Thursday, November 29, 2012

TOCIE



there are some speaking rules you need to know -(TOCIE groups take note yeah)

  1. Don't study grammar to much- if you want to pass examination, then study grammar, however, if you want to become fluent in English, then you should try to learn English without study the grammar. 
  2. Learn and study Phrases. - don't translate
  3. Reading and listening are not enough- practices speaking what you hear.
  4. Submerge Yourself- start speak English from now,  u will advanced in English when your surrounding is fully English. so start using English everywhere, or what ever u want to say..
  5. Study correct materials. - please search the internet, there lots of material that u can use to learn English especially speaking
 ok that all from me,  GOOD LUCK for those who take TOCIE dis weekend. 

Thursday, November 15, 2012

tolong! saya nak rumah baru

pagi yang rajin...... ham ham

rajin after malas.. ya, dah minggu lepas, aku malas, sekarang aku rajin la pulak.. ye. ape yang aku rajin ? hari ni aku rajin update blog, siap touch up blog siket.. blog aku ni, supe buruk beno, tak menarik langsung.. pasal nyer aku ni bukan latahu menahu bab make up ni semua.. masih budak2 yang tak sedar diri... haha...tapi kena ingat  (jangan pandang sesebuah buku berdasakan kulit jer, yang penting ec tu) ..
ok.. actually tadi aku ader g jumpe rakan2 blogger yang lain. fuhh, tengok rumah diorang cantik2 belaka, ada kondo, villa, banglo, parlimen.haishh. aku ni segan nak masuk, tapi tak per la dah pintu umah deorang bukak, so aku masuk la kejap.. memang cun la. cantik.. aku ader terpikir gak, umah aku ngn umah dorang berbeza sangat.! memang banyak , berganda ganda.. rumah aku, pakai plywood jer,tunggu masa nak roboh, tapi still kukuh lagi la, sebb ada tuan dia yang cun.. syukur.. 
so untuk sedapkan hati, aku rasa rumah kalau lawa sangat tapi ec tak best memang x bagus jugak kan.. so . aku memang kena  budget bagus ke dua dua la. umah bagus, ec bagus, tuan bagus.. eh jadi 3 plok 

so pasal renovate rumah, aku dah pikir, mungkin aku kena kumpul kudrat n klue dulu nak buat cam mana,  kalau ader disigner yang super hebat terbaca blog aku ni, nak mintak tulung la sat yer, NAK RENOVATE RUMAH...


p/s     Rumah = blog ku 
        
      

Monday, November 12, 2012

Jum CAbut Ubi

pagi yang malas... zzzzzzz 

Ya hujan pagi pagi lagi dah turun, best nyer tidur.. kalu kat umah lagi best, semua orang ader, hak tak pegi keje, tak g sekolah.. haha.. best giloo... lagi lagi kalau ada makanan yang teradisional.. ouh.. best.. ( masakan mak , sememang nya kat umah mak masak kalau aku malas).. 

kat kolej, Kalau hujan macm ni, x elok buat xsiment.. kenapa?? sebb nanti rugi, detik2 best time hujan ni sesuai untuk berangan jer. betul.. kalau nak berangan memang dah kene dah tu
cakap pasal mak aku tadi, selalunya kalau kat umah, musim hujan, semua duduk dalam umah (x kan nak duk lua kan ).. lepas tu mak mula selongkar dapur. keletang2 keletuk2 pastu siap, panggil aku buat air dan hidang apa yang mak masak, selalu mak buat bubur kacang, paling kureng pun mak buat cokodok.. sedap mkn panas2.. nikmat dia sampai menitis air liur aku duk menaip ni.. hmm.. 
makanan lain, kalau rase nak makan ubi kayu,  aku ler kena g cabut kat belakang umah sane, time2 hujan, kena redah g cabut ubi, dah lapo kan nak tak nak p la, Bapak aku pun bukan boleh main hujan sangat nanti sejuk.. ubi ni, kalau cabut time hujan senang, tapi kalau musim panas jenuh sondol memang payah. selalu kalau nak cabut ubi pakai cangkul dulu, bersihkan rumput sekeliling dier, pastu korek sikit, jangan sampai kene ubi. goyang2 kan pokok ubi, ( macm goyang kan gigi yang nak patah tu ) pastu baru cabut dengan kiraan 1 2 3.. cabut..! 

dan dapat lah ubi serupa bewok, sebesar peha adik kiter, semacam pocong pun ader, macm2 bentuk, dan tak lupa yang kurus2 dan panjang2

lepas cabut ubi, asingkan ubi dengan tanah2, pastu kene bersihkan,buang kulit... potong sederhana then REBUS sampai lembut.. lepas tu mesin nyok (parut nyok). nyok tu letak garam sikit ha, dah boleh cicah dengn ubi.. sedapp sampai boleh habis seperiuk. selepas tuh.. hahaha.. lawan sapu minyak angin.
so sape nak makan ubi tu pade2 la yer, ubi kayu ni angin boleh sebb kan kembung.. so.. selamat mencuba. hujan pun dah berenti... 



