Tuesday, September 29, 2015

Korea lagi

Impian ku rasa mcm nak ke Korea. dah plan dari zaman study. tapiii... dok kesempatan lagi.. so cite cite je lah tinggi .. 
Mungkin kalau aku ni kaya, memng awal awal lagi dah kesana. dah ke minat namanya. tengok running man punya pasai  makin best lak korea ni ..
tapi pening nye nak g sane musim ape ?? any idea??

1) tiket flight 
 tengok airasia tiap masa ada promo.. ada duet jalan

2) Buku Merah
yang x ade lagi tu g imegresen bayar 100. siap !

3) tempat best 
Usya Muslimtravelbug.com banyak package ade, nak g mane semua ada. 
(flight  return, makan halal,tempat tinggal, solat) lengkap 

4) Duet poket
bagi tebai sikit poket boleh bli ole ole kat  market sane. pergh superb!!


Odeng ( fishcake) - 500 won
tteobokki (2,500 won)

Gred gaji N17

Alhamdulillah. gred gaji N17 buat permulaan pon dah boleh lepas bayar motosikal buat datang kerja. yang aku nak highlight kat sini kerja tu jangan duk berkira sangat. Janji Masyuk. Ok. Ni nk explain pasal N17 pengkeranian dan operasi. Kerja mudah, settle bab office termasuk bab surat2, minit mesyuarat, potocopy ape ke benda, buat report itu ini. ha dah sebulan gerenti gaji masuk. bab salah salah ni, memang la nama pon proses belajar harusla ada salah. setakat ni aku x der masaalah lagi . memandangkan kerja tu buat la betul betul. bab nak menghadap orang ni biasa la, jangan kata kita orang lain pon sama. kerenah manusia x sama seperti haiwan. haha.. 

