alor Setar 
Kota Kinabalu - Miri 

midnight 24/10

always tiap malam sebelum tido ku bepikir, apa yang bakal jadi 5 6 tahun akan datang ( i means to me ).. err.. maybe time tu, Cik Girah ( me) dah habis study and dah start keja.. keja?? hermm  x tau la keja apa yang dapat.. i thinks maybe is about pertanian gak kut.. hummm .. tapi kalau tetiba cikgu, hah camana? oh fuh fuh, cikgu ? muhahahaha.. murninya keja sebagai seorang cikgu, tapi nak jadi cikgu ke.. aduhh... zira belum pikir lagi nak jadi apa, nak jadi cikgu tu, dari darjah satu lagi, tapi ada gaya ka cik G jadi cikgu.. wahhh.. mapuhh ku.. ting tong !! tak tau nak kata pa dah... tapi kalau jadi cikgu gak, alhamdulillah.. hhuhuh..( terima seadanya)
tapi buat masa sekrang ku terpandang tanah serelung dua kat kampung tu, ishhh cam nak jer tanah tu.. muhehe ( mapuh dengaq dik adik beradik ku), nak berebut tanah lak.. huhu.. dok aih, bukan nak berebut cuma, apa yang ada dalam kepala otak sekarang bisness, rasa macm nak buat bisnes usahawan tani. sebb nya memang zira dah terjatuh cinta  ngn bisness ni masa masuk upm lagi..( perghhh mentang2 la budak tani, mung kira gu tu ja no ). haha kalau jadi la tanah tu diusahakan, akan ku buat sungguh2,  x kira... usaha lif kejayaan huhu... bak kata kawanku nek lif cepat sikit dari nek tangga hahaha... insyallah kalau kita ada niat yang baik, hasilnya pun Insyaallah baik la.. moga2 ku berjaya.. hampa semua tulong doakan cik Girah yer.. ( my prenz cik yana ngn cik Dati la ni dok pangei cik G ) hahaha.. macng2 ngoh deme tu..

kalau jadi mungkin satu blog khas akan dibina lagi just for my bisness... Bisness apa nak buat, mesti kome tertanya kan.. muhehe.. mula2 nya nak buat cendawan ( alhamdulillah paper work dah siap, tinggal nak jalankan jer ), pastu kedua, projek tanaman cili fertigasi.. tengok my classmate buat, macm best jer, lagi pun dia kata cili ni bagus gak, pasaran sedia ada.. yang cendawan tu, memang sekrang dunia tani penuh dengan tannaman cendawan tapi tu pun masih belum mencukupi.. wahh ada peluang cik G muahaha.. Insyaallah kalau semua dah setuju ( balik meteng ngn parents) boleh la mulai.. nak buat ni bukanya senang tau ja la, tambah2 Cik G ni pompuan.. adoh...  penat gak tu.. orang pompuan ni plk senang ja nak kena tipu.. hmm harap2  x der pa per la yang menghalang. Semoga Tuhan mempermudah kan semuanya.. semoga berjaya cik Girah ( zira).

Friday, October 22, 2010

Diploma Of Agriculture, UPM - Bintulu campus

Program Diploma Pertanian menyediakan calon dalam kerjaya separa profesional bagi meyumbang kepada pembangunan negara selaras dengan keperluan semasa dan akan datang. Kurikulumnya meliputi aspek sains asas dan pendidikan am yang melakukan asas kemahiran berkomunikasi dan pengurusan, serta kemanusiaan untuk memupuk nilai dan tanggungjawab etika moral. kompenan kursus meliputi teori dan amali dengan kandunganya memuatkan aspek perkembangan terkini dalam bidang pertanian. pelajar didedahkan kepada situasi sebenar dalam industri pertanian melalui internship selama satu semester.