Saturday, November 10, 2012

Ayam & aku

- entry hari ini berbunyi agak seriyus
 " wahai kawan2 ku sekalian, ingat lah apa tujuan anda hidup di dunia ini"

Manusia lemah kerana :

  1. Wang
  2. Perempuan (bagi lelaki)
  3. Lelaki (bagi perempuan)

Ayam lemah kerana :
  1. Pisau 

Aku lemah kerana  ( Aku tu bukan manusia ker ?)
  1. Makanan
  2. Wang
  3. Lelaki ( mungkin, dah hensem sangat kan )
  4. Tidur
  5. JYJ - jaeejong     
Yer, hari ni aku nak cakap pasal perkataan LEMAH.. LEMAH ni, maksud dia lebih kurang LEMBIK la kut.. LEMBIK pulak Sinonim kepada lelaki yang menyerupai pompuan, tapi bagaimana pula ayam?  - susah nak jawab 
Hakiki nya, manusia boleh lemah kepada satu perkara iaitu NAFSU, daripada nafsu ni la yang membuatkan seseorang lemah. kerana nafsu badan binasa, ( buleh tera tu).. kalau ikut NAFSU semua benda dalam dunia ni kita nak kan. lelaki nak pompuan ( dan sebaliknya),   begitu juga dengan Wang, sape tak nak wang. aku pun. oleh sebab dunia sekarang ni tak lei hidup tanpa wang, semua orang kejar2 nak cari wang.. solat entah ke mane sbb cari wang.. ni la yang dikata kan LEMAH.. 
kalau pikir pikir balik, kalau tak der wang, hidup boleh jadi mcm ayam, kais pagi makan pagi, kais malam makan malam.  tapi ayam tak kisah kalau ada duet, janji dia dapat makan. 

kenapa aku asyik bandingkan ayam dengan manusia. wahai kawan sekali, ayam pun macm kau jugak,, nak makn, nak tido. tapi beza nya kau lemah kepada wang, tapi dia lemah kepada pisau. kau kalau x makan ayam memang tak sah, TAPI ayam ader ker nak makan kau..?

semua manusia dalam dunia ni ada kelemahan masing2, jangan duk ingat kita ni kuat sentiasa, oleh sebab kelemahan ni, kita saling memerlukan .. so aku harap yang Lemah tu boleh baiki diri sendiri, dan yang Kuat basa Hebat tu, buleh la tulung yang lemah. 

ok, ak akhiri post kali ni dengan ucapan selamat meraikan mid sem break!!  ( no class but still got xsiment- LOL)


p/s  - amali ladang aku hari ni adalah bertemakan AYAM. reban ayam, hatchery ayam, pusat pemprosesan ayam.  


Wednesday, November 7, 2012

Penentuan Umur

.. wwahai sahabat sekalian, kemarin aku baru belajar pasal bab penentuan umur bagi kambing berdasarkan gigi, dan report oun dah siap.
kenapa pulak?? oleh sebab kambing ni, ada yang tak dek surat beranak / identification card, so nak tentukan umur kambing supaya dia boleh kawen, kita boleh tengok melalui gigi.. Bagaimana pula manusia jika tidak ada surat beranak, IC, ataupun tak hinggat tahun biler dia lahir.. 
mungkin pakai logik tengok gigi jugak, tak pun tengok mata, muka, hidung.. err bilangan jari mungkin juga bilangan rambut.. ahhh acanne?? 
 haha.. susah bukan 

 kalau x der IC/ surat beranak ni payah kire jugak, nak masuk sekolah mcm mane, umo tak tau, takkan nak hambik upsr umo 10 thn kowt??? 

sedangkan pokok pun kiter ley tahu umur dia, inikan manusia.. haha.. 
sebenarnya aku sendiri tak tahu mcm mana nak tahu umo manusia ni.. mungkin buleh hagak2 la kut kan, tengok pertumbuhan janggut / misai bagi lelaki, dan yang pompuan pertumbuhan tissu or lemak yang lebih or kehadiran period ( maybe). dan pemikiran seseorang.. ye ker?? ENTAH!!