lapangan terbang hantu

Lapangan terbang ini dahulunya menjadi hab aktiviti manusia dengan beribu-ribu penumpang teruja untuk menaiki penerbangan sama ada mahu bercuti atau bekerja.
Bagaimanapun, kawasan terminal yang sentiasa sibuk dengan manusia ini akhirnya sunyi sepi.
Kebanyakan terminal ini ditinggalkan kerana pembinaan lapangan terbang baru atau musnah akibat peperangan.
Selepas bertahun-tahun terbiar, pemandangan beberapa lapangan terbang ini sangat menyeramkan sehingga digelar lapangan terbang hantu.
Di sini disenaraikan beberapa lapangan terbang paling menyeramkan di dunia yang sangat jarang dilihat sebelum ini.
1. Lapangan Terbang Antarabangsa Nicosia, Cyprus
Lapangan terbang ini tidak menerima penerbangan pesawat komersial sejak 1977 iaitu tiga tahun selepas rampasan kuasa dan serangan tentera Turki.
Pertempuran sengit berlaku di lapangan terbang yang berada dalam zon penampan yang dikawal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan memisahkan kedua-dua pihak bertelagah selepas gencatan senjata dimeterai.
Lapangan terbang itu masih digunakan oleh PBB sehingga kini, tetapi bangunan terminal mengalami kerosakan teruk.
Sebuah pesawat usang ditinggalkan di landasan dan tempat duduk di terminal dipenuhi debu tebal.
Siling di bangunan itu juga mereput dan dawai berduri dipasang di sekeliling kawasan terminal.
2. Lapangan Terbang Antarabangsa Ellinikon, Athens, Greece
Lapangan terbang lama Athens ini antara terminal paling seram di dunia dan pernah menjadi pusat utama bandar itu selama 60 tahun.
Ia dirampas oleh tentera Nazi dan digunakan sebagai pangkalan udara ketika Perang Dunia Kedua.
Lapangan terbang ini ditutup pada 2001 apabila Lapangan Terbang Antarabangsa Athens yang baru dibuka.
Pada 2004, lapangan terbang itu diubah suai menjadi tempat berlangsungnya beberapa acara Sukan Olimpik termasuk hoki dan besbol.
3. Lapangan Terbang Antarabangsa Yasser Arafat di Gaza, Palestin
Lapangan terbang ini adalah kebanggaan penduduk Palestin tetapi musnah akibat peperangan sebelum ditinggalkan.
Ia direka oleh arkitek dari Maghribi dan dibina di selatan bandar Rafah pada 1998 dengan wang jutaan dolar daripada dana asing.
Lapangan terbang ini dibuka oleh bekas pemimpin Palestin, Yasser Arafat dan bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton.
Tiga tahun kemudian ia ditutup selepas tentera Israel mengebom menara kawalan dan stesen radar, sebelum memusnahkan landasan dan terminal.
4. Lapangan Terbang Floyd Bennett Field, New York, Amerika Syarikat
Lapangan terbang pertama New York ini dibina di Marine Park di Brooklyn dan dibuka secara rasmi pada 1931.
Ia kemudian diubah suai menjadi Pangkalan Udara Tentera Laut Amerika Syarikat pada 1941.
Kini ia menjadi kawasan rekreasi negara yang ditadbir oleh Perkhidmatan Taman Negara.
Ia juga menjadi pangkalan helikopter Jabatan Polis New York, program perkhemahan bandar dan projek pemulihan pesawat bersejarah.
5. Lapangan Terbang Tempelhof, Berlin, Jerman
Walaupun bangunan terminal kosong dan terbiar tetapi kawasan landasan digunakan oleh penduduk tempatan sebagai tempat beriadah.
Tujuh tahun selepas operasi lapangan terbang ini dihentikan, kawasan landasan dijadikan taman awam untuk penduduk berbasikal dan berlari.
Ia juga menjadi lokasi beberapa acara bertaraf antarabangsa dan terbaru, satu pameran pertanian dirancang diadakan di sini pada 2017.
6. Lapangan Terbang Jaisalmer, India
Terminal baru yang dibina di ‘Bandar Emas’ India ini mampu menampung ratusan ribu pelancong setahun tetapi ia tidak pernah menerima kedatangan seorang penumpang pun.
Sejak siap dibina sekitar tiga tahun lalu dengan kos hampir £11 juta (RM72 juta), terminal Jaisalmer yang terletak di barat laut negeri Rajasthan, masih ditutup dan mula menunjukkan tanda pereputan.
Kerana terbiar terlalu lama, kerusi di ruang menunggu diliputi debu tebal dan permukaan dinding semakin kotor.
Sarang burung merpati di atas bumbung dan tulang haiwan yang mati bertaburan di pintu masuk.
Lapangan terbang ini mempunyai ruangan untuk meletakkan tiga pesawat 180 tempat duduk.
Bagaimanapun, ia tidak mendapat sambutan syarikat penerbangan sekali gus menyerlahkan kegagalan kerajaan me­ngambil kesempatan peningkatan permintaan perjalanan udara.
7. Lapangan Terbang Ciudad Real Central, Sepanyol
Hanya menerima satu bidaan dengan harga 10,000 euro (RM48,000) ketika lapangan terbang ini dilelong pada awal tahun ini.
Bagaimanapun, bidaan oleh syarikat Tzaneen International itu tidak segera diterima kerana mahkamah berasakan ia terlalu rendah dan menunggu tawaran yang lebih tinggi.
Memiliki antara landasan terpanjang di Eropah, lapangan terbang itu dibina dengan kos 1 bilion euro (RM4.75 bilion) ketika era kegemilangan di Sepanyol.
Namun, ia menjadi simbol pembaziran apabila ditutup pada 2012, empat tahun selepas dibuka.
Ia pernah digunakan oleh syarikat penerbangan tambang murah Ryanair dan Vueling Airlines.
Lapangan terbang itu bakal menjadi pusat kargo China jika ia dibeli oleh Tzaneen International.
-sumber- harian Metro online September 30 2015

Monday, September 28, 2015

2010-2015

olmost 6 years dah blog ni tercipta. tak banyak pulak yang di cerita. baru tadi scroll ke bawah baca balik story zaman kanak muda remaja aku. nak gelak pun ada, nak nangis pun hado ( perempuan btol) . jadi setelah diteliti, sebenarnya aku ni x manfaatkan sepenuhnya kepandaian dlm mereka cipta blog. sbbnya pertama, dah orang ade blog aku pun nak ade jugak. sebab kedua. dah boring n gatal sangat tangan nak jadi writer yang BM ngan BI bukan macm rakyat Malaysia aku post lah jugak haha
ok nak dijadikan cerita, la ni aku sekarang dah ada kerja sendiri. tapi mungkin bukan status tetap. sebab nya kerja ni x kena pun ngn kelulusan aku. tapi dari tak buat kerja dan x mendatangkan unsur wang   baik aku kerja. x yah pilih sangat. ok. banyak benda nak kna bayar guna RM

so pendekkan cerita, sekarang dah 3 minggu aku kerja kat sini. ok skop kerja aku siapkan kerja kerja ofis. tapi x banyak pun. officemate aku nak jadikan cerita lebih pada pangkat mak dan ayah aku. no wonder lepasan u skrang susah nak daapat keje sebb lambakan orang dewasa (senior) yang lambat nak pencen. hem. 

ok la setakat tu, nanti aku sambung lagi., ahad depan. keh