* copy from some artical - dip pertanian
antara kursus menarik dan mencabar yang perlu diambil oleh students diploma pertanian adalah seperti berikut
  1. Sains Tanaman Asas ( AGR 1602)
  2. Tanaman Industri ( AGR 2602)
  3. Tanaman Makanan ( AGR 2603)
  4. Amalan Pengurusan Perosak Tanaman
  5. Amali Perladangan
  6. Keusahawanan Agroteknologi
  7. Pengenalan Ekonomi Pertanian, Pengenalan Pemasaran Ladang, 
  8. Pengurusan Ladang
  9. Tanaman Hiasan dan Hortikulture Landskap 
  10. Pengenalan perosak tanaman
  11. Teknologi Akuakultur
  12. Asas Pengeluaran Ternakan
  13. Sains Tanah Pengenalan, Pengurusan Tanah
  14. Teknologi Dalam Pertanian
  15. Prinsip Komunikasi Dalam Pertanian
  16. Pengembangan Pertanian
  17. Kejenteraan dan Automasi Dalam Pertanian
serta subjek kursus universiti. - BBI ( english )-TITAS ( tamadun Islam & Tamadun Asia)-Hubungan Etnik dsb
Subjek sekolah pun ada gak - Biologi, Matematik, Kimia Am, fizik

jumlah kredit adalah 98 tak termasuk subjek kokurikulum untuk 6 semester

ni jer yang dapat zira bagitau, bagi sesiapa, adik2 yang bakal menerajui diploma pertanian  tahun tahun hadapan, serba sedikit maklumat awal. dan ketahui lah diploma Pertanian ni banyak cabangnya, nak sambung degree, boleh sambung mana mana yang kamu semua minnat....

* Diploma Pertanian HANYA di UPM Kampus Bintulu sahaja.. x der di Kampus Induk  (>_____<)


 Antara salah satu amali biasa di Ladang Kelapa Sawit UPMKB


Amali luar  ( lokasi -  Nursery tanaman hiasan Miri, sarawak)

Thursday, October 21, 2010

mereka, di Umbrella Hills, kamek di Bintulu

AtikaH ~ Mardati ~ Diana ~ NuruL HidaYah ~ siTi ZaLleha ~ Fadzila  ~ me ????

" depa ni semua kawan2 sekolah, member2 sekolah Kat UmbreLLa Hills, sangat close juGak .. kalau time cuTi semester, memang balik Umbrella Hill dok kawang ngn deme ni la.. p mana2 sekali pun.. "  rupa rupanya dah lebih 7 tahun kami kenal.. owh lama sungguh.. huk huk.. masa ni , zira ambik gambar deme dari album facebook Mydiana ( Diana Juhari).. mbek x habaq pung, lagipun hari tu dah mintak permision dah.. muhehe.. ni gambar raya tahun ni.. yang sedih nya zira x der lam gambar ni,( raya kat Bntulu kan).. uhmmm.. tak per la nanti raya haji ni ambik lagi.. muahaha.. sangat sayang hampa semua.. miss u ouls  ~ 

* nak kenalkan sorang2 nanti jadi banyak cerita plak, lebih bek bagitau nama sudah.. muhehe

compare dengan mereka ni... sapa lagi baik ??? 

da Baju Hijau =   nazirah (me) ~ asfariza ~ nabilah ~ Zulkifli ~ Hafis
kampus Bintulu frenzs, ahaks... 3 tahun kenal, dah tau ec perut, ec hati masing2, special x specialnya depa ni. hanya ku sorang yang taw.. harap2  perhubungan kita kat sini, bukan setakat di Bintulu saJa.. i love u ouls.. semua dah bawak diri masing2.. continue aur degree kat Bintulu &  Serdang.. hmmm .. pic ni kami ambil masa buat praktikal kat LPP sabah, masa ni kami joint trip g Tenom ( kalu buleh perasan pic ni kat ladang kopi).. kopi sabah yang paling pemes, kopi Tenom.. huhu.. masa trip ni sempat la rasa secawan dua kopi.. huhu.. sangat happy... thanks frenz.. hulurkan sokongan sbb yang handle trip ni adalah budak zira tu.. wehehehe.. jadi jugak akhirnya - alhamdulillah