umo ni penting jugak yer , nak buat kawen, nak tentukan kelas kat sekolah, nak cari pasangan ( oouhh tak kan nak pasangan muda 20 tahun pada kiter yer dok- kalau dah jodoh nak wat gena)..  dan yang paling penting nak tahu TARIKH LAHIR.. yerr  itu yang peting... tarikh lahir beserta tahun. kalau tak tahu macm mana nak celebrated birthday, macm mana nak tulis kat facebook esok birthday aku..?? macm mana?? 

yer sekali lagi aku tegaskan kat sini, ketahui lah umur dan tarikh birthday anda, kerana ia membawa kesenangan dan kemudahan anda untuk mendapat pasangan, hadiah hari jadi dan seumpamanya.. 

8 NOVEMBER  - MY BIRTHDAY.. haa.. sek bek hinggat birthday sendiri, wish la sendiri, beli hadiah kat diri sendiri, potong kek sendiri..

Sunday, November 4, 2012

Kalau tak Duduk kat Bintulu ni, agak2 aku duk mana?e


Yezaahh.. Tankiu kepada intenet yang super duper hebat dan kebusy-ian  yang tak sangat. so ad banyak masa boleh dihabiskan depan muka tembok ni? err muka tembok.. whathever lahh.. 

ok jum lumpat terus ke tajuk aku hari ni.. Kalau ak x duduk kat Bintulu Busan ni, agak2 aku duk mane? 

a) rumah mentua
b) kerja kilang
c) duduk rumah tanam jagung 
d) kerja dengan Mak Pah buat kue
e) Tak ade satu pun yang betul

=

Jawapan dia e, aku rasa x dak satu pun yang betul kat atas tu, tapi yang jawapan nombot c tu ada kemungkinan siring2 sikit. ha.. Kalau x sambung belaja kat Busan (near moog Ji house) ni, aku rasa memang aku jadi munyet duk kat Umah kawan ngn "abang". haha.. tak berkembang. duk rumah jadi suri rumah.. makan + tidow = GEMUKK.. 

tak pun

 aku kena kawen, kawen ngn sape kalau bukan kawen ngn anak teruna yang menyepah kat kawasan kampung.. oppsoryy.. x dak niat pun nak cakap lagu tu.. TERR.. 
bab kawen ni, aku rasa aku jer chewi (nak tau tanya orang kedah) tapi tak kan belaku pun, tengok ahh.. Kakak aku pun still belajo lagi, takkan aku nak langkah bendul pulak, lagipun mana la ada orang taruh perasaan kat aku ni, dah ler muke pun x cumil, suara nyaring kalah hangtu, - haishh pa cakap macm tu..

 tapi tu semua orang tak tau. yang sebenar dan hakikatnya aku ni CANTIK gak nak baq hang. 10x tengok baru boleh perasan rasia keCUn nan aku nihh.. 

( sah kalau mak cik muda baca dia gelak kat aku).... ahh sebuk jer mak cik TUh.. 

whathever la.. 

ok sambung balik. kalau aku tak  sambung study  aku akan rugi mende mende macm ni:

1- penangan RINDU duduk jauh dari rumah
2- Happy dan bahagianya belanja DUET sendiri
3- Telampau SYOK kawan ngn Lembu, MAK CIK MUDA, kambing dan DR HUmra
4- MAKAN stemboat - makanan rasmi okeh
5- Nikmat TOP UP  sekali seploh hinggit (kalau kat rumah, tige hinggit belum tentu nak TOP UP)
6- TIDO lebih dari kebiasaanya_ tu kalau x der kerja sangat lah
7- keluar beramai ramai ke FARLEY VELLY & PARKCITY MALLLDIVES
8-Kenangan BALIK BERSAMA naik kapatebang- WITH MONEY, EVERYONE CAN FLY
9- habiskan masa dgn MAADUU.COM berjam jam..
10- Nikmat Naik bukiT BIOPARK.. uooohh UPMKB ....( Uni Putra Malays Busan Camp , South Korea u ouls) .. thousand of love n memories.. 
















10

9

8

7

6

5

4

3

2

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.NAHH !!





Friday, November 2, 2012

Kuceng Bintulu Vs Kucing Kedah







VS
















kenape tetiba entry kali ni macm ni ..???  first pic kat atas tu  My beloved "abang", dan yang kat bawah kaki si Linda tu Kuceng Hatchery ( kolam ikang upmkb).. ada beza dak kuceng2 ni.. ??
of coz ler, meh kter tengok ..