apa yang zira nak katakan disini.. pic pertama kawan sekampung, se-sekolah, sepermainan.. kala umurku di bangku sekolah, tapi masih berhubung sehingga kini.. sesungguhnya diri ini tak sanggup untuk berpisah, walaupun seketika, masih ada kenangan dan rindu pada mereka thanks frenz... 
pic kedua, kawan sekolej, se-xsiment,se asrama, dan sekelas.. mereka membicarakan yang terbaek untuku, membantu tika kesusahan dikala kejauhan, menghulurkan tangan jika ku keperluan.. ( uishh tak sangka ku nak berpuisi plk ).. ya inilah kawan2 ku.. yang pastinya, diri ni x keseorangan walaupun dimana berada.... kawan itu lah ertinya... ~ miss Nazirah say.. Alhamdulillah.. syukur padaMu.. 



Monday, October 11, 2010

Anak orang ka anak buah ( finall episod)..

banyak lagi aih anak menakan ku yang tak terstory kat sini..... ada satu family lagi.. family kak ani, yang anak nya, faez, fazlina, farisha, and fa Balqis.. correction Balqis tak dak fa.... tanya kak ani, awat Balqis tak dak Fa... dia kata.. yang tu penutup family.. muahaha.. macang2 ngoh... Faez tahun ni ambik PMR sama ngn mak su. my adik yang last... ehmmm... fadzlina lak, masih sekolah rendah... dia budak biasa saja. tapi depa ni keluarga yang tinggi2.. panjang2..bayang kan si fazlina tu dah nak sama tinggi ngn zira.. wahaha.... ishh22... Farisha lak, dulu kecik2 gedebab, sama la ngn faez pun, sampai x ghot nak dukung.. tapi la ni.. kering la plk.. hish2.. farisha ni budak yang cerdik, pandai.. hermmm bagus2.... la ni dia masuk pra-sekolah... dah buleh baca buku pun.. ish2 cepat ngoh.... Balqis la.. bulat n comel.. huhu.. tatau nak story pasal Balqis coz, masa bulan 7 hari tu pun dia baru lahir... and then zira fly mai Bintulu.. so skang ni betambah baik la kot... huhu... keluarga depa ni x banyak kerenah sebb semua dah besaq2 belaka.. so.. x dak hal la, kalau mak depa " taok" depa kat bukit payong pun.. huhu.. ( >_____<)

Sunday, October 10, 2010

anak orang ka anak buah 3

Mohd Syamil Hakim... cute babys .... lahir  awal tahun hari tu ( rasanya)..... adik kepada Mohd Shafiq Hakimi.... dua dua lelaki.. comei.... bijak. macm mak dia maybe.. ( my sis).. masa Syamil lahir, zira masih di Bintulu.... bila zira balik ja, dia dah buleh meniarap.. hmmmm.... n dah buleh kenal orang.. first time zira dukung, nagis kuat.. x kenal kut.. cerdik sungguh budak2 ni....

Mohd Syamil Hakim ... beberapa bulan yang lalu..kini dah buleh merangkak


Mohd Syafiq Hakimi....... masa nak g sekolah.. boh bedak x sangka.. muhehe

Mohd Syafiq Hakimi.. la ni darjah 1.. nak kata buaih dak.. sebb dia ni, lain sikit.. kalau balik mai umah zira ja, bukan dia nak p maing hala kut lain. balik mai bukak tv.. hermmm keja dok tengok tv ja la.. kalau ada katun.. hummm pebret dia.. dok tang tu la.. budak ni dengan cakap.. ok la sikit dari yang lain...  kadang2 dia sengap ja.. x la buaih.. takut gak ngn wan dia.. dan budak ni dia jenih reti dengaq cakap... hak orang larang dia takkan buat.. baek ngoh.... ( balik umah time zira ada, satu ja.. dia nak on laptop zira.. godek semua2 pandei ngoh ).. minat ngn komputer baguih2.... ( la ni kan sekolah rendah pun dah belajaq bab komputer )... pstt satu g dia suka cari gaduh ngn bang long., suka usik bang long... dia kata pa, " geram abang tengok bang long tu, buaih sangat.. nak buat macm mana tatau" ... yang lawaknya dia cakap pelek orang belah kola kedah nu... muhehe...


Azimah Sofea.... budak cerdik ni... juga lahir bulan 7 masa zira di bintulu.... balik ja tengok dia dah celik mata luas.. muhehe.. dah cerdik sikit.. mak kata masa dia masih kecik, time baby tu.. budak ni kuat teriiak,( nangis).. aspecially waktu malam sampai merah muka pakat duk teriak.. ishh kena sampuk ka hapa... lepas dah besaq sikit ok... maybe dia nampak hantu kut.. muhahaha.... azimmah ni la ni di panggil kakak, sebb dia bakal mendapat adik.. hehe... kakak ni dia suka dengaq lagu... lagu yang dia suka hermm wali band.. bapak2 ibu2 semua tu... hahaha... skrng ni tabiat kakak dia tamau tdoq siang.. hermmm.... mama dia nurse kat klinik daerah, tinggai kan dia kat nursery.... nursery tu pun milik adik mama dia.. hmm x heran la.. sekarg dia dah boleh bilang nombot 1 sampai sepuluh.. tp kdang2 x teratoq... suka baca buku... buka apa la?? .. haha.. buku yang dia baca, majalah mama dia, komik mak menakan dia... cara bacanya... tengok buku tu sambei buat muka serius n mulut kumat kamit.. hahaha.. lawak ngoh... selalu jugak abang hantaq kakak" mai duduk umah.. pastu depa p keja... penah jugak abang wak balik si jimah ( kakak) ni nek moto kul 7 pagi dari kola nerang. mak zira mengucap panjang bila zira habaq jimah mai naik moto ngn abah dia.. ish22 bahayo ngoh.. dah la budak tu selalu terlena bila nek moto.... risiko ngoh abang ni.... haishh....

Azimah Sofea (2 thn)

bab mengikut azimah memang nombot 1... tak kira sapa yang dia kenai semua dia nak ikut, nek moto ka, nek kereta apatah lagi.. nek lori pun nak ikut... haha.. macang2

Saturday, October 9, 2010

anak orang ka anak buah 2

Syazwan tu ( anak abang sulong ), comei, ada lesung pipit kedua dua belah.. senyum memanjang... ( bila kami tengok dia senyum, rasa macm sejuk ja  hati nak marah pun x jadi ) ....tapi buaih ni tak sangka ngoh.. tak tau la dia ikut perangai sapa ayah dia ka?? mak dia ka?? hmm tatau la.... depa ni jarang balik umbrella hills, walaupun duk hanya di pendang, tatau la pasai pa.. mungkin abang sebok keja kut.. ark.. sebok2 gu mane pung hujung minggu tetap cuti....

Mohd Syazwan Ahamad Shukeri


sekali balik, tudia, macm wak mai bagi kami "anak krok" sekoq.. syazwan ni la, adik dia pun lebih kurang tu gak, aqilah.. hahaha.. tengok ja kecik2 depa ni, apa yang dilarang hak tu la yang nak di buatnya... bila marah depa senyum ja.. aduss luluh hati ku... Yang selalu naik hangin nya zira la.. heh mana tahan doo, syazwan ni, mokalu sampai ja umah kami tu, turun2 dari kereta, nu lepas kat kolam, tak dak kat kolam, belakang umah nu, x pun masuk lam umah perosek habis apa benda yang dia jumpa... makan nasi tak banyak ... tapi sari makan nasi 4 5 6 kali, tengok orang makan, dia pun nak makan, dah bagi makan, senag2 ja, ambik lauk sikit, nasi tauk merata.. pinggan tu dari dapuq bawak sampai ke tengah jalan.. ishhh Yang mak ( kakak) dia, " bang long, jangan buat cam tu, nu mak uda marah nu " .. hmm apa nak di heran sangat budak cam tu ngn zira ni.. haha.... dia ni akan berenti duduk diam bila, dia rasa penat, ( penah kami jumpa tertido kat lungguk kain yang tak dilipat lagi , sek bek tak g tdoq lam bakui baju )... tu senang la... kalau dia tak mengantuk lagi jangan dok suruh dia tidoq la..puas pujuk pun memang x jadi... tengok wan dia naik moto, ( bukan ja wan, zira ka, adik2 lain ka).. mesti nak ikut.... penah satu hari zira cakap ngn dia..( masa tu zira nak g kedai ).. dia laghi mai nak ikut, zira tamau bawak la, pasai satgi bankrup ku kalau bawak dia kedai.satu haru lagi.( sambung balik )