"Abang"
  • Berbulu oren, Tegap, sasa dan peramah ( sometime),
  • Nama mengikut surat beranak,  Ayen G tapi digelar "abang cik" di rumah 
  • umur  2 tahun genap pada July yang lalu
  • memiliki saudara bernama Ruben. ruben dipelihara oleh kakak empunya belog ni.
  • Memiliki paras rupa yang tak kurang comel mcm tuan dia, ( ahemmm)
  • Merupakan Kuceng pertama yang terKacak di antara kuceng2 lain di sekitar Kampung nya
  • Hobi- main sembunyi2, dan akan muncul setelah dipanggil 
  • Ada masa menjadi terlebih nakal bila dibawa berjalan2.
  • Makanan febret ikan rebus ngn nasi puteh, berkuah ( masak pindang febret ) + supplement + ikan segar dari market as a present from Tuan rumah
  • Berat badan around 3 kg >
  • Sering menarik perhatian tetamu yang datang ke rumah- disebbkan rupa paras
  • Mandi setiap hari Jumaat, seminggu sekali.. ( tapi kalau tuan tak der kat rumah, mungkin boleh jadi sebulan sekali ) .. huh
  • Belum di Kembiri kerana kasihan
  • Waktu tidur, selepas isyaq,  ( dah diasuh, masuk bilik tidur sendiri, bilik tuan dia) 
  • Bangun awal, subuh u mengejutkan seluruh isi rumah
  • Teknik  yang ditunjukkan bila nak berak.. terus berlari seskuat hati menuju ke "medan"  dan tengok kiri kanan, tak der orang baru "berjuang"/ hahaha.. kantoii

"kuceng Hatchery"
  • Berbulu kasar dan keras seperti tertera, bewarna kelabu
  • Nama tak diketahui kerana tak der kad pengenalan diri mahupun surat beranak
  • Memiliki ahli keluarga sendiri, semuanya sama warna.. 
  • Tinggal di hatchery untuk memudahkan mendapat bekalan makanan
  • Tak payah susah2 nak mandi, sebb hatchery banyak air, bila2 saja boleh terjun
  • Hobi- lebih suka menangkap belalang, katak, apa apa sahaja haiwan kecil sebagai mangsa samada mainan @ santapan
  • Dijaga oleh pekerja2 Hatchery yang datang saban hari u memberi ikan2 makan
  • Dijamu ikan Fresh dari kolam sebagai menu utama, dan mungkin itu febret dia
  • Waktu tidur, mungkin sama seperti abang.. malam la kut
  • Tempat tidur, tang mana yang sesuai, mungkin dalam akuarium yang tak ber ikan
  • Tempat pembuangan hajat, boleh jadi dimana mana yang disuka.. 
  • Berat badan bergantung kepada pemakanan.. KPM mungkin sentiasa berubah seperti ikan.
  • Menjadi hiburan kepada tetamu yang majoriti nya students2 pompuan upmkb..  





ok, memang banyak perbandingan yang boleh kita lihat mahupun dipikir, kucing dirumah, dengan kucing di jalanan tak sama,  begitu juga "abang" aku dengan kuceng hatchery,berbeza dari segi taraf hidup. sama lah macm manusia jalanan dan manusia yang memiliki rumah.. tapi kalau diikut kan sekarang ramai saja manusia yang pada awalnya menetap di rumah lebih suka menetap di jalanan.. Awat nya cik Ayy.. ??  pikiaq sindiri - haha














Thursday, November 1, 2012

Belanja Kawen

Saudara dan saudari sekalian... bahawasanya mulai tahun depan dan depan lagi, statistik mengatakan bahawa belanja kawen akan terus meningkat sehingga infinity.  so sapa sapa yang tak kawen lagi tu kawen la lekas.. kang dah banyak belanja saper susah.. 

 macam mana boleh jadi ???

* Ya terima kasih sebb bertanya. xtually aku pun tak tau la mcm mana buleh jadi, tapi rasa2 aku, mungkin sebb harga pasaran anak dara sekarang dah mahal kut,  nak pulak golongan anak teruna yang sikit. ..( 1: 10) boleh tera tu..?? 

 * sebb lain.. kelulusan.. paling kurang, anak dara sekarang diploma.  kot bangga sangat mak dia letak 8K, kalau degree (dua kali ganda)= 16K ... ha tudia. mau nya master phd ..?? naya

* lain2 sebb... anak teruna sekrang kerjanya x berapa nak bagus, so eko tak stabil, nak sara mak dia lagi, mak kita lagi.. dengn kite sekali.. ha macm mana??