Nur Aqilah Ahmad Shukeri

.naik ja dia ataih moto zira kata kat dia. ni mak uda nak p taok bang long kat hutan ni, biaq rimau makan... ( dengan nada serius).. tau dia kata pa .... " kami nak p beli sekerim, nak bagi kat adik kami sama." x pahang basa ngoh.. heerrrr.. geram ku.... "hampa tak yah beli eskrem, kami ada duet banyak".. ( lam poket suar dia ada 20 sen)... suruh turun gak tamau, aduhh gu mana ni.. yang ayah dia lak, "bang long ikut mak uda".... hak tu pun satu haru, jadeng ngoh... ku mintak la duet kat abang ku, duett ku hanya cukup tuk beli gula ngn kopi ja pong... abang ku pun bagi la singgit.. hermm singgit... tak pa la sampai2 di kedai, syzwan lari p tuju peti ais kream... zira pun biaq ja la, semntara zira g ambik gula n kopi, sampai di kaunter, tengok dia dok jilat dah eskrem koneto, yang harganya 2 hinggit.. ayarkk... nak marah gumane ni >> ank krok<< ni buat sungguh.... hishh duet tak cukup, ya la ayah dia bg simggit, yang zira plak mana ada bawak duet lebih... tokey kedai tu pun senyum kat zira, dia kata,, hermmm x pa la, pak ck belnja.... memang malu gak la.... orang tengah ramai kat kedai.. syazwan dok sengeh.. geramm ku,, tadi kata nak beli kat adik dia.. beli apa lagi dah.... rasa macm nak tauk ja dia kat kedai tu, sek bek anak orang , heh ku sumpah tamo bawak mung lagi dah.... sampai rumah, ku cerita la kat mak , mak kata.. "sapa suruh dok bawak"... "makkkkk... ayah dia la ni.. eiiiiiiiii..".. yang abang ku (ayah syazwan gelak panjang ).. geram ngoh... .

Anak orang ka anak buah ?? =)...


Dalam banyak2 family ni, nak habaq mai. mesti ada salah satu daripada banyak2 tu eii pelik sikit, kalu x pelik pung mudah kata perangai kut leng, tak thu maqhi dari sapa... samada perangai tu buruk @ bek yang tu kena tengok jugak la... zira punya Anak buah, baru ada  9 orang dan coming soon lg sorang... genap 10 la.. muhaha...semua anak buah atau basa kapong nya anak menakan zira ni panggie kat zira mak uda bukan MAKUDA no.. tapi ada setengah yang panggie maklong, macng2 ngoh deme ni... ( zira kan anak nombot sembilan ). ni ada sedikit senarai anak2 menakan merangkap anak2 kakak dan abangku..

  • Mohd shazwan bin ahmad sukeri ( 5 thn), nur aqilah bt a. sukeri ( 2 thn)...........anak abang first.....(pendang)
  • Azimah sofea binti anuar ( 2 thn )...............anak abang second........kola nerang
  • Mohd faez azhar ( 15 thn),nur fazlina ( 10 thn ), nur farisha ( 6thn), balqis ( lupa nama penuh dia.. 3 bulan)....................tanah Merah, pendang.... anak kakak zira... kakak kawen dulu sblm abang2
  • Mohd shafiq Hakimi zakaria, ( 7 thn ), mohd shmir hakim ( 6 buln)...............kakak... pantai johoq, gunung keriang 
hah puas ku senarai, sampai ada yang lupa nama penuh... duk belajaq kat serawak ni 3 tahun, menyebabkan ada anak menakan ku yang lahir tanpa melihat wajah mak menakannya.. sampaikan bila zira balik, umur deme ada la dalm 3, 4 bulan..terpinga2 x kenai mak menakan depa... tengok zira mcm alien.. haha.. lawak ngoh...
ha ni nak cerita la hak mana baguih hak mana kurang... bila tengok wajah2 deme ni, bukanya sejuk hati, tp panaih hati ngn perangai yang ......... gerrr.. tapi depa ni kan budak2 lagi.....
depa ni semua akan balik bila hujung minggu, tak pung, cuti sekolah, mai tdoq kat umbrella hills umah ku.. huh, penuh satu umah ngn depa.. syok gak suasana tu, tapi tu la susah lak nak kawai bila ramai sangat ni, maklum lah umah zira tu macang2 ada, bahayo untuk budak2 ni..( kena pengawasan ).. 

* pstt kakak ngn abang bila depa balik umah bukan nak tengok anak2 depa g dah, ni duk serah kat adik2 depa lak tulung tengokkan, depa senang2 tebungkang, huh... x aci..( dah la anak buaih semua).


Mana tak nya dengan hak baru merangkak, hak belari x paling pa dah, hak tua, hak muda,, haha.... kena tengok depa sedia, nak lena siang hari pung kena bekira dulu.. nu takut depa duk buat pasai p jolok kolam ikan tok wan depa.. kolam tu ada la 3 bijik.. kolam, buat cam kolah tu.. lam tu ada la, mak2 ikan, anak2 ikan.. ( maklumlah tokwan depa suka mengail, balik mai lepaih lam tu semua)..yang satu kolam ni, bahaya sikit.. sebab kolam lam tanah... tak luas mana pung, sebab dikelilingi pokok bunga mak.. hehe... shazwan selalu dok p jolok kayu kat lam tu, dok pung saja ei ambik batu tauk lam tu.( ni yang besa2 ja, ada lagi).. ishh nakai ngoh.( besa la tu ).. tu bab kolam..* kolam tak la dalam, tapi x buleh main la kesiang ke ikang lam tu... 

Mohd Shafiq Hakimi Zakaria


Azimah Sofea Binti Anuar

* actually bukan zira ni x suka ngn depa, zira story kat sini nak bgtau semua yang anak2 buah ku itu memang special, kadang2 menghiburkan walaupun nampak nakal.. huhu


ill be continued..................

sekali ku hatang basa ku...

ku nak kata tang ni, biaq hampa menganga semua... ni bahasa umbrella hills mai dah.. hak sapa dok ulu mulu tu mungking pahang. kalu tak pahang pung muhe buat buat pahang la.. pasaei kurasa nak kata oqhang pung senang gak pakai bahasa ku ni.. dan yang penting ku puah hati.. muhahahaha..padang muka muhe.. buat My sp, Myana ngn Mydati. muhe jangan duk gelak ke ku pulak... dah muhe duk cakap gu ni ngn ku, ku pung dah terikut atas kerelaan ku sendiri.. muhehe... kalu bahasa kelatan pun ada bahasa nya, ni mai kedah piau terbik dah... kah2.. sebarang persamaan mungkin membawa maksud yang berbeza, dan jangan dok mureh ku pulak.. ( silap haqhi bulang mai dok sekeh ku tang ni ).. jangan duk buat lagu tu no... 