* sebab2 lain2...Mak kite yang lebih2, mintak tu mintak ni, nak pulak kalau langkah bendul, semua nak.. pokai si teruna cikk ayy.. teruk x?? 

oleh itu saudara saudari sekalian, kalau nak kawen tu, kena rancng baik2, rancang eko, rancang anak, rancang keluarga.. 

p/s tahniah ramai kawan aku dah mendirikan rumah tangga sebelum belanja kawen naik,, tinggal aku jer tertunggu si kumbang masuk meminang.. haha. . 

kumbang bunga kumbang penunggu,
         mati seekor dimakan pianggang
sudah lama aku menunggu
        menunggu diri mu masuk meminang..

setelah sekian lama...

 Ampun Tuan, beribu ribu ampun, ampunkan patik, sebb membiarkan Tuan tidak bertuan. Patik rela di hukum kerana lama tak menjengah Tuan.. Tuan.. Sory !

hi hi ( sengih )... Tuan.. Choii.. Cikk ayy.. sori na lama x mai sini.. seingat last post minggu ke 4 hari tu, dan sekarang minggu ke  er er 6 ke 7 tak tau.. lebih kurang la.. dulu cakap awal2 sem, intenet slow.nk dijadikan cerita, terus lepas tu intenet laju sangat sampai x dan nak mai sini sbb duk ralit tengok cerita korea online dekat Maaduu. com..  haha... manusia memang pandai bercakap yer.. dalam intenet duk laju tu, ada jugak cerita lain. xsiment yang sikit2, kelas yang sat ada sat tak dak,  err g kolam. masuk hutan. macang2 la... ( kadang2 sampai lupa nak call mak, Haishhh ).. 
* minggu ni, x banyak xtiviti, biasanya hujung minggu kena p kolam, bagi ikan makan.. lepas tu singgah hambik rambutan kat taman buah buahan nadir sebelah kolam tu, dah penuh bagpack baru balik, lepas tu berjamu kat bilik.. ( untung sekarang musim rambutan) dapat la jugak merasa yer.. nak pulak budak2 dip tengah cuti sekrang, hidup kat kolej pun asyik2 tengok muka yang sama. gerrr..

 ( masa ni first time g hambik rambutan,  masuk  minggu ni, dah 3 kali g hambikk.. haha )


* Xtiviti lain... hmm sekrng tengah jaga dua ekor kucheng, Angel & Doll'e.. menatang peliharaan si Adreanna (Ady).. dia tak da kat bintulu 2 minggu, so aku kene jaga anak'2 dia ni.. dah nasib kawan baik kan..

* Lgi dua minggu mid sem break.. tak plan g mane2 pun sebb tengah berjimat, ingat x nak mintak duet pok ngn mok lagi dohh sem ni.. huhu.. ( anak sapa lani).. lagi pun lec yang baik hati dah siap bagi tugasan yang enak2 belaka, so tak yah g mana duk  kolej.. xtually, kawasan upmkb ni pun ada banyk tempat yang boleh p, macm air terjun setitik yang scary, kolam ikan pateng ang dan tilapia, pokok rambutan yang tengah meranum, err ldang yang luas terbentang, & kalau boring buleh g tengok lembu Brahman yang putih2 tu.. ermm lepas tu, kalau x der kerja ley lepak kat kolam air kat blakang kolej nun.. ha  banyak lagi kalau nak habaq kat sini mau 2 juta words.. 

* jadual finall xzam macm dah keluar, tapi tiket tak beli lagi.. lagipung sekrang tengah mahal Tapi yang aku pelik , tiket everyone can fly p obersea murah la pulak.. Haii. perli ker, aku duk dalam negara ni cikk ayy.. Ohh Dunia Dunia.. 

* sem ni.. banyak gak masa dihabiskan di lab, atas sebb projek kecil2lan yang diusahakan oleh lec n kakak2 master so, secara tidak langsung nya kami pun terlibat sama bagi menjayakan projek tersebut.. dan yang best nya, satu hari yang free terpaksa dikorbankan u menjayakan projek tersebut.. 

* Yang lain. .. oh ya, minggu lepas kan Raya korban.. so kamik semua korban kat sini saja, sebb malam  first korban  tu ada test Lembu ( livestock production).. so nak tak nak, lepas majlis awal pagi tu,  study la sikit2 .. dan Alhamdulillah, berkat korban, semua nya all is well..  

* Tudia berjela ayat, mentang ler lama dah tak menulis, ingatkan tamau stop.. haha. k la, aku takut satgi aku serabut plak duk kat sini lama2. esok kalau rajin n intenet gila hebat aku singgah lagi ye. Ok wassalam..

p/s err hary hary lab u ouls,,