ok hari ni. mood sabtu, x dak benda yang ku nak buat, bakit pagi tadi phong sek bek ada oqhang tulung geqhakan, ( tulung geqhak suruh online facebook  sebb datie  duk online.) muahahaha.. anak sapa la tu... haqhi ni kalau ikut kan, haqhi keluaq sedunia... tapi x plak ku keluaq, x dak geng ... hmmm sedih nak mapuih.. sek tsek... tu la pasai, duk jaoh ngoh.. padang muka ku.. ku rasa rindu pelik ngoh kat deana ngn datie tu ( kawang2 kapong ku la, paling bek di bumi..haha )... ada deme, rasa macang ceqah dunia... x dak kawang leng pung tak pa dah, kalu ada deme tu ( tak thu la plak deme kata pa ke ku, entah2 aku ni apa la sanggat )... dia dak datie ..? yana..?? buleh sengap hampa noh, bukan nak komen blog aku ni.. entah2,, nak views blog ku ni pung muhe pikiaq 100 kali.. 

hmm.. tak po, balik ni sahih ku tuntut balik semue kat muhe.. muhe tunggu la, ( >____________< )... . ..

Thursday, October 7, 2010

home... sweet home


keindahan di kampung halaman tiada tandingan.... sesungguhnya bak kata pepatah hujan emas di negeri orang hujan  batu di negeri sindiri... berkunjung la ke negeri orang, dan semestinya yang tetap di hati bumi sendiri..


Tuesday, October 5, 2010

dikala kesepian melanda, tatau nak buat hapa.. gerrr

ark... u all... malasnya zira hari ni.. adusss.. apa nak jadi ni.. werkkk.... nak kata boring dok pung... aduss.. penyakit lama dah datang dah.. gerrr... Mydiana, Mydati.. tulung kawang mu ini... satu hari ni x jadi keja pa pun.. nak story apa ya, ishhh
Apa nab tengah buat ni.. erkk.. action kamen tengah padang.. gahahaha... gagah sungguh mung nab, nyway ni zaman muda2 dulu.. x la muda sangat maybe lam sem 3 or 4 gu tu la.. masa ni rasa ada sport day kut.. hihi... sangat best..oppsss lupa, sp saya ada banyak gambaq nak wak masuk lam blog ni, tapi saya tatau la nak boh lagu mana dah sebabnya saya bukanya terer sangat pun bab2 mengeboh gambaq lam blog ni.. nak boh sesatu gambaq pun  payah ngoh.. so sesiapa yang tau nak upload gambaq dengan lebih cepat dan senang kasi tau sama saya na... ok ... ( >_<)

Friday, October 1, 2010

only one in Borneo call AmbuYat

My Life In SarawaK .. BinTulu

Ada sebuah buku Yang diberi nama " My Life In Sarawak create by Margaret Brooke, merupakan salah seorang daripada salah silah keturunan Brooke... buku ni,  masih ada rasanya dekat libry UPMKB.. ( penah baca sikit la )..menceritakkan serba sikit perjalanan Margaret ke Sarawak.. salah silah sejarah dulu ada menyebutkan tentang syarikat berpiagam borneo utara british kan.. ha ini la dia.. tapi ceritanya lebih kepada kehidupan di bumi kenyalang ni b4 merdeka .... ( tak hinggat suda apa lagi ceritanya ).... Bintulu plak, sebenarnya x jauh la dari Kuching, tu pun KALAU naik flight la.. kalau jalan kaki, 1 tahun pun lum tentu sampai kut.. hihi... terletak 650 km dari Bandaraya Miau..( alah yang banyak patung kucin tu )..hmmm... kalau naik bus plak... dalam 12 ke 10 jam gitu sampai la.. bergantung kepada berapa kali bus tu berenti.. highway pulak.. x yah nak risau.. x der maknernya highway kat sini... huhu.. bahagia ni kalau balik kampung huhu... tol x kena bayar.( dah tak der tol, nak bayar gumana ). hoho.... sedap jer jalan... hehe...Terletak kira kira 3 jam by bus dari Miri... hmmm apa lagi ya...sebuah lapangan terbang Bintulu ( menjadi tempat pertembungan dunia Bintulu dan semenanjung serta sabah n sarawak ).. antara flight yang disediakan Airasia everyone can fly, Malaysia airlines everyday low fares, maswings.. tu jer !
Ya.. Bintulu ni sebenarnya bukan ada apa pun, destinasi menarik nyer emm MLNG ( Malaysian Liquiefied natural gases) kut.. ( ~_______^ ).. lubuk emas sarawak tu...rata rata yang kerja kat MLNG ni orang semenanjung.. tahniah2 ada jugak orang semenanjung yang sanggup datang ke bumi bintulu.. hehe Bintulu kan dekat dengan pantai. yang paling pemes pantai Tanjung Batu la, tak sampai 10 minit pun kalau pecut pakai moto dari kediaman kolej UPMKB.. sini r budak2 upm duk rendek2 ka, ambik angin ka, zira pun x selalu la p, mokalu p pun p ngn kawan2, nak kasi rileks2 sikit tengok pantai Laut china Selatan, pantai ni x leh r nak mandi BAHAYO..pastu ehmmm shopping center plak, anda ada 3 pilihan, antaranya FARLEY- Medan Jaya ( famous oo ), PARK CITY & CITY POINT dekat Bandar Bintulu. Hehe.. mokalu nak beli baju ka, periuk ka, ubat gigi ka.. mai la sini, tapi kalau zira setakat nak beli berus gigi tu g farley ja, 5 minit dari gate upmkb.. huhu.. selalu keluaq nek moto ja.. Hah satu lagi nak khoba .. mokalu naik teksi dari FARLEY masuk sampai kolej kediaman RM 15 hinggit yer.. mokalu naik moto boh minyak 2 hingget buleh buat 3 kali p balik dari Farley.. haha.. kena pandei2 la jimat.. opsss.. lupe la.. muhe2 yang nak datang bercuti kat Bintulu ni mesti nak taw kan hotel mana kome nak nginap betoii dak.. haha.. hotel banyak kat Bintulu ni, ada aneka pilihan, pilihan melayu, cina, sarawakian, india ja x da.. hermm.. hotel kat Bandar ader, parck city averly hotel ( dekat park city mall ),dan banyak jugak la inn yang lain.( x tau da nama apa )... hermmm hotel seri malaysia jangn duk mai cari kut ni no... hehe..apa lagi ampa nak tau.. opss Taman Negara kan.. Taman Negara SimilaJau ada kat sini.. tempatnya buleh tahan la cantik gak, pantai bersih walaupun sikit bahayo, buaya ada, binatang2 liar ade, sape2 yang suka snap2 pic alam semulajadi tu, buleh la mai snap kut ni, hermm chalet, kurang pasti la, sebab zira belum penah g lagi similajau tu ... ( g sekali baru ).. hah ok dak Bintulu..? opss.. "mak"  zira kata kalau mai Bintulu jangan lupa wak balik belacan Bintulu ngn ikang terubuk.. pasti tekenang kenang.. hehe... alang2 dok cerita pasai ikan ni, moh kiter cita pasai makanan plak, da special one, Mee kolok la, SARAWAK kan,, huhu, pastu buleh terai Umai ( umai udang, umai ikan tenggiri ) sedap oww... ayam pansuh.. hehe.. ulat sagu.. haha... hampa hak geli or bahasa baiknya  gerun ngn ulat2 ni jangan duk terai la noo..mau pengsan plak kes naya.. huhu...
habis bab makanan jum kita servey long house pulak, kat bintulu ni kurang pasti ada long house khas untuk tourist ke tak, sebab x penah p lagi... long house iban ada la, tapi x on untuk pelancong sangat..mokalu g kuching sana, hah banyak la... hotel long house pun ada.. hehe... mau merasa kehidupan long house kan.. hehe.. apa lagi ya Bintulu ni.. hah Salah satu Universiti Tempatan di Bintulu.. taraaa university Putra Malaysia Kampus Bintulu.. banyak yang tak tau ada nya kampus cawangan ( upm ) kat sini.. bukak mata luas2 na.. huhu.. Rata ratanya pelajar adalah dari semenanjung Malaysia dan selebihnya sabahan dan sarawakian.. huhu.. ~ will miss Bintulu .. " together we make Bintulu a better